BINCANG2 TENTANG SIFAT 20
+13
prime
hamim
salik
farquhar
spanjunk
T R I N I T Y
rodziramli
negro41
mek
ferolled
zali
shazlida
Merpati Putih
17 posters
Page 1 of 7
Page 1 of 7 • 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7
BINCANG2 TENTANG SIFAT 20
Sifat 20 adalah 'Teologi KeTuhanan' As'ariyah. Sila kongsikan konsep saudara2 pada perihal ini. Sifat 20 ini adakah perlu atau tidak diperlajari fahamannya?
Merpati Putih- Admin
- Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08
Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20
"Yang baik datangnya dari Allah, Yang buruk dari saya sendiri".....macam ni ke Tuan MP?
Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20
shazlida wrote:"Yang baik datangnya dari Allah, Yang buruk dari saya sendiri".....macam ni ke Tuan MP?
Allah/ Pencipta segala. Kalau kiranya kita memandang Tuhan ni ta' sempurna ilmuNya. maka yang buruk itu datang dari hamba. Kiranya kita bersangka Tuhan tu Maha sempurna ilmuNya, dan Dia Maha Mengetahui apa yang dilakukanNya, sebelum tercipta sesuatu, maka kita akan lihat bahawa segala perbuatan2 adalah dari Allah semata2. Rukun Iman yang keenam menjelaskan bahawa qadar buruk dan baik tetap dari Allah taala. Dan setiap perbuatan adalah baik, kerana terbit dari Yang Baik, iaitu Allah taala. Sdr. bolin menelaah kitab tua/ lama Darul Nafis, yang sedang saya post kan sedikit demi sedikit.
Merpati Putih- Admin
- Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08
Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20
Dan firman Yang Maha Tinggi: * وما رميت إذ رميت ولكن الله رمى * ertinya tiada engkau melempar, ya Muhammad, tatkala berusaha engkau melempar, tetapi Allah Taala jua yang melempar tatkala itu. Dan lagi sabda Nabi s.a.w * لا حول ولاقوة إلا بالله العلى العظيم * ertinya tiada daya pada menjauhkan ma'siat, dan tiada upaya pada mengerjakan ta'at, melainkan dengan daya dan upaya Allah taala, Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha besar jua. Dan lagi sabda Nabi s.a.w * لا تتحرك ذرة إلا بإذن الله * ertinya, tiada bergerak didalam alam ini suatu zarah jua pun melainkan dengan dengan izin Allah taala.Merpati Putih wrote:Sdr. bolin menelaah kitab tua/ lama Darul Nafis, yang sedang saya post kan sedikit demi sedikit.
Terimalah kasihku Tuan MP.
Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20
Merpati Putih wrote:Sifat 20 adalah 'Teologi KeTuhanan' As'ariyah. Sila kongsikan konsep saudara2 pada perihal ini. Sifat 20 ini adakah perlu atau tidak diperlajari fahamannya?
kenapa pula cuma 7 sifat kembali atau yang di beri pinjam?
kenapa tidak semua?
zali- Jumlah posting : 282
Registration date : 2008-12-09
Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20
zali wrote:Merpati Putih wrote:Sifat 20 adalah 'Teologi KeTuhanan' As'ariyah. Sila kongsikan konsep saudara2 pada perihal ini. Sifat 20 ini adakah perlu atau tidak diperlajari fahamannya?
kenapa pula cuma 7 sifat kembali atau yang di beri pinjam?
kenapa tidak semua?
Yang ujud cuma yan ESA.. 'SENDIRIAN'.. Jadi ta' ada siapa lak 'yang ada', selain diriNya/ AKU sendiri. ya'ni Dia/ AKU ta' bagi sesiapa pun meminjam. 7 sifat kembali, cuma Dia/ Aku sendiri yang pakai, bukannya pinjam. Memang semunya sifat2 'Aku SENDIRIAN' yang pakai. Betul ker jawapan ni? entah ler
Merpati Putih- Admin
- Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08
Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20
19 sifat datang dari Si Wujud.
Yang pasti tanpa kesemua sifat sekalipun TUHAN itu tetap ADA.
ADA YANG TIADA.
Yang pasti tanpa kesemua sifat sekalipun TUHAN itu tetap ADA.
ADA YANG TIADA.
Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20
ada yg ada macam mana pulak?ferolled wrote:19 sifat datang dari Si Wujud.
Yang pasti tanpa kesemua sifat sekalipun TUHAN itu tetap ADA.
ADA YANG TIADA.
mek- Jumlah posting : 267
Registration date : 2008-11-20
Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20
Wujud , qidam , baqa , mukhalafatuhu... ,qiamubinafsi , wahdaniah.....sifat perkhabarab adanya aku , qudrat , iradat , ilmu , hayat , samaq , basar , kalam ....sifat maani perkerjaan ku , qodirun , muridun , alimun , hayun , samiun , basirun , mutakalimun ...tempat aku memberi bekas kepada setiap pekerjaan ku .
Inilah cerita2 yang aku pernah dengar dolu2...Maka dengan itu , itulah tujuan ku aku jadikan Jin dan Manusia.
Dalam usulludin " Usha ikhtiar hamba itu tidak memberi bekas " samalah juga dalam firman nya yang bermaksud " Tidak lah engkau yang melempar ya Muhammad , bahawasanya aku lah yang melempar " ayat yang diwahyukan kepada Muhammad saw semasa berlakunya perang badar...kalau tak silap lah , sebab ianya didengar dari2 cerita orang yang terdahulu yang telah diwartakan.
Bahawasanya ingat lah Tauhid tu termaktub pada " Aku bersaksi " .

negro41- Jumlah posting : 115
Registration date : 2008-11-20
Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20
teruskan bang negro..
dah lama tak muncul..
dah lama tak muncul..
rodziramli- Jumlah posting : 75
Registration date : 2008-12-02
Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20
mek wrote:ada yg ada macam mana pulak?ferolled wrote:19 sifat datang dari Si Wujud.
Yang pasti tanpa kesemua sifat sekalipun TUHAN itu tetap ADA.
ADA YANG TIADA.
ADA = TIADA = Tiada T, tiada I, tiada A, tiada D, tiada A = O = . = ( ) =
HAH! (Ada balik!)
Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20
Bagaimana mungkin Allah bersifat.Jika demikian kenapa tidak dapat dilihat.
Sesungguhnya AKU adalah zat maha agung dan maha suci.AKU tidak mengharapkan
sesuatu sebaliknya sifat2 itu mengharapkan AKU untuk mereka wujud.

T R I N I T Y- Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10
Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20
T R I N I T Y wrote:AKU tidak mengharapkan sesuatu sebaliknya sifat2 itu mengharapkan AKU untuk mereka wujud.
Jika Allah tidak bersifat siapa (selain ALLAH) yang bersifat? Jika MERAKA wujud, bagaimana pula wujud Allah? Bukankah wujud itu hanya satu? Dan wujud itu sifat ALLAH. Atau wujud mereka dan wujud ALLAH itu seiringan. Dengan kata lain DUAL WUJUD? Atau bagaimana?
Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20
Bila membahaskan soal sifat,bererti hal itu duduk dalam alam kejadian.Maka menggunakan pemahaman
tuhan bersifat mungkin boleh kepada banyak tuhan.Tapi tidak kepada kewujudan yang haq.
Bergantung pada bicara dan alam perbahasan.
Siapa yang telah memulakan istilah sifat 20 dan ilmunya.Bagaimana pula tuhan menerangkan hal dirinya
melalui kitab.Bagaimana pula cara nabi2 menerangkan perihal tuhan.Disini kita akan jelas melihat perkembangan
ilmu dan kaedah guna pakai oleh pengkaji semata.
Adalah lebih mudah mengikut penerangan kitab berbanding ilmu yang diajar oleh guru2 atau tarikat.
Belum tentu satu dari seribu murid berjaya memahami ilmu ketuhanan walaupun telah menghafal penerangan
guru.
Bagaimana melihat sifat2 tuhan di alam nyata dan bagaimana cara perbuataan manusia mengehsakan.
Mengeshakan tuhan melalui penerangan hanyalah teori.Melaksanakan teori adalah hakikat.
tuhan bersifat mungkin boleh kepada banyak tuhan.Tapi tidak kepada kewujudan yang haq.
Bergantung pada bicara dan alam perbahasan.
Siapa yang telah memulakan istilah sifat 20 dan ilmunya.Bagaimana pula tuhan menerangkan hal dirinya
melalui kitab.Bagaimana pula cara nabi2 menerangkan perihal tuhan.Disini kita akan jelas melihat perkembangan
ilmu dan kaedah guna pakai oleh pengkaji semata.
Adalah lebih mudah mengikut penerangan kitab berbanding ilmu yang diajar oleh guru2 atau tarikat.
Belum tentu satu dari seribu murid berjaya memahami ilmu ketuhanan walaupun telah menghafal penerangan
guru.
Bagaimana melihat sifat2 tuhan di alam nyata dan bagaimana cara perbuataan manusia mengehsakan.
Mengeshakan tuhan melalui penerangan hanyalah teori.Melaksanakan teori adalah hakikat.
T R I N I T Y- Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10
Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20
mana dia BARANG yg sebenarnya wujud?ferolled wrote:T R I N I T Y wrote:AKU tidak mengharapkan sesuatu sebaliknya sifat2 itu mengharapkan AKU untuk mereka wujud.
Jika Allah tidak bersifat siapa (selain ALLAH) yang bersifat? Jika MERAKA wujud, bagaimana pula wujud Allah? Bukankah wujud itu hanya satu? Dan wujud itu sifat ALLAH. Atau wujud mereka dan wujud ALLAH itu seiringan. Dengan kata lain DUAL WUJUD? Atau bagaimana?
mek- Jumlah posting : 267
Registration date : 2008-11-20
Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20
mek wrote:
mana dia BARANG yg sebenarnya wujud?
tiada nyata hanya allah.
selain allah itu tiada...
zali- Jumlah posting : 282
Registration date : 2008-12-09
Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20
Teori ilusi dan kewujudan sebagai khayalan tidak dapat diterima akal.Manusia perlu terima kebenaran wujud
yg.dicipta dan wujud tuhan.
Wujud makhluk dapat diketahui dengan lihat dan rasai serta melalui pendengaran.Wujud makhluk yg.ghaib
dapat diuji kewujudannya.Hanya kewujudan tuhan perlu bermula dari akal.Dengan akal manusia dapat masuk
kesuatu ilmu.
Jalan mengenal tuhan bermula dari tanda2 ciptaan.Jika tiada kitab sekalipun,manusia tetap akan mengetahui
jalan mengenal pencipta.Kanak2 baru lahir,..tidak diajar pun untuk memegang kantung susu ibunya.
Apakah tuhan hanya wujud dalam ilusi dan fantasi?Jika manusia merasa dirinya tidak wujud,apa perlunya
ia berusaha membebaskan dirinya dari bayang2 yg.ia sendiri tidak mengawalnya.
Kehidupan ini bukan lah satu khayalan atau bayangan tuhan,wajah tuhan,perbuatan tuhan dan penuh
dengan nama2 tuhan sebagaimana fahaman ahli ilmu ketuhanan.,...disalah ertikan sebagai ilmu sifat 20.
Bukan soal salah betulnya jalan ilmu itu,..tapi salah cara pemahaman ahli yg.mencari ilmu.

T R I N I T Y wrote:
Bukan soal salah betulnya jalan ilmu itu,..tapi salah cara pemahaman ahli yg.mencari ilmu.
Faham atau salah mana datangnya?
Jika ia dari akal, akal dari mana datangnya?
Jika akal dari fikiran, fikiran mana datangnya?
Adakah fikiran itu jasad? Atau sekadar gurisan perasaan yang ghaib?
Malah tanpa fikiran diri yang berdiri yang merasakan ia faham pun tidak akan terwujud!
Jika begitu, siapakah yang MUTLAK?
Ini INSAN memang LUPA!
Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20
Tubuh manusia adalah alat.Dari komponan yang dapat dilihat hingga kewujudan yang berkonsep halus.Wujudnya
udara dan gas serta gelombang2 tak dapat dilihat.Tapi kewujudan itu dapat dibuktikan.
Otak hanyalah otot2 yg.dicipta sangat unik hingga manusia sendiri tak mampu menciptanya.Namun manusia
dapat meniru konsep kerja otak.Telah terbukti bahawa otak manusia boleh diubah sesuai atau dirosakkan.Otak
hanyalah alat yg.menyimpan maklumat program tubuhn dan ia tidak melakukan kerja fikir melainkan apa yg.
diprogramkan atau terdapat pengisian program baru.
Akal bukan berkonsep zahir dan dapat dilihat.Sememangnya sukar dinyatakan tapi kajian sain dapat memberi
ilham tentang konsep akal.Umpama sebuah komputer boleh dimasukan program melalui gelombang tanpa wire.
Gelombang tak dapat masuk ke sistem memori jika tiada alat penerima gelombang atau reciver.
Maka reciver itu boleh difahamkan sebagai akal.Reciver tidak berfikir apa2 melainkan menerima gelombang
dari satu punca diluar jasad.Dengan pengisian ilmu dibawa dari sumber akan diketahui oleh RUH.
Jadi yg.bertindak memikirkan sumber ilmu dalam diri adalah RUH.Bila mendalami soal bagaimana RUH
menjalankan kerja dengan mendapat ilmu,...maka terbongkarlah ilmu rahsia diri.Siapa RUH dan kaitannya
dengan tuhan.Maksud tentang Tuhan adalah sangat hampir dari urat pembuluh ditengkoknya mungkin
satu klu yg.perlu dimengertikan.
Tempat RUH adalah pada ilmu tuhan.Tuhan menempatkan ruh dalam diri.Hakikatnya RUH adalah tidak
bertempat dan tak tertakluk pada masa dan mengharapkan tubuh zahirnya.Ruh hanya berharap pada
tuhannya,..yang sentiasa hampir dan sangat hampir.

T R I N I T Y wrote:Tempat RUH adalah pada ilmu tuhan.Tuhan menempatkan ruh dalam diri.Hakikatnya RUH adalah tidak
bertempat dan tak tertakluk pada masa dan mengharapkan tubuh zahirnya.Ruh hanya berharap pada
tuhannya,..yang sentiasa hampir dan sangat hampir.
jadi dapatlah dimengertikan bahawa tuhan mencipta roh untuk ditempatkan dalam diri yang juga di cipta oleh tuhan.
maka ada tiga yang telah wujud iaitu pencipta,diri dan roh sedangkan difahami bahawa tiada yang nyata hanya tuhan.
apakah tuhan menciptakan atau hanya menzahirkan/merealitikan sahaja?
tuhan merealitikan kehendaknya maka apakah kewujudan manusia itu satu realiti?
zali- Jumlah posting : 282
Registration date : 2008-12-09
Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20
Wujud yang kekal dan azali hanya ada satu kewujudan.Kewujudan yang diciptakan tuhan,....mengikut
hakikatnya tiada kepada ada.Ruh dari tiada kepada ada dan terus berada.Sebelum ada sebenarnya telah
wujud dalam ilmu tuhan untuk terjadi wujudnya.
Tak kan le,tuhan nak fikir2 tentang apa yg.nak diwujudkan.Jika musnah segala ciptaan,apakah bermakna tiada?
Pada aku la...ia tetap kembali pada asalnya dalam bentuk dimensinya dan unsur2nya.
Maka itu,...wujud adalah terus wujud.Yang tak berubah deminsi nya hanyalah RUH.
Jika kita lihat kain sutera,..apakah kita melihat benangnya.Jika lihat benang,..apakah kita lihat ulat suteranya?
Jadi kita boleh membuat hakikat bahawa kain sutera itu tidak wujud,Yang wujud hanya sifat kain,apabila
benang2 itu di tenunkan.
Gitu le alkisahnya.
hakikatnya tiada kepada ada.Ruh dari tiada kepada ada dan terus berada.Sebelum ada sebenarnya telah
wujud dalam ilmu tuhan untuk terjadi wujudnya.
Tak kan le,tuhan nak fikir2 tentang apa yg.nak diwujudkan.Jika musnah segala ciptaan,apakah bermakna tiada?
Pada aku la...ia tetap kembali pada asalnya dalam bentuk dimensinya dan unsur2nya.
Maka itu,...wujud adalah terus wujud.Yang tak berubah deminsi nya hanyalah RUH.
Jika kita lihat kain sutera,..apakah kita melihat benangnya.Jika lihat benang,..apakah kita lihat ulat suteranya?
Jadi kita boleh membuat hakikat bahawa kain sutera itu tidak wujud,Yang wujud hanya sifat kain,apabila
benang2 itu di tenunkan.
Gitu le alkisahnya.
T R I N I T Y- Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10
Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20
T R I N I T Y wrote:Jika kita lihat kain sutera,..apakah kita melihat benangnya.Jika lihat benang,..apakah kita lihat ulat suteranya?
Jadi kita boleh membuat hakikat bahawa kain sutera itu tidak wujud,Yang wujud hanya sifat kain,apabila
benang2 itu di tenunkan.
ini la yang sepatutnya...kain sutera itu tidak wujud...cuma ulat sutera.
tapi mengapa selalu ditekankan dan selalu di sempadan-sempadankan oleh dogma beragama
yang manusia itu satu realiti dan mesti mengikut jalan-jalan tertentu untuk selamat selepas
mati...apakah ada yang selamat dan yang tak selamat?
bukankah semua dari sumber yang satu?
zali- Jumlah posting : 282
Registration date : 2008-12-09
Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20
Syariat betul mengikut bidang ilmunya.Hakikat betul pada jalan ilmunya.Orang hakikat akan memahami
asal usul kejadian,..tapi orang syariat dihijab oleh ciptaan yg.tak kekal dan akan musnah.Orang syariat masih
memerlukan bukti dan tanda serta pedoman perantara untuk mereka jadi patuh pada tuhan.
Sekiranya solat itu tidak dihukumkan wajib,..apakah masjid2 akan penuh pada waktunya.Pasti manusia akan
terus lalai.
Adakah seseorang akan mencari kebenaran secara mempelajari semua agama.Beruntunglah orang yg.kenal
tuhan tanpa prajudis.Tak semua manusia beragama tau tentang kehendak tuhan.Islam yg.tuhan maksudkan
adalah konsep ibadah bertuhan.Syariat adalah amalan untuk sesebuah umat berasaskan sejarah dan hikmah.
Jadi...lupakan soal karenah manusia dan cara mereka bertuhan.Pastikan apakah diri ini telah menepati jalan
ketuhanan,cara berakidah dan beriqtikad.Hanya tuhan yg,boleh mengatakan tentang siapa betul dan yg.benar
atas jalan amalnya.
Kerana akhir zaman sudah tiada nabi,...maka isu ini terjadi.Masing2 boleh berdakwah dan menerangkan apa
itu kebenaran.Tapi bukan menghukum pendapat dan amalan kaum lain.

T R I N I T Y wrote:Syariat betul mengikut bidang ilmunya.Hakikat betul pada jalan ilmunya.Orang hakikat akan memahami
asal usul kejadian,..tapi orang syariat dihijab oleh ciptaan yg.tak kekal dan akan musnah.Orang syariat masih
memerlukan bukti dan tanda serta pedoman perantara untuk mereka jadi patuh pada tuhan.
saya beragama islam dan bukan anti islam tetapi jauh disudut hati saya seolah satu ketidakpercayaan tentang islam [bukan tentang allah] timbul.
seperti contoh : israk mikraj dimana nabi saw telah mengambil sembahyang dan berlakulah tawar menawar dalam menetapkan berapa kali kena solat...jika ini berlaku,tidakkah itu sebagai penghinaan kepada allah dimana allah lalai iaitu gagal menetapkan bilangan solat dan tidak tahu tentang kehendak manusia?
begitu juga dengan al quran yang di tulis pada pelepah-pelepah tamar sedangkan sejarah kertas telah bermula di iraq sebelum itu.
juga tentang kelahiran nabi saw yang cuma di sebut pada tahun gajah sedangkan kelahiran nabi isa sudah ada tahun 1 masihi.
apa pandangan saudara...
zali- Jumlah posting : 282
Registration date : 2008-12-09
Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20
Beriman dengan kitab2 tuhan.Maksudnya mempercayai segala cerita dalam kitab2 yang utama.Cuma yang masih
boleh dicari ialah quran dan injil.
Jika kita menduga tuhan melalui kisah sejarah,..alquran tidak menjelaskan kisah yg.sepenuhnya urusannya.
Apa yg.dikisahkan oleh quran tentang nabi naik kelangit.Dari mana pula datang cerita kisah yg.panjang lebar
mengenai israk miraj.Apakah itu diceritakan oleh hadis sohih atau hanya kabar dari pemahaman umat terdahulu.
Tuhan telah nasihatkan,...jika ada kemuskilan,..kembali pada quran atau kitab2 yg.masih terpelihara.Jika tiada
rujukan kisah sepenuhnya maka kita boleh abaikan.Bukan kisah israk miraj saja,...banyak kisah lain yg.mencemarkan
keagungan tuhan.
Kita boleh percaya tentang nabi di Israk mirajkan.Tapi kita tak perlu mengambil cerita perjalanan itu.Misi nabi
naik kelangit ada urusannya.Solat yg.diperintahkan pada asalnya banyak dan setelah permohonan maka
jadilah 5 waktu dan berjumlah yang wajib itu 17 rakaat.Tapi jangan lupa,...selebihnya adalah dijadikan solat2
sunat dimana ia boleh ditinggalkan tanpa dihukum berdosa.
Jadi disini,...bukan Allah tak tau,...cuma Allah menunjukkan maha pemurahnya dan mengasihani.Allah telah
menyatakan bahawa DIA tidak membebankan hambanya dengan amalan yg.tak mampu dikerjakan,Buatlah
mengikut kemampuan.
Walau pun terdapat ciptaan kertas,...kita tidak tau tentang kemudahan itu dizamannya.Wahyu datang
bukan secara masa yg.ditentukan oleh nabi.Maka apabila datang,..mungkin nabi tak sempat mengadakan
kertas melainkan apa yang sempat dijadikan kertas.Kulit adalah bahan yg.tahan lama berbanding kertas
yg.mudah koyak dan sebagainya.
Tentang kelahiran nabi pada tahun gajah disebut dalam quran.Tapi kelahiran isa disebut dalam injil.Soal ini
kita perlu kepastian diantara kebenaran kitab.
Jika dibandingkan umat islam umat muhammad walaupun berpecah banyak gulongan dan fahaman tapi
hanya berpegang pd.satu kitab.
Umat nabi Isa atau ahli kitab berpecah 3 dan masing2 mempunyai karangan kitab masing2.Ahli kitab
adalah gulongan yg.tak boleh dianggap sebagai kristen.Mereka juga menyimpan kitab asli.

Similar topics
» SIFAT PERMUSUHAN
» Sifat 20 Bagi 'TUHAN'
» SIFAT KIKIR atau BAKHIL
» PERBAHASAN TENTANG SYIRIK JALI DAN SYIRIK KHOFI
» KEFAHAMAN TENTANG TUHAN

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|