SUFI TAUHID FILOS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

KEFAHAMAN TENTANG TUHAN

+21
haqimi
negro41
oghel thunder
Sifulan
ferolled
matahati
kungkalikung
T R I N I T Y
Yuzia
HAQ I'M
farquhar
tokbiru
spanjunk
salik
beruk
alif
Merpati Putih
Kalam Rabbani
shazlida
Saint Nicholas
Kochi
25 posters

Page 3 of 5 Previous  1, 2, 3, 4, 5  Next

Go down

KEFAHAMAN TENTANG TUHAN - Page 3 Empty Re: KEFAHAMAN TENTANG TUHAN

Post  Yuzia Mon Jan 18, 2010 10:53 am

[quote="alif"][quote="salik"][quote="alif"]salam sdr salik

Kita manusia Yang Ada pada kita hina miskin lemah bodohl

dan salik tak kata salik berilmu pong....
apa beze mengaku tuhan dan tidak megaku tuhan tidak ke same

ape dalil alquran yang kite ni hina

aku jadi manusia dengan air yang hina

ape dalil yang kite ni miskin

7 petala langit dan 7 petala bumi hak milik aku

ape dalil yang kite ni lemah

aku berkuasa setiap2 sesuatu

ape dalil yang kite ni bodah

2. Al Baqarah

Ayat Kursi
255. Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi[161] Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

dan salik tak kata salik berilmu pong....
memang sdr salik tidak megaku tapi pada perbuatan megaku same sdr salik dengan firaun beze sdr salik dengan firaun mengaku tuhan pada lidah dan sdr salik tidak megaku pada perbuatan farao

Nak serah ker tak nak usah nak memang dah serah dah bodoh dah
Manusia nie perasan jer Akil , Tuhan kata dia yang punya , manusia nak mengaku manusia punya.
Manusia nie nak berebut dengan tuhan agaknya

orang yang megaku pandai yang megaku dia ni berilmu


Saudara Alif kenal ALLAH cara saudara dan saudara Salik kenal cara Salik tak akan sama..ilmu ALLAH luas dan tak bertepian...makin tahu makin tak tahu...so kadang tak guna utk membangkang atau sebagainya kalau setakat untuk menjalankan cerita tak apa laaa....
Itulah tanda kebesaranNYA.....tiada satu pun kefahaman biar betul atau salah yg DIA tak tahu sebab kefahaman itu lah yg di masukkan didalam hati-hati khalifahNYA.

Yuzia

Jumlah posting : 59
Registration date : 2009-07-10

Back to top Go down

KEFAHAMAN TENTANG TUHAN - Page 3 Empty Re: KEFAHAMAN TENTANG TUHAN

Post  salik Mon Jan 18, 2010 11:43 am

Di Petik Dari Kalam Hikmah tok pulau manis....Silakan

MAKRIFAT, FANA, MAHABBAH
--------------------------------------------------------------------------------

Berkata Sheikh Ibni Atho'illah As-Kandari

Barangsiapa mengenal akan Haq Allah Taala, nescaya dipandangnya Allah dalam tiap-tiap sesuatu

Terjemahannya oleh Tok Pulau Manis

Barangsiapa mengenal ia akan haq Allah Taala, nescaya dipandangnya (musyahadahkan) akan Allah dalam tiap-tiap sesuatu di mana Allah yang berbuat dan yang memerintah. Maka tidaklah jinak ia pada suatu dan tiadalah liar ia daripada sesuatu kerana telah FANA ia dengan Allah dan jauh daripada tiap-tiap sesuatu selain yang lain daripada Allah.

Keterangan Suluk.

Barangsiapa mengenal ia akan haq Allah Taala, nescaya dipandangnya (musyahadahkan) akan Allah dalam tiap-tiap sesuatu di mana Allah yang berbuat dan yang memerintah.

Mengenal akan haq Allah Taala seperti yang tercatat pada Matan di atas dimaksudkan kepada orang-orang yang mempunyai Makrifat. Antara makna Makrifat ialah boleh membezakan di antara yang Yang Haq dan yang Batil. Jadi seseorang yang diangerahkan Allah Taala dengan Nur MakrifatNya akan melihat segala sesuatu yang ada pada dirinya dan sekelilingnya sebagai Tajali atau penzhohiran pentadbiran(Tauhid Rububiyah) dan Keesaan (Tauhid Uluhiyah) Allah. Pandangannya pada sesuatu manifestasi menembusi kepada apa yang tersembunyi atau tersirat. Bukan sekadar menilik kepada apa yang zahir dan tersurat sahaja malah jiwa dan batinnya sentiasa tersyuhud kepada memandang akan perbuatan Allah(Af'aal Allah) dengan makna semua yang berlaku pada dirinya dan sekelilingnya adalah dengan Kehendak dan Kekuasaan Allah, tanpa sedikitnya campur tangan dirinya ,manusia atau makhluk Allah. Jiwa dan ruhnya sentiasa menghadap kepada Alam Malakut yang memperihalkan hikmat dan makna-makna sebenar apa yang berlaku di Alam Syuhadah ini. Malah kadang-kadang melewati Alam Jabarut dan Alam Laahut di mana dikenalnya akan sesuatu itu sebagai cermin untuk melihat Kamalat TuhanNya(Kesempurnaan Zat Allah).

Maka tidaklah jinak ia pada suatu dan tiadalah liar ia daripada sesuatu kerana telah FANA ia dengan Allah dan jauh daripada tiap-tiap sesuatu selain yang lain daripada Allah.

Nikmat dan bala/musibah adalah sama di sisi orang yang Muwahid (orang yang mentauhidkan Allah) ini. Bila mendapat sesuatu nikmat seperti harta yang melimpah atau mampu melakukan ibadat yang banyak dengan mudah, hatinya tidak jinak(cenderung) atau suka kepada nikmat itu. Biasanya seseorang yang kaya dengan harta, ilmu atau amalan akan senang hati dan melihat itu adalah kerana usaha dan kebijaksanaanya. Mereka akan suka dan berlapang dada dengan nikmat-nikmat ini. Tetapi orang yang kenal dengan Allah ini bukan senang atau berlapang dada dengan nikmat-nikmat itu sebaliknya mereka tetap teguh memandang bahawa itu adalah penzhohiran Allah tanpa sedikitpun memandang kepada usahanya atau bersenang hati dengannya.

Demikian juga apabila ditimpa bala atau musibah seperti sakit, susah atau miskin. Hatinya tidak akan liar atau benci kepada kesakitan, kesusahan dan kemiskinan itu. Tiada keluhan, tiada pengaduan kepada manusia malah beliau akan menerimanya sama sahaja seperti kedatangan nikmat-nikmat seperti di atas. Memandang itu adalah qada yang ditetapkan padanya dari azali lagi.

Ini adalah kerana mereka telah tenggelam(fana) dalam lautan keesaan(Tauhid) di mana segala sesuatu selain daripada Allah itu akan hancur dan lebur bila dihadapkan kepada Keagungan dan Keesaan Allah. Mereka ini jauh sekali terpedaya dan tertipu dengan rupa yang zahir kerana mereka kenal akan rupa batin tiap-tiap sesuatu itu. Inilah antara sifat-sifat orang yang kenal dengan Allah.


Dan barangsiapa telah fana dengan Allah, nescaya ghaiblah ia daripada tiap-tiap sesuatu

Pengertiannya

Dan barangsiapa telah fana ia dengan Allah nescaya ghaiblah(tidak pandang selain daripada Allah) ia daripada tiap-tiap sesuatu. Maka tiada melihat ia akan maujud yang lainnya dan tiada yang mengadakan, melainkan Allah. Maka apabila telah memfanakan ia(Allah) akan engkau daripada engkau [iaitu diri sendiri telah hilang atau fana], maka mengekalkan ia(Allah) akan engkau denganNya(Baqa bilLah)

Dan barangsiapa telah sodiq(benar) fananya, nescaya sodiqlah baqanya dan barangsiapa ada pada Allah binasanya(tenaga, masa dan wang yang digunakan untuk ibadat), nescaya atas Allah gantinya.

Keterangan Suluk


Di dalam Kitab Arrisalah al-Qusyairiah disebutkan erti fana itu ialah;


"Lenyapnya sifat-sifat basyariah(pancaindera)"

"Maka sesiapa yang telah diliputi Hakikat Ketuhanan sehingga tiada lagi melihat daripada Alam baharu, Alam rupa dan Alam wujud ini, maka dikatakanlah ia telah fana dari Alam Cipta. Fana bererti hilangnya sifat-sifat buruk (maksiat lahir dan maksiat batin) dan kekalnya sifat-sifat terpuji(mahmudah). Bahawa fana itu ialah lenyapnya segala-galanya, lenyap af'alnya/perbuatannya(fana fil af'al), lenyap sifatnya(fana fis-sifat), lenyap dirinya(fana fiz-Zat)".

Keadaan orang yang fana ini boleh dilihat dari penerangan Abu Yazid Al-Busthomi;

Apabila Allah memfanakan saya dan membawa saya baqa denganNya dan membuka hijab yang mendinding saya dengan Dia, maka saya pun dapat memandangNya dan ketika itu hancur leburlah pancainderaku dan tidak dapat berkata apa-apa. Hijab diriku tersingkap dan saya berada di keadaan itu beberapa lama tanpa pertolongan sebarang panca indera. Kemudian Allah kurniakan saya mata Ketuhanan dan telinga Ketuhanan dan saya dapat dapati segala-galanya adalah di dalam Dia juga."

Orang yang sentiasa melihat dan memandang perbuatan Allah akan dianugerahkan fana sebagai peningkatan maqam kepadanya.


Dan barangsiapa kasih akan Allah, nescaya tiada melebihkan sesuatu yang lain

Terjemahannya oleh Tok Pulau Manis

Dan barangsiapa mengasih akan Allah, nescaya tiada melebihkan(mengutamakan) atas Allah suatu daripada segala kehendak dan segala syahwatnya (keinginannya)

Keterangan Suluk.

Sheikh Junaid Al-Bagdadi pernah berkata tentang fana dan mahabbah ini dengan kata-katanya;

"Seorang itu tidak akan mencapai Cinta kepada Allah(mahabbah) hingga dia memfanakan dirinya. Percakapan orang-orang yang cinta kepada Allah itu pandangan orang-orang biasa adalah dongeng sahaja."

Jadi setelah melalui Makrifat(Kenal Allah), dan seterusnya Fana barulah seseorang itu boleh memanjat kepada Maqam yang tertinggi di dalam perjalanannya menuju kepada Allah. Tanda atau sifat-sifat orang yang kasih kepada Allah ini ialah mereka akan sentiasa mengutamakan keredhoan Allah melebihi kehendak dirinya dan manusia lain. Biasanya orang yang telah mengalami FANA akan mampu berbuat begini kerana mereka telah terlepas daripada runtunan hawa nafsu dan rantai syahwat. Contoh orang yang mahabbah ini ialah apabila berdempak(bertembung) dua perkara/pilihan yang wajib dalam satu masa maka akan ditilik manakah yang lebih disukainnya. Maka akan dipilih apa yang tidak sukainya dengan meninggalkan apa yang yang disukai. Ini adalah kerana biasanya yang disukai itu datangnya dari kehendak nafsunya.

Contoh orang yang berjaya mencapai maqam Mahabbah ini ialah Wali Allah Rabiatul Adawiyyah yang hidup sezaman dengan Abu Hassan Al-Basri.

Dan inilah (kenal Allah, Fana, Mahabbah) yang telah disebutkan oleh pengarang sebagai alamat sampai kepada segala Maqam yang tinggi dan dengannya akan Sah dan sempurna Haq Ubudiyah dan Haq Uluhiyah (Ketuhanan).

Maka barangsiapa tiada mendapat akan dia (kenal Allah, Fana, Mahabbah) maka sebaiknya JANGAN mendakwa(mengaku) segala Maqaamat itu dan hendaklah mengamalkan ia atas mujahadah dirinya pada barang yang mengesahkan akan dia(kenal Allah, Fana, Mahabbah)dan menyempurnakan dia(kenal Allah, Fana, Mahabbah)

Ulasan Suluk


Antara makna Tasauf ialah meninggalkan dakwa. Untuk itu bagi kita orang-orang yang masih bertatih dan merangkak dengan ilmu ini janganlah mengaku dan mendakwa bahawa kita mengamalkan ilmu tasauf apatah lagi mendakwa kita telah berada di dalam maqam-maqam yang tertentu sebelum mahir dan arif dengan ilmu ini serta beramal dengan adab-adabnya. Banyaklah melakukan riadah dan mujahadah jiwa melalui memperbanyakkan belajar ilmu agama, amalan-amalan sunat dan membuat kebajikan.kepada yang memerlukan. Betulkan hala tuju kita yang semata-mata untuk melaksanakan Haq Kehambaan seperti yang dituntut di atas kehidupan kita yang sementara ini.

Ingatlah akan pesanan seorang Wali Qutub Ibnu Madyan yang pernah berkata;

"Barangsiapa tahqiq dengan Maqam Ubudiyah akan dapat melihat bahawa

menilik akan amal itu Riya'
menilik halnya itu ain dakwa dan
menilik perkataannya itu ain dusta."
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

KEFAHAMAN TENTANG TUHAN - Page 3 Empty Re: KEFAHAMAN TENTANG TUHAN

Post  salik Tue Jan 19, 2010 12:25 pm

Kalau Kita yang nak kompol dan susun ilmu ,
Jawabnya penuh satelite dengan huruf , ilmu masih belum selesai.
Nak kompol dalam otak kepala , sampai mata jadi juling , ilmu tak selesai selesai .
Banyak betul ilmu tuhan nih.
Kalao kompol dari zaman Adam sampai sekarang , wah llllagi banyak.
Tapi kan, setakat mana nak belajar ilmu ilmu nie sebenornyer eksss
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

KEFAHAMAN TENTANG TUHAN - Page 3 Empty Re: KEFAHAMAN TENTANG TUHAN

Post  T R I N I T Y Wed Jan 20, 2010 12:12 am

Tajuknya...kefahaman tentang TUHAN bukan tentang Allah.
Jadi...nak kenal tuhan,..kenallah diri sendiri sampai fening kefala.

Sampai jadi tak tau,...barulah namanya KENAL ALLAH.
Selagi ada nafi isbath tu...kira dah kenal tuhan la.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

KEFAHAMAN TENTANG TUHAN - Page 3 Empty Re: KEFAHAMAN TENTANG TUHAN

Post  salik Wed Jan 20, 2010 9:08 pm

Sampai jadi tak tau,...barulah namanya KENAL ALLAH.

haha,
Bila dah jadi tak tahu!!!!...Maka
Barulah tahu!!!!
kerana di beritahu.......haha
ketika itu benar benar " Berilmu dengan ilmunya"

hahahaha
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

KEFAHAMAN TENTANG TUHAN - Page 3 Empty Re: KEFAHAMAN TENTANG TUHAN

Post  T R I N I T Y Thu Jan 21, 2010 12:21 am

Untuk tidak menjadi teka teki perkataan "Tidak Tahu"
maka yang saya maksudkan ialah.....
Batasan kemampuan akal akan tiba disuatu tahaf ia tidak
ada lagi ilmu untuk di bicarakan.

Manusia mengatakan perihal asal usul..seperti setiap kejadian
akhirnya mereka akan jumpa penghujungnya yang tak dapat
dilengkapkan.

Tidak dapat dilengkapkan kerana tidak diketahui dan tiada
suatu ilmu atau alat untuk menyampaikan nya.Namun hati
tidak mengatakan...hal itu terhenti disitu,...kerana ada tanda2
yg.menyakini tentang WUJUD nya selepas penghujug carian yg.terhenti.

Manusia terpaksa menyerahkan POKOK SAWI itu sendiri menghasilkan benihnya.

Umpama manusia terhenti pada sebiji benih yg.menghasilkan suatu tumbuhan.
Apa yg.di dapati pada benih hanyalah suatu jisim yg.terdiri dari molikul2 yg.
tidak dapat di tiru ramuannya untuk membentuk sebiji benih,..walaupun
bahan benih di analisa mempunyai unsur2 dikenali.

Tiada suatu mesen dapat dicipta untuk mengadunkan unsur2 yg.dikenali
supaya dapat menghasilkan sebiji benih yg.kecil seperti BIJI SAWI.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

KEFAHAMAN TENTANG TUHAN - Page 3 Empty Re: KEFAHAMAN TENTANG TUHAN

Post  salik Thu Jan 21, 2010 11:23 am

Allah menjadikan sesuatu daripada Tiada.

kepada ada
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

KEFAHAMAN TENTANG TUHAN - Page 3 Empty Re: KEFAHAMAN TENTANG TUHAN

Post  kungkalikung Thu Jan 21, 2010 12:03 pm

Tidak ada alasan2 untuk mempercayai berhala2 ghaib ciptaan para filosof ugama2 @ Ratu Semiramis: Tuhan (Allah arab), malaikat, syaitan, syurga, neraka, bidadari, dosa, pahala, siksa kubur... Tidak dapat dibuktikan oilh sesiapapun, dari dahulu hingga kini.

Buktikanlah yang nabi2 ini benar!!! hei lawaknya.
kungkalikung
kungkalikung

Jumlah posting : 99
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

KEFAHAMAN TENTANG TUHAN - Page 3 Empty Re: KEFAHAMAN TENTANG TUHAN

Post  T R I N I T Y Thu Jan 21, 2010 1:28 pm

Ahli kubur aja yg.tau....dengar depa bagi tau...memang seronok kat
alam kubur tu.Mintak2 lah mati cepat dapat tengok bukti. Very Happy

Manusia ne...akan tamat ke riwayatnya bila dikatakan mati.
Sapa yg.rasa mati itu penamat riwayat manusia.....jom kita enjoy puas2.

Nanti rugi pulak....dek kerana terpedaya janji2 kitab.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

KEFAHAMAN TENTANG TUHAN - Page 3 Empty Re: KEFAHAMAN TENTANG TUHAN

Post  salik Thu Jan 21, 2010 5:55 pm

Biasanya hanya orang orang yang mengamalkan ilmu yang akan menemui buktinya.
Dan orang orang sebegini akan merahsiakannya hanya untuk dirinya sendiri sahaja .
Inilah kecerdikan akal bagi orang yang mengamalkan ilmu dengan iklas dari kurnia tuhan .

Biasanya terdapat kekeliruan bagi yang mempelajari tauhid tanpa Amal.
Mereka hanya mengetahui ilmu tetapi tidak di kurniakan karamah karamah sebagai tanda bukti dari tuhan.

Contohnya ahli tauhid mangatakan " Alquran tidak berkuasa dan tidak dapat memberi apa apa"
Perkataan ini telah di ambil faham bahawa tidak perlu untuk membaca Al-quran kerana telah memahami dengan fahaman yang salah tentang maksud ahli tauhid / ahli hikmah.

Seharusnya Alquran perlu di baca dan di amalkan , cuma apabila dengan pembacaan itu kita akan dapat sesuatu petunjuk atau karamah atau sesuatu yang di luar jangkaan kita ketika membacanya. Maka di situlah faham seperti apa yang di katakan " Alquran tidak berkuasa dan tidak dapat memberi apa apa" perlu di fahami sebaik mungkin Pada maksud ""Allah lah yang mengurniakan karamah/ kelebihan itu dan bukannya Alquran.""
Dan bukan maksud para ahli hikmah / tauhid itu bermaksud tidak perlu baca Alquran.

Ilmu tanpa Amal , kosong tidak bermaya
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

KEFAHAMAN TENTANG TUHAN - Page 3 Empty Re: KEFAHAMAN TENTANG TUHAN

Post  matahati Thu Jan 21, 2010 7:58 pm

Tuan Kochi,

Kenapa Muhamad tu dipanggil penghulu segala nabi, sedangkan dia lah nabi terakhir.

musykil Surprised

matahati

Jumlah posting : 6
Registration date : 2010-01-21

Back to top Go down

KEFAHAMAN TENTANG TUHAN - Page 3 Empty Re: KEFAHAMAN TENTANG TUHAN

Post  matahati Thu Jan 21, 2010 8:04 pm

kalau sesiapa yang tahu, boleh juga tolong jwp.

matahati

Jumlah posting : 6
Registration date : 2010-01-21

Back to top Go down

KEFAHAMAN TENTANG TUHAN - Page 3 Empty Re: KEFAHAMAN TENTANG TUHAN

Post  ferolled Thu Jan 21, 2010 8:06 pm

matahati wrote:Tuan Kochi,

Kenapa Muhamad tu dipanggil penghulu segala nabi, sedangkan dia lah nabi terakhir.

musykil Surprised

Biar aku tolong jawab.

Muhamad tu sama je macam Dr. Zamri Kadir diangkat menjadi Menteri Besar... Dia bukan tau apa2 pun. Cuma jadi kambing hitam atas suatu perancangan... Muhamad, jika ada pada zaman ini adalah murid kelas palng belakang dek tidak tahu membaca dan menulis...
Sama macam aku. Pelajar Malas = 0
ferolled
ferolled

Jumlah posting : 253
Registration date : 2008-11-20

http://www.ondakompun.blogspot.com

Back to top Go down

KEFAHAMAN TENTANG TUHAN - Page 3 Empty Re: KEFAHAMAN TENTANG TUHAN

Post  matahati Thu Jan 21, 2010 8:41 pm

tanya lain, jawap lain.....
apa la

matahati

Jumlah posting : 6
Registration date : 2010-01-21

Back to top Go down

KEFAHAMAN TENTANG TUHAN - Page 3 Empty Re: KEFAHAMAN TENTANG TUHAN

Post  salik Thu Jan 21, 2010 8:58 pm

matahati wrote:Tuan Kochi,

Kenapa Muhamad tu dipanggil penghulu segala nabi, sedangkan dia lah nabi terakhir.

musykil Surprised

kerana ketika manusia pertama di hidupkan , dia melihat nama muhammad terpapar di syurga....

Jangan salah faham pulak....membayangkan syurga macam Taman Padang Pahlawan
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

KEFAHAMAN TENTANG TUHAN - Page 3 Empty Re: KEFAHAMAN TENTANG TUHAN

Post  Sifulan Fri Jan 22, 2010 1:01 pm

matahati wrote:tanya lain, jawap lain.....
apa la

Tuan kochi,
kenapa nabi musa minta nak jadi umat nabi muhammad?

Sifulan

Jumlah posting : 2
Registration date : 2010-01-08

Back to top Go down

KEFAHAMAN TENTANG TUHAN - Page 3 Empty Re: KEFAHAMAN TENTANG TUHAN

Post  T R I N I T Y Fri Jan 22, 2010 2:14 pm

Masa nabi musa disuruh belajar dengan Khidir dia tak dapat teruskan berguru.
Maka sebab tu le di ingin sangat nak belajar ngan guru mursid.

Musa pada akhir misinya umat2nya didoa kan agar Allah hapuskan kerana
ia dah mengaku berserah diri dan tak mampu meneruskan misi.

Berbanding dengan misi nabi muhammad saw....yg.akhir perjuangannya Allah
beri sijil pengakuan dalam ayat quran yg.terakhir...iaitu MISI TELAH SELESAI...
hanya dengan mukjizat Alquran.

Berbanding nabi2 lain...Allah bekalkan super power untuk bukti kenabian.
Sebab tu nabi terpilih sebagai penutup kerana dia dah dicalunkan pada pembukaan.

TAk kan le....Allah buat rancangan akhir dan tak sedia awalnya.Nabi2 dari awal dah
ada dalam senarai untuk di Khalifahkan ke bumi....sebelum ruh ADAM nak jadi ADAM.

RUH yg.satu kepada yg.ramai.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

KEFAHAMAN TENTANG TUHAN - Page 3 Empty Re: KEFAHAMAN TENTANG TUHAN

Post  matahati Fri Jan 22, 2010 3:18 pm

Musa nak jadi umat nabi muhamad kerana dia mungkin dah kenal siapa Muhammad itu.

Muhammad dah bersabda;

"AKU AMAT MERINDUI SAUDARA KU DI AKHIR ZAMAN''

So..., yang dihidayahkan sahaja yang kenal Allah tu...

Yang sesat pun Allah dah tentukan. Apa ALLAH buat siap ke?
ALLah tu zalim ke...... oooo no.. No

matahati

Jumlah posting : 6
Registration date : 2010-01-21

Back to top Go down

KEFAHAMAN TENTANG TUHAN - Page 3 Empty Re: KEFAHAMAN TENTANG TUHAN

Post  T R I N I T Y Fri Jan 22, 2010 5:10 pm

Semua yg.Allah jadikan sebagai manusia termasuk nabi2 dan rasul dan wali2nya...adalah manusia yg.
bertubuh.Lebih atau kurangnya bukan ukuran membedakan makam kedudukan dan darjat.

Bukan soal nama nabi2 tu dan bukan soal mukjijat2 nya.Semuanya dari RUH ku dan dari RUH ku berbagai2 RUH.
Nabi dan rasul diuji sebagaimana manusia tak terpilih diuji.

Ada juga nabi yg.hampir2 tergelincir dan gagal membawa misi,..lalu ditemplak Allah.Nabi Muhammad saw.juga
apa kurangnya.Ia juga diberi peringatan oleh Allah.Kita manusia biasa juga apa kurangnya.....mak bapak,ustaz
dan rakan2 menemplak kita.Samada mereka menggunakan ayat2 Allah atau atau sendiri.

Hati kita juga selalu mengingati dan menunjuki kebenaran.Setelah dikatakan jelas datangnya kebenaran tu...
maka gerak menentukan hukum.

Kalau dicari dalam Alquran,..satu pun tiada nama muhammad.Tapi kitab2 lain telah membayangkan kelahiran
seorang nabi terakhir.Sebab itu Alquran tak menyebutnya kerana penyampaiannya adalah berhikmah.

Allah tidak mau umat manusia mengagungkan manusia lebih dari Allah sebagaimana umat nabi ISA.Jika
kita mengagungkan nabi berlebihan,...maka samalah kita seperti umat terdahulu.

Jadi MUhammad awal dan akhir tu bukanlah bermaksud jasad bersifat.Tapi...RUH KU.

Nabi juga berdoa untuk disempurnakan CAHAYA.Allah adalah cahaya antara langit dan bumi.Alquran
juga diberi cahaya.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

KEFAHAMAN TENTANG TUHAN - Page 3 Empty Re: KEFAHAMAN TENTANG TUHAN

Post  matahati Fri Jan 22, 2010 10:58 pm

ok.. tuan triniti,

saya ni bodoh, saje nak tanya Adam dan Muhammad, siapa yang dulu....

tq.

matahati

Jumlah posting : 6
Registration date : 2010-01-21

Back to top Go down

KEFAHAMAN TENTANG TUHAN - Page 3 Empty Re: KEFAHAMAN TENTANG TUHAN

Post  T R I N I T Y Fri Jan 22, 2010 11:15 pm

Ye ke...bodoh...
tak nampak bodoh pun... Very Happy
Nak jawab mana dulu pun payah gak.
Kalau ikut kesah.....malaikan macam dah mengetahui ada Adam sebelum Adam.
Kalau ilmu kata2 hadith....nabi menyatakan yg.mula2 diciptakan adalah Ruhnya.

Tapi yg.mula2 jadi khalifah Adam nya.
Kerana itulah awal sejarah diri yg.satu.

Tuan matahati pula berpendapat macamana.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

KEFAHAMAN TENTANG TUHAN - Page 3 Empty Re: KEFAHAMAN TENTANG TUHAN

Post  matahati Fri Jan 22, 2010 11:31 pm

Tuan Trinity,

setahu saya yang bangang ni, awal-awal yang dijadikan adalah Nur Muhammad. DARI AKU LAH JADI SEKELIAN ALAM....
Ahmad nama pada kad pengenalannya. Lihat lah hadith Qudsi... Dari Nur nya jadi yg lain termasuk syurga neraka Qudsi, dunia dgn isi nya dn lain kesemuanya 7.

matahati

Jumlah posting : 6
Registration date : 2010-01-21

Back to top Go down

KEFAHAMAN TENTANG TUHAN - Page 3 Empty Re: KEFAHAMAN TENTANG TUHAN

Post  T R I N I T Y Sat Jan 23, 2010 1:12 am

Ok...la tu.
Jadi yg.tercipta dulu nur muhammad mengikut hadith kudsinya.
Apa bedanya RUH yg.Allah maksudkan...Ku masukan ruh dari ciptaannya
dengan nur tu.

Apakah sebenarnya dimaksudkan Nur tu.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

KEFAHAMAN TENTANG TUHAN - Page 3 Empty Re: KEFAHAMAN TENTANG TUHAN

Post  alif Sat Jan 23, 2010 4:30 pm

matahati wrote:Tuan Trinity,

setahu saya yang bangang ni, awal-awal yang dijadikan adalah Nur Muhammad. DARI AKU LAH JADI SEKELIAN ALAM....
Ahmad nama pada kad pengenalannya. Lihat lah hadith Qudsi... Dari Nur nya jadi yg lain termasuk syurga neraka Qudsi, dunia dgn isi nya dn lain kesemuanya 7.

salam sdr matahati

kalau daripada nur muhammad jadi sekalian alam maknanya nur muhammad lah pencipte kita jadi kena kenal nur muhammad bukannya allah
soalan saya sape nur muhammad adakah nur muhammad itu nabi muhammad tolang terang kpd sdr matahati..... confused confused

alif

Jumlah posting : 22
Registration date : 2010-01-05

Back to top Go down

KEFAHAMAN TENTANG TUHAN - Page 3 Empty Re: KEFAHAMAN TENTANG TUHAN

Post  Kochi Sat Feb 13, 2010 9:22 pm

salam utk semua.....

Sudah lama saya tidak meneliti ruangan ini....agak sibuk sejak kebelakangan ini. Saya terbaca soalan matahati bertanya tentang diri muhammad. Sesungguhnya muhammad mempunyai 4 martabat disisi tuhan iaitu hamba allah, rasulullah, kekasih allah dan rahsia tuhannya. Saya juga terbaca jawapan sdra ferolled yg pada saya sudah agak keterlaluan menyamai muhammad dengan Dr zamri, pada hemat saya sdra ferolled tidak kenal siapakah muhammad itu dan jawapannya lebih mirip pada menghina muhammad. Kalau demikian rupa jawapan yg diberikan sdra ferolled bg saya amat keterlaluan....muhammad amat mulia disisi allah.....sedih saya rasa bila muhammad itu dihina.................. affraid

Kochi

Jumlah posting : 32
Registration date : 2010-01-01

Back to top Go down

KEFAHAMAN TENTANG TUHAN - Page 3 Empty Re: KEFAHAMAN TENTANG TUHAN

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 3 of 5 Previous  1, 2, 3, 4, 5  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum