BINCANG2 TENTANG SIFAT 20

Page 3 of 7 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7  Next

View previous topic View next topic Go down

Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20

Post  salik on Tue Apr 07, 2009 1:20 am

semasa sayyidina Umar berbahas dengan sayyidina Ali dengan berbalas balas Ayat Allah.!!
lalu datang Rasulullah S>A>W lalu menegur mereka berdua
" WAHAI SAHABATKU ADAKAH KERANA INI KAMU DIUTUS?
KAMU MELEMPARKAN ALQURAN DIANTARA SATU SAMA LAIN"?
lalu Rasulullah berlalu meninggalkan mereka.

SELAMAT TINGGAL BEB.....AMBIL SAJA UNTUK KAMU ILMU SELURUH LAUTAN UNTUK KAMU.
CUKUPLAH ALLAH BAGIKU.
avatar
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

View user profile

Back to top Go down

Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20

Post  prime on Tue Apr 07, 2009 1:32 am

salik wrote:semasa sayyidina Umar berbahas dengan sayyidina Ali dengan berbalas balas Ayat Allah.!!
lalu datang Rasulullah S>A>W lalu menegur mereka berdua
" WAHAI SAHABATKU ADAKAH KERANA INI KAMU DIUTUS?
KAMU MELEMPARKAN ALQURAN DIANTARA SATU SAMA LAIN"?
lalu Rasulullah berlalu meninggalkan mereka.

SELAMAT TINGGAL BEB.....AMBIL SAJA UNTUK KAMU ILMU SELURUH LAUTAN UNTUK KAMU.
CUKUPLAH ALLAH BAGIKU.

Alhamdulillah... ALLOH itu untuk semua.. yang ADA
avatar
prime

Jumlah posting : 129
Registration date : 2009-04-01

View user profile

Back to top Go down

Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20

Post  T R I N I T Y on Tue Apr 07, 2009 2:05 am

Pertanyaan adalah ilmu kepada yg.menjawab.
Jawaban adalah ilmu kepada yg.bertanya.

Maknanya,..bila ada hamba yg.memberi jawaban terimalah seikhlasnya.
Bila ada pertanyaan,....jawablah seikhlasnya.

Baru lah ada Ar Rahman Ar Rahim....
avatar
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

View user profile

Back to top Go down

Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20

Post  shazlida on Tue Apr 07, 2009 3:00 am

Kepada semua ahli forum SUFI TAUHID FILOS, saya tujukan lagu keronchong ini khas untuk semua...

terutamanya kepada Tuan Merpati Putih kita.

SAYANG DI SAYANG.
avatar
shazlida

Jumlah posting : 161
Registration date : 2008-12-30

View user profile http://caturist.blogspot.com

Back to top Go down

Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20

Post  T R I N I T Y on Tue Apr 07, 2009 3:40 am

Sejak bila lak si shazlida ne jadi DJ Sufi.Walau apa pun teruskan
jadi DJ,..dapat gak aku layan lagu2 lama.
avatar
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

View user profile

Back to top Go down

Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20

Post  spanjunk on Fri Apr 17, 2009 1:10 am

farquhar wrote:
spanjunk wrote:
zali wrote:
spanjunk wrote:MAKA INILAH KONSEP T R I N I T Y DIDALAM 'BERIMAN' BUKANNYA 'BERTUHAN' SEPERTI YANG DIBAWA OLEH 'BERUK TOK BATIN SENOI AND FRIEND' KAN JAUH TUH LARINYA...

jadi apa la pulak bezanya beriman dan bertuhan?

beriman pasti dengan tuhan.
bertuhan pasti la pula dengan iman.

IMAN itu AM..........
KETUHANAN itu KHAS.....

iman itu boleh jadik banyak boleh jadik sikit....
lu ambil contoh rukun iman... ade berape semuanya....
ade enam.... betul tak???

salam 'sifu' dan semua yang ada
bolehkah tuan spanjunk huraikan lagi konsep trinity didalam beriman.apakah pula beza antara am dan khas . ada yang mendakwa syariat itu untuk orang awam sahaja, jadi kalau dah sampai peringkat yang tinggi atau makrifat dh tak perlu buat lagi syariat tuh.minta pendapat sifu dan kengkawan lain untuk membuat huraian. benarkah syariat itu untuk orang yang UMMI sahaja?

salamunkaulanminrabbinrahim

konsep TRINITY didalam beriman, lagi bagus kalau bro trinity aje yang terangkan... mungkin dia lebih LARUT...

Konsep TRINITY dalam Iman..

1.Mengaku dengan lidah....
2.Iqtiqad dalam hati
3.Perbuatan....

atas kalimah....

1.mengucap 2 kalimahsyahadah
2.tiada syak zhan atau waham dalam hati....
3.maka carilah 'tiang agama' DIRIKANLAH ia....

beriman itu AM . boleh jadi sikit, boleh jadi banyak .Rukun iman 6 ( yang Amnya ) percaya.... percaya.... percaya... percaya.... percaya.... percaya... percaya.... KEPADA YANG GHAIB ( YANG KHASNYA ) . BANYAKNYA 6. SIKITNYA 1 . KENAPA 1? SEBAB SEMUANYA GHAIB

Bila sebut ketuhanan aje maka seharusnya ia diangkat ke martabat yang khas.Allah itu ESA / TUNGGAL / TIDAK MENYAMAI DENGAN YANG BAHARU . SIFATNYA ADALAH QADIM LAGI AZALI . DIA ADALAH SENDIRI LAGI PENYENDIRI .

bagi yang AM itu AZALI dan bagi yang KHAS itu QADIM . Sifat Wajib yang kedua QIDAM/SEDIA ibarat daripada menafikan hakikat kewujudan TUHAN . Kerana tuhanlah yang menjadikan segala sesuatu didunia ini . Makanya TIADA BOLEH TIADA (melainkan ada) KEADAANNYA ADALAH TERLEBIH DAHULU DARI SESUATU. JIKA ADA YANG LEBIH DAHULU DARI-NYA, MAKA YANG ITU ADALAH BATIL.Apabila dikatakan tuhan itu bersifat dengan QIDAM maka ia QADIM. umpama jika dikatakan ZAHID itu bersifat dengan RAKUS maka jadilah ia PERAKUS! sebagai contoh . Didalam ilmu TAUHID ini ade satu lagi perkataan yang sama erti dengan QADIM iaitu AZALI (sesuatu yang tiada permulaan baginya). Tapi bagi GUA, QADIM dan AZALI nyata ADA BEZANYA.

QADIM disebutkan pada perkara yang ADA/MAUJUD sahaja seperti ZAT ALLAH QADIM dan QUDRATNYA QADIM AZALI pula disebutkan pada perkara yang ADA/MAUJUD seperti ZAT ALLAH dan QUDRATNYA AZALI dan pada perkara yang TIADA/GHAI'RI MAUJUD seperti yang menyerupai ALLAH itu AZALI ( kekal yang tiada binasa selamanya, KEKAL ARAD'I / MENDATANG )

MAKA JADINYA QADIM ITU KHAS..... DAN AZALI ITU AM..... SETIAP YANG QADIM ADALAH AZALI.... DAN SETIAP YANG AZALI TIDAK QADIM....!!!

SURAH AL-BAQARAH

ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ (٣
3. (yaitu) mereka yang beriman[13] kepada yang ghaib[14], yang mendirikan shalat[15], dan menafkahkan sebahagian rezki[16] yang Kami anugerahkan kepada mereka. [2]

13]. Iman ialah kepercayaan yang teguh yang disertai dengan ketundukan dan penyerahan jiwa. Tanda-tanda adanya iman ialah mengerjakan apa yang dikehendaki oleh iman itu.

[14]. Yang ghaib ialah yang tak dapat ditangkap oleh pancaindera. Percaya kepada yang ghjaib yaitu, mengi'tikadkan adanya sesuatu yang maujud yang tidak dapat ditangkap oleh pancaindera, karena ada dalil yang menunjukkan kepada adanya, seperti: adanya Allah, Malaikat-Malaikat, Hari akhirat dan sebagainya.

[15]. Shalat menurut bahasa 'Arab: doa. Menurut istilah syara' ialah ibadat yang sudah dikenal, yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam, yang dikerjakan untuk membuktikan pengabdian dan kerendahan diri kepada Allah. Mendirikan shalat ialah menunaikannya dengan teratur, dengan melangkapi syarat-syarat, rukun-rukun dan adab-adabnya, baik yang lahir ataupun yang batin, seperti khusu', memperhatikan apa yang dibaca dan sebagainya.

[16]. Rezki: segala yang dapat diambil manfaatnya. Menafkahkan sebagian rezki, ialah memberikan sebagian dari harta yang telah direzkikan oleh Tuhan kepada orang-orang yang disyari'atkan oleh agama memberinya, seperti orang-orang fakir, orang-orang miskin, kaum kerabat, anak-anak yatim dan lain-lain.

Tanpa SYARIAT yang KUKUH, HAKIKAT dan MAKRIFAT tiada boleh berdiri dengan TEGAK/KUKOH .Kalau berdiri pun, senget2 aje...... senget menget la jadinya... kakakakkaka maka jadilah ia AL-PELIK WAL- AJAIB
avatar
spanjunk

Jumlah posting : 507
Registration date : 2009-01-18

View user profile

Back to top Go down

Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20

Post  salik on Fri Apr 17, 2009 10:42 am

hanya mereka yang suka dengan memandang sesuatu itu daripada limpah kurnia Allah Taala sahaja menjadi tuntutan Allah dan yang mendapat pujian daripadaNya. Ini adalah kerana mereka itu adalah ahli pada Maqam Syukur. Orang Maqam Syukur ialah mereka yang sentiasa mendapat limpah kurniaan yang berganda-ganda daripada Allah sebagaimana maksud firman Allah Taala

"Dan apabila kamu bersyukurlah, pasti kami akan menambah nikmat bagimu".

Berbeza dengan mereka yang sentiasa menyandarkan sesuatu taat itu kepada ikhtiarnya, kehendak dan tujan mereka serta keupayaan mereka. Mereka ini adalah golongan yang tercela. Tercelanya kerana mereka tidak tahu adab dalam berkhidmat. Malah yang lebih dasyatnya mereka ikut tersenarai dari kalangan mereka yang derhaka kepada Allah dengan mengkufuri nikmat Allah..

Sudahlah wang banyak habis dikeluarkan untuk berqurban, tetapi hasilnya, mendapat celaan Allah hanya kerana dengan memandang diri kita yang paling banyak berqurban tahun ini berbanding orang lain;
Sudahlah letih dan perit berpuasa, tetapi hasil yang dapati ialah kutukan Allah kerana kufur dengan nikmatNya hanya disebabkan memandang kita yang rajin melaksanakannya berbanding orang lain yang malas;
Sudahlah penat mendirikan Qiyamullail, tetapi yang terhasilnya ialah kufur nikmat hanya kerana memandang dia yang kuat bermujahadah melawan nafsu tidurnya;

Sudahlah berbuih-buih mulutnya, berceramah dan mengajar orang, tetapi tidak mendapat apa-apa ganjaran dan pujian dari Allah hanya disebabkan merasa dialah yang pandai, alim, banyak ilmu dan cekap dalam berkata-kata sehingga memukau orang yang mendengarnya;

Pendek kata, segala amal taat yang dikerjakan itu bukanlah boleh membawa mereka kepada bersyukur pada Allah, tetapi sebaliknya menjerumuskan mereka ke lembah "Kufur Nikmat", hanya kerana mereka tidak tahu cara adab untuk menyambut limpah kurnia dari Allah Taala.
Fikirkanlah wahai diriku, di manakah kau halakan pandanganmu semasa beribadat dan semasa berkhidmat kepada Allah. Fikirkanlah........

di lembah mana sekarang kedudukanmu itu?.
pada arah mana kau halakan pandangan mata hatimu?
sampai ke mana amalmu yang bergunung-gunung itu?
Fikirkanlah dan jauhkan dirimu itu dari hama 'Ajib yang merosakkan amal taatmu.
Jauhkan dirimu daripada sifat-sifat takbur(sombong)seperti kebanyakan mereka yang suka mendakwa;
Inilah hasil usahaku selama ini.
Inilah kerja-kerja kebajikanku untuk masyarakat;
Inilah hartaku, inilah tanahku, inilah kedudukanku, inilah jawatanku;
Inilah jasa-jasaku.
Inilah kebijaksanaan dan kepintaranku;
Akulah yang paling tinggi ilmunya,
Akulah yang paling banyak dan sempurna amalnya;
Akulah yang ada kuasa dan kedudukan.
Akulah yang berwawasan;
Akulah yang punya pengaruh yang besar.
Dan berbagai-bagai dakwa aku....aku...lagi.

Berhati-hatilah dengan musuh licikmu yang tersembunyi itu. Inilah sebahagian darupada perihal mazmumah yang dipanggil 'AJIB yang menerbitkan bersamanya peribadi takkabur dan sombong.
Oleh itu wahai saudara-saudaraku, dengan penjelasan dan kefahaman di atas, maka dapatlah dirumuskan bahawa punca yang menyebab wujud dan berkembangnya penyakit 'Ajib(hairan dengan diri sendiri) dan takbur ialah kerana tidak memandang sesuatu taat itu anugerah limpah kurnia daripada Allah. Ini adalah kerana seorang yang tidak melihat Allah, maka sudah tentu akan melihat dirinya. Bila melihat akan dirinya yang melakukan taat, maka timbullah kehairanan pada dirinya yakni 'Ajib. Bila timbul kehairanan, maka menetaslah

Dengan kerana itu, hama penyakit yang tersembunyi ini hanya akan dapat dijauhkan dan dihindari dengan semata-mata menjejaki maksud "Hakikat Syukur" sebagaimana yang difahami dan dihayati oleh orang-orang yang Arif dengan Allah.yakni;

"Melihat kepada Yang Memberi sehingga terlupa kepada apa yang diberi"

Maka, sewajarnyalah sebagai seorang hamba yang ingin beradab dengan TuhanNya, yang ingin meniti jalan yang lurus dan benar, yang ingin berlindung dari jalan yang disesati dan yang dimurkai; ikutilah jalan orang-orang Arif yang menjadi Warisatul Ambiya' itu. Contohilah keluhuran peribadi mereka yang punya makrifat yang membukakan sesuatu hakikat. Teladanilah kehalusan adab-adab Rasulullah
avatar
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

View user profile

Back to top Go down

Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20

Post  T R I N I T Y on Sat Apr 18, 2009 12:51 am

Ilmu dan amal adalah sunnah yg.tetap dan lakukan mengikut hukum syariatnya.Mempelajari
ilmu hakikat adalah umpama pokok yg.berbuah.Tanpa dirasa dan dimakan masakan tau hasilnya.
Entah manis atau masam walaupun katanya buah itu kebanyakan orang makan adalah manis.
Hanya orang2 yg.sakit sahaja tak akan dapat mengetahui rasa sebenarnya.

Hati akan berkata benar apa yg.diperlihatkan.Sebelum mata hati dibukakan untuk melihat
rahsia,...Allah menanti dengan kesabaran rahmatnya sehingga sang hamba duduk dalam
pendirian iman yg.tetap.Perbahasan akalnya telah diputuskan walaupun tidak lagi kenal siapa
tuhan.Sebagaimana Ibrahim memutuskan kedudukan tauhidnya.

Membetulkan penyerahannya walaupun melalui perantara makhluk,...kerana itulah keizinan
waktu jahil sang hamba.Asalkan manusia itu masih berpegang pada jalan ingin bertuhan.
Manusia boleh mengeluarkan apa jua kata2nya,namun hatinya lebih benar apa yg.diniatkan.
Manusia boleh berbohong dan berpura-pura sesama manusia.Tapi tidak dapat berpura-pura
dengan tuhan.
avatar
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

View user profile

Back to top Go down

Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20

Post  salik on Sat Apr 18, 2009 10:36 am

APA PENDAPAT SAUDARA DENGAN CERITA DI BAWAH.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Dahulu zaman Nabi Musa, hidup seorang pengembala yang bersemangat bebas. Ia
tidak punya uang dan tidak punya keinginan untuk memilikinya. Yang ia miliki hanyalah
hati yang lembut penuh keikhlasan; hati yang berdetak dengan kecintaan kepada Tuhan.
Sepanjang hari ia menggembalakan ternaknya melewati lembah dan ladang melagukan
jeritan hatinya kepada Tuhan yang dicintainya, “Duhai Pangeran tercinta, di manakah
Engkau, supaya aku bisa persembahkan seluruh hidupku pada-Mu? Di manakah
Engkau, supaya aku bisa menghambakan diriku pada-Mu? Wahai Tuhan, untuk-Mu aku
hidup dan bernapas. Karena berkat-Mu aku hidup. Aku ingin mengorbankan domba-Ku
ke hadapan kemuliaan-Mu.”
Suatu hari, Nabi Musa as melewati padang gembalaan tersebut dalam perjalanannya
menuju kota. Ia memperhatikan sang gembala yang sedang duduk di tengah ternaknya
dengan kepala yang mendongak ke langit.. ..................
Sang gembala menyapa” Tuhan, “Ah, dimanakah Engkau, supaya aku bisa menjahit baju-Mu, memperbaiki sepatu-Mu, danmempersiapkan ranjang-Mu? Di manakah Engkau, supaya aku bisa menyisir rambut-Mu
dan mencium kaki-Mu? Di manakah Engkau, supaya aku bisa mengilapkan sepatu-Mu
dan membawakan air susu untuk minuman-Mu?” Nabi Musa mendekati gembala itu dan
bertanya, “Dengan siapa kamu berbicara?” Gembala menjawab, “Dengan Dia yang
telah menciptakan kita. Dengan Dia yang menjadi Tuhan yang menguasai siang dan
malam, bumi dan langit.”

Musa murka mendengar jawaban gembala itu, “Betapa beraninya kamu bicara
kepada Tuhan seperti itu! Apa yang kamu ucapkan adalah kekafiran. Kamu harus
menyumpal mulutmu dengan kapas supaya kamu bisa mengendalikan lidahmu. Atau
paling tidak orang yang mendengarmu tidak menjadi marah dan tersinggung dengan
kata-katamu yang telah meracuni seluruh angkasa ini. Kau harus berhenti bicara seperti
itu sekarang juga karena nanti Tuhan akan menghukum seluruh penduduk bumi ini
akibat dosa-dosamu! Sang gembala segera bangkit setelah mengetahui bahwa yang
mengajaknya bicara adalah seorang nabi.

Ia bergetar ketakutan. Dengan air mata yang mengalir membasahi pipinya, ia mendengarkan
Musa yang terus berkata, “Apakah kau kira Tuhan adalah seorang manusia biasa,
sehingga Ia harus memakai sepatu dan kauskaki? Apakah Tuhan seorang anak kecil,
yang memerlukan susu supaya Ia tumbuh besar? Tentu saja tidak. Tuhan Mahasempurna di dalam diri-Nya.

Tuhan tidak memerlukan siapa pun. Dengan berbicara kepada Tuhan seperti yang telah engkau
lakukan, engkau bukan saja telah merendahkan dirimu, tapi kau juga merendahkan
seluruh ciptaan Tuhan. Kau tidak lain dari seorang penghujat agama. Ayo, pergi dan
minta maaf, kalau kau masih memiliki otak yang sehat!” “Sejak ini –kata penggembalaaku
berjanji akan mengatupkan mulutku untukselamanya.” Lantas ia berangkat
meninggalkan ternaknya menuju padang pasir.

Dengan perasaan bahagia karena telah meluruskan jiwa yang tersesat, Nabi Musa
as melanjutkan perjalanannya menuju kota. Tiba-tiba Allah Yang Mahakuasa
menegurnya, “Mengapa engkau berdiri di antara Kami dengan kekasih Kami yang
setia? Mengapa engkau pisahkan pecinta dari yang dicintainya? Kami telah mengutus
engkau supaya engkau bisa menggabungkan kekasih dengan kekasihnya, bukan
memisahkan ikatan di antaranya.” Musa mendengarkan kata-kata langit itu dengan
penuh kerendahan dan rasa takut. Tuhan berfirman, “Kami tidak menciptakan dunia
supaya Kami memperoleh keuntungan daripadanya. Seluruh makhluk di ciptakan untuk
kepentingan makhluk itu sendiri. Kami tidak membutuhkan pujian atau sanjungan. Kami
tidak memerlukan ibadah atau pengabdian.

Orang-orang yang beribadah itulah yang mengambil keuntungan dari ibadah yang mereka lakukan.
Ingatlah bahwa di dalam cinta, kata-kata hanyalah bungkus luar yang tidak memiliki makna apa-apa.
Kami tidak memperhatikan keindahan kata-kata atau komposisi kalimat.

Yang Kami perhatikan adalah lubuk hati yang paling dalam dari orang itu. Dengan cara itulah Kami
mengetahui ketulusan makhluk Kami, walaupun kata-kata mereka bukan kata-kata yang
indah. Buat mereka yang dibakar dengan cinta, kata-kata tidak mempunyai makna.”
Tuhan kemudian mengajarkan Musa rahasia cinta.

Setelah Musa memperoleh pelajaran itu, ia mengerti kesalahannya. Sang Nabi pun
merasa menderita penyesalan yang luar biasa. Dengan segera, ia berlari mencari
gembala itu untuk meminta maaf. Setelah berhari-hari maka ketemulah ia dengan
gembala itu. Nabi Musa berkata,

“Aku punya pesan penting untukmu. Tuhan telah berfirman kepadaku, bahwa tidak
diperlukan kata-kata yang indah bila kita ingin berbicara kepada-Nya. Kamu bebas berbicara
kepada-Nya dengan cara apa pun yang kamu sukai, dengan kata-kata apa pun yang kamu pilih.
Karena apa yang aku duga sebagai kekafiranmu ternyata adalah ungkapan dari keimanan dan
kecintaan yang menyelamatkan dunia.”

Sang gembala hanya menjawab sederhana, “Aku sudah melewati tahap kata-kata dan kalimat.
Hatiku sekarang dipenuhi dengan kehadiran-Nya.
Aku tak dapat menjelaskan keadaanku padamu dan kata-kata pun tak bisa melukiskan
pengalaman ruhani yang ada dalam hatiku.” Kemudian ia bangkit dan meninggalkanMusa16.
Marilah kita isi hidup ini dengan cinta, karena tanpa cinta hidup terasa hampa tiada
guna.

CARI CARI APA DI CARIIII AKHIRNYA TENANG SEPI..... ( LAGU)
TENG TUNG TUNG TENG......................................... ( IRAMA)
HEHEHEHEHEHE
TENG TUNG TUNG TENG(
avatar
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

View user profile

Back to top Go down

Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20

Post  farquhar on Sat Apr 18, 2009 10:05 pm

spanjunk wrote:
farquhar wrote:
spanjunk wrote:
zali wrote:
spanjunk wrote:MAKA INILAH KONSEP T R I N I T Y DIDALAM 'BERIMAN' BUKANNYA 'BERTUHAN' SEPERTI YANG DIBAWA OLEH 'BERUK TOK BATIN SENOI AND FRIEND' KAN JAUH TUH LARINYA...

jadi apa la pulak bezanya beriman dan bertuhan?

beriman pasti dengan tuhan.
bertuhan pasti la pula dengan iman.

IMAN itu AM..........
KETUHANAN itu KHAS.....

iman itu boleh jadik banyak boleh jadik sikit....
lu ambil contoh rukun iman... ade berape semuanya....
ade enam.... betul tak???

salam 'sifu' dan semua yang ada
bolehkah tuan spanjunk huraikan lagi konsep trinity didalam beriman.apakah pula beza antara am dan khas . ada yang mendakwa syariat itu untuk orang awam sahaja, jadi kalau dah sampai peringkat yang tinggi atau makrifat dh tak perlu buat lagi syariat tuh.minta pendapat sifu dan kengkawan lain untuk membuat huraian. benarkah syariat itu untuk orang yang UMMI sahaja?

salamunkaulanminrabbinrahim

konsep TRINITY didalam beriman, lagi bagus kalau bro trinity aje yang terangkan... mungkin dia lebih LARUT...

Konsep TRINITY dalam Iman..

1.Mengaku dengan lidah....
2.Iqtiqad dalam hati
3.Perbuatan....

atas kalimah....

1.mengucap 2 kalimahsyahadah
2.tiada syak zhan atau waham dalam hati....
3.maka carilah 'tiang agama' DIRIKANLAH ia....

beriman itu AM . boleh jadi sikit, boleh jadi banyak .Rukun iman 6 ( yang Amnya ) percaya.... percaya.... percaya... percaya.... percaya.... percaya... percaya.... KEPADA YANG GHAIB ( YANG KHASNYA ) . BANYAKNYA 6. SIKITNYA 1 . KENAPA 1? SEBAB SEMUANYA GHAIB

Bila sebut ketuhanan aje maka seharusnya ia diangkat ke martabat yang khas.Allah itu ESA / TUNGGAL / TIDAK MENYAMAI DENGAN YANG BAHARU . SIFATNYA ADALAH QADIM LAGI AZALI . DIA ADALAH SENDIRI LAGI PENYENDIRI .

bagi yang AM itu AZALI dan bagi yang KHAS itu QADIM . Sifat Wajib yang kedua QIDAM/SEDIA ibarat daripada menafikan hakikat kewujudan TUHAN . Kerana tuhanlah yang menjadikan segala sesuatu didunia ini . Makanya TIADA BOLEH TIADA (melainkan ada) KEADAANNYA ADALAH TERLEBIH DAHULU DARI SESUATU. JIKA ADA YANG LEBIH DAHULU DARI-NYA, MAKA YANG ITU ADALAH BATIL.Apabila dikatakan tuhan itu bersifat dengan QIDAM maka ia QADIM. umpama jika dikatakan ZAHID itu bersifat dengan RAKUS maka jadilah ia PERAKUS! sebagai contoh . Didalam ilmu TAUHID ini ade satu lagi perkataan yang sama erti dengan QADIM iaitu AZALI (sesuatu yang tiada permulaan baginya). Tapi bagi GUA, QADIM dan AZALI nyata ADA BEZANYA.

QADIM disebutkan pada perkara yang ADA/MAUJUD sahaja seperti ZAT ALLAH QADIM dan QUDRATNYA QADIM AZALI pula disebutkan pada perkara yang ADA/MAUJUD seperti ZAT ALLAH dan QUDRATNYA AZALI dan pada perkara yang TIADA/GHAI'RI MAUJUD seperti yang menyerupai ALLAH itu AZALI ( kekal yang tiada binasa selamanya, KEKAL ARAD'I / MENDATANG )

MAKA JADINYA QADIM ITU KHAS..... DAN AZALI ITU AM..... SETIAP YANG QADIM ADALAH AZALI.... DAN SETIAP YANG AZALI TIDAK QADIM....!!!

SURAH AL-BAQARAH

ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ (٣
3. (yaitu) mereka yang beriman[13] kepada yang ghaib[14], yang mendirikan shalat[15], dan menafkahkan sebahagian rezki[16] yang Kami anugerahkan kepada mereka. [2]

13]. Iman ialah kepercayaan yang teguh yang disertai dengan ketundukan dan penyerahan jiwa. Tanda-tanda adanya iman ialah mengerjakan apa yang dikehendaki oleh iman itu.

[14]. Yang ghaib ialah yang tak dapat ditangkap oleh pancaindera. Percaya kepada yang ghjaib yaitu, mengi'tikadkan adanya sesuatu yang maujud yang tidak dapat ditangkap oleh pancaindera, karena ada dalil yang menunjukkan kepada adanya, seperti: adanya Allah, Malaikat-Malaikat, Hari akhirat dan sebagainya.

[15]. Shalat menurut bahasa 'Arab: doa. Menurut istilah syara' ialah ibadat yang sudah dikenal, yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam, yang dikerjakan untuk membuktikan pengabdian dan kerendahan diri kepada Allah. Mendirikan shalat ialah menunaikannya dengan teratur, dengan melangkapi syarat-syarat, rukun-rukun dan adab-adabnya, baik yang lahir ataupun yang batin, seperti khusu', memperhatikan apa yang dibaca dan sebagainya.

[16]. Rezki: segala yang dapat diambil manfaatnya. Menafkahkan sebagian rezki, ialah memberikan sebagian dari harta yang telah direzkikan oleh Tuhan kepada orang-orang yang disyari'atkan oleh agama memberinya, seperti orang-orang fakir, orang-orang miskin, kaum kerabat, anak-anak yatim dan lain-lain.

Tanpa SYARIAT yang KUKUH, HAKIKAT dan MAKRIFAT tiada boleh berdiri dengan TEGAK/KUKOH .Kalau berdiri pun, senget2 aje...... senget menget la jadinya... kakakakkaka maka jadilah ia AL-PELIK WAL- AJAIB
SIFU, tengkiu atas kesudian . tidak sia2 penantian ku . manusia memang sifatnya tidak pernah puas! tapi buas memang ada... kalau boleh harap tambah2kan la lagi ISI tentang sifat 20 ni . otai2 yang lain pun begitu juga.
sedang menunggu buah pikir dari MASTER MERPATI PUTIH pula.
avatar
farquhar

Jumlah posting : 116
Registration date : 2009-04-01

View user profile

Back to top Go down

Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20

Post  T R I N I T Y on Sun Apr 19, 2009 2:02 am

Salam,...
Ajaran sifat 20 adalah pembawaan ahli ilmu semata-mata.Mungkin telah di asaskan oleh
pengamal ahli tasawuf bertujuan memudahkan pemahaman para pengikut kumpulan itu.
Nabi Muhammad tidak mengajar ilmu ini sebagai jalan mengenal namun apa yg.terdapat dalam
Alquran ada sedikit persamaannya.

Yang menjadi keutamaan adalah mengenal Wujud pencipta mengikut bayangan yg.tertulis
dalam quran terlebih dulu.Sedia maklum saya tidak mempelajari ilmu sifat 20 sebaliknya
ilmu mengenal rasanya lebih selamat berpandukan Alquran.

Sebelum kita mengenal wujudnya pencipta segala kejadian,..akal dan renungan kita telah
melalui pelbagai persoalan.Bagaimana mungkin kita dapat beriman dengan perkara2 yg.
disuruh kita beriman sedangkan kita belum menetapkan kedudukan tauhid kita.

Melalui sejarah nabi Ibrahim,..adalah contoh kita memulakan konsep beriman.Allah telah
memuliakan Ibrahim dan menjadikan ia contoh ikutan bertauhid.Pada zaman kita sekarang
tentunya lagi banyak petunjuk yg.dapat dijadikan penguat hati untuk percaya adanya tuhan
yg.mencipta.Kita cuma yakin bahawa kejadian ini tidak jadi sendirinya walaupun terdapat
teori2 yg.menyatakan kejadian adalah dari zarah2 yg.bergabung.

Jika benar teori itu,..kenapa para sain tidak dapat mencipta air mani tiruan dan benih manusia
tiruan dari molikul2 yg.telah dikaji.Mereka hanya dapat mengadakan bayi tabung uji sahaja.
Sain juga tak dapat buat darah sebagaimana dihasilkan oleh tubuh manusia dan banyak lagi
sain tak dapat adakan walaupun berbilion ringgit dibelanjakan untuk pelbagai kajian tentang
kejadian yg.dikatakan terjadi dari gabungan zarah2.

Jadi mengenal wujud tuhan pada awalnya perlu dengan dalil akal dan diperkuatkan dengan
dalil alquran.Dari Alquran yg.menjadi pembuka akal kita,..pelbagai kebenaran dari ilmunya
telah membuat hati bertambah yakin untuk mengatakan bahawa tuhan itu wujud dan mustahil
tidak wujud.

Akal mengatakan wujud bukan kerana terpaksa atau terpengaruh.Sebaliknya bukti kebenaran
dan kemunasabahan ilmunya.

Ilmu sifat 20 tidak dapat mencapai sepenuhnya kefahaman tentang tuhan melainkan sekadar
membetulkan akidah dan membentuk baik sangka terhadap pengenalan bertuhan.Melaluinya
seseorang akan dapat mengenal perbuatan sirik nyata dan halus.

Seterusnya pengenalan tuhan itu adalah melalui undangan dan Allah memilih barang siapa yg.
ingin diberi kenal mengikut peraturan tertentu.Adalah haq Allah untuk mengenalkannya dan
bukan dapat diperolehi oleh sesiapa pun dengan jalan amalan2.
avatar
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

View user profile

Back to top Go down

Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20

Post  spanjunk on Sun Apr 19, 2009 3:46 am

T R I N I T Y wrote:Salam,...

QURAN TU APE?
HADIS TU APE?
KALAU TAK KENAL HAL QURAN DAN HADITH, TAK RAK/LARAT NAK PIKUL QURAN DAN HADITH
KALU TANYA NGAN MP, LAGI LA SAKIT JIWA JAWABNYA....
JADI GUA TANYA LU LA BRO TRINITY...

p/s:
pasal jawapan dari MP gua dh tau...
jadi MP lu rilek dulu....
yang lain pun sama..
jadi gua tunggu jawapan dari bro TRINITY...
tiada yang SELAMAT melainkan kasim selamat jek....
avatar
spanjunk

Jumlah posting : 507
Registration date : 2009-01-18

View user profile

Back to top Go down

Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20

Post  T R I N I T Y on Sun Apr 19, 2009 3:58 am

Jika jawaban mengikut soalannya,...
maka...
Quran tu wahyu yg.disampaikan oleh jibril pada nabi.Sejauh mana para pencari ilmu memahami
ayat2 yg.tersirat bergantung kepada usahanya yg.mengundang Allah untuk mengajarnya sebagaimana Allah ajarkan pada nabi2 dan rasulnya terdahulu.

Bagaimana pula kefahaman ahli ilmu tentang kalam yg.berhuruf pada kitab bernama Alquran
sedangkan Jibril mengajar nabi melalui bahasa pemahaman wahyu dalam bahasa Araab.

Hadith adalah sebahagian kalam Allah juga yg.diajarkan khas untuk nabi Muhammad.Jadi terdapatlah
pelbagai bentuk hadith yg.perlu difahami sebelum nak beramal mengikut sunnah nabi.
Sesetengah gulungan menjadikan hadis dan sunnah nabi sebagai utama,sedangkan Allah
menyarankan untuk kembali kepada Alquran jika terdapat kekeliruan dan perselisihan.

Persoalannya.... apakah jalan memahami ayat2 tersirat itu dan siapa gurunya?
avatar
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

View user profile

Back to top Go down

Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20

Post  spanjunk on Sun Apr 19, 2009 4:12 am

T R I N I T Y wrote:Jika jawaban mengikut soalannya,...

macamana quran disampaikan?
turun satu buku ke? dari mana turunnya?
adakah hadis tu kalam allah?
kalau hadis khudsi ...ya memang...
selainnya kan Rasulullah yang kata.... bukan ke begitu...
avatar
spanjunk

Jumlah posting : 507
Registration date : 2009-01-18

View user profile

Back to top Go down

Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20

Post  salik on Sun Apr 19, 2009 4:26 am

[quote="spanjunk"]

APA MAKSUD SOALAN SIPANJANG BERTANYA BEGITU ....KURANG FAHAM!!!
KALAU HADIS QUDSI YE....APA MAKSUDNYA??...DAN RASUL BERKATA BUKAN BEGITU APA MAKSUDNYA???
avatar
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

View user profile

Back to top Go down

Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20

Post  spanjunk on Sun Apr 19, 2009 4:32 am

belajar kene ade guru
adakah betul?
kalau takde guru siapa pula gurunya?
kalau sorang2
siapa nak kata lu betul atau salah...
sebenar2 guru hanya tunjuk jalan pulang
tapi hakikatnya sendiri yang pulang...
jadi kita memang kene....
muzakarah...
maknanya baru buleh tahu benar atau salah....
bila berdua pasti ade penyataan yang benar dan yang salah...
avatar
spanjunk

Jumlah posting : 507
Registration date : 2009-01-18

View user profile

Back to top Go down

Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20

Post  T R I N I T Y on Sun Apr 19, 2009 4:54 am

Ya...kita perlu bermuzakarah dan tuhan pun ada menyatakan konsep itu.Para pengikut nabi pun
bertanya macam2 pada nabi.Tapi kita dizaman akhir ne dah 1500 terpisah dengan nabi,...maka
alquran saja jadi panduan.

Setakat ne,...guru untuk mengajar ilmu ALquran dikalangan manusia biasa,samada ulama atau
ustaz2 yg.bertauliah hanylah sebagai pemahaman tafsiran.Bilamana mereka menyatakan bahawa
yg.tersirat itu Allah yg.mengetahui,...maka Allah lah yg.menjadi gurunya.

Masaalah yg.timbul ialah orang2 yg.nak berguru dengan guru2 yg.dikatakan telah sampai pengenalan
dan dikatakan mursid.Bagaimana untuk mengetahui guru mursid jika murid tu tak terlebih dulu
mursid.

Tentang bagaimana Quran diturunkan telah Allah jelaskan dalam kitab.Bagaimana kita akan tau
kalau Allah tak menyatakan dalam kitabnya.Apa yg.menjadi lebih kefahaman itu ialah kepada
mereka yg.mendapat petunjuk.Maka siapa yg.dapat petunjuk ,...itu adalah untuk kebaikan
dirinya sahaja dan sedikit yg.dapat yg.tertentu saja dapat dikongsikan kepada orang lain.

Maka cara menyampaikan adalah terpulang kpd.kebijaksanaan setiap orang.
avatar
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

View user profile

Back to top Go down

Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20

Post  spanjunk on Sun Apr 19, 2009 4:56 am

T R I N I T Y wrote:Ya...kita perlu bermuzakarah dan tuhan pun ada menyatakan konsep itu.Para pengikut nabi pun
bertanya macam2 pada nabi.Tapi kita dizaman akhir ne dah 1500 terpisah dengan nabi,...maka
alquran saja jadi panduan.

Setakat ne,...guru untuk mengajar ilmu ALquran dikalangan manusia biasa,samada ulama atau
ustaz2 yg.bertauliah hanylah sebagai pemahaman tafsiran.Bilamana mereka menyatakan bahawa
yg.tersirat itu Allah yg.mengetahui,...maka Allah lah yg.menjadi gurunya.

Masaalah yg.timbul ialah orang2 yg.nak berguru dengan guru2 yg.dikatakan telah sampai pengenalan
dan dikatakan mursid.Bagaimana untuk mengetahui guru mursid jika murid tu tak terlebih dulu
mursid.

Tentang bagaimana Quran diturunkan telah Allah jelaskan dalam kitab.Bagaimana kita akan tau
kalau Allah tak menyatakan dalam kitabnya.Apa yg.menjadi lebih kefahaman itu ialah kepada
mereka yg.mendapat petunjuk.Maka siapa yg.dapat petunjuk ,...itu adalah untuk kebaikan
dirinya sahaja dan sedikit yg.dapat yg.tertentu saja dapat dikongsikan kepada orang lain.

Maka cara menyampaikan adalah terpulang kpd.kebijaksanaan setiap orang.
JADI PADA BRO TRINITY MACAMANA???
avatar
spanjunk

Jumlah posting : 507
Registration date : 2009-01-18

View user profile

Back to top Go down

Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20

Post  spanjunk on Sun Apr 19, 2009 5:09 am

BUKAN KE qURAN ITU DISAMPAIKAN/DITURUNKAN DARI LANGIT
LANGIT YANG MANA?
GUA TAK NAMPAK....

YANG GUA NAMPAK DARI LANGIT2 ADE LA....
DARI PERCAKAPAN LA.....

JATUH PADA SIFAT WAJIB YG KE 13
ALKALAM - BERKATA2 TUHAN TIDAK DENGAN MULUT/SUARA ATAU LAIN2 NYA.....

hakikatnya muhammad yang menyampaikan dari lelangit lidah suara dan lain2 . muhammad saw kan buta hurup .
avatar
spanjunk

Jumlah posting : 507
Registration date : 2009-01-18

View user profile

Back to top Go down

Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20

Post  T R I N I T Y on Sun Apr 19, 2009 5:26 am

Nabi belajar melalui penyampaian jibril.Ada dikatakan nabi melihat jibril secara bentuk sebenar,
ada menyerupai seorang lelaki dan mungkin boleh kita percaya nabi dapat juga dalam keadaan
dalam mimpi.Walau apa pun,..tuhan telah menyatakan bahawa tiada sebarang manusia yg.
berurusan dengan tuhan secara nyata tajalinya Allah,...melainkan melalui suara seperti pengalaman
Musa as.atau melalui perantara jibril atau mimpi seperti nabi Yusuf as.

Apabila kita bersungguh-sungguh ingin memahami Alquran maka kita sebenarnya telah membaca
wahyu tuhan yg.disampaikan kepada nabi.

Soal kedua ialah pengalaman masing2 bagaimana cara tuhan mengajar kepada hambanya yg.
mendapat petunjuk dan yakin bahawa itu adalah petunjuk Allah dan bukan kata2 dari hati,nafsu
atau syithan.

Sebenarnya tiada lah boleh merasakan diri bertuah atau hebat kerana dapat jalan macam tu.Tapi
hanya dengan menyatakan jalan itu saja yg.menjadi jalan membawa misi kebenaran.
Terpulang pada yg.mendengar bicara ilmu sipenyampai dan kebenaran itu adalah pada diri yg.
mendengar.Jika benar yg.disampaikan itu kalam dari Allah maka ia akan memanah terus kedalam
hati.Jika ia batil,..maka kata2 itu hanyalah nasihat yg.baik atau pun bertujuan menyesatkan
orang lain.
avatar
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

View user profile

Back to top Go down

Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20

Post  spanjunk on Sun Apr 19, 2009 5:29 am

T R I N I T Y wrote:Nabi belajar melalui penyampaian jibril.Ada dikatakan nabi melihat jibril secara bentuk sebenar,
ada menyerupai seorang lelaki dan mungkin boleh kita percaya nabi dapat juga dalam keadaan
dalam mimpi.Walau apa pun,..tuhan telah menyatakan bahawa tiada sebarang manusia yg.
berurusan dengan tuhan secara nyata tajalinya Allah,...melainkan melalui suara seperti pengalaman
Musa as.atau melalui perantara jibril atau mimpi seperti nabi Yusuf as.

Apabila kita bersungguh-sungguh ingin memahami Alquran maka kita sebenarnya telah membaca
wahyu tuhan yg.disampaikan kepada nabi.

Soal kedua ialah pengalaman masing2 bagaimana cara tuhan mengajar kepada hambanya yg.
mendapat petunjuk dan yakin bahawa itu adalah petunjuk Allah dan bukan kata2 dari hati,nafsu
atau syithan.

Sebenarnya tiada lah boleh merasakan diri bertuah atau hebat kerana dapat jalan macam tu.Tapi
hanya dengan menyatakan jalan itu saja yg.menjadi jalan membawa misi kebenaran.
Terpulang pada yg.mendengar bicara ilmu sipenyampai dan kebenaran itu adalah pada diri yg.
mendengar.Jika benar yg.disampaikan itu kalam dari Allah maka ia akan memanah terus kedalam
hati.Jika ia batil,..maka kata2 itu hanyalah nasihat yg.baik atau pun bertujuan menyesatkan
orang lain.

jadi mestilah mahu kenal betul2....
jadi macamana nak kenal.....?
avatar
spanjunk

Jumlah posting : 507
Registration date : 2009-01-18

View user profile

Back to top Go down

Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20

Post  T R I N I T Y on Sun Apr 19, 2009 5:41 am

Tak semua orang yg.berusaha mengenal tuhan secara mendalam.Hanya dikatakan gulongan ini
adalah sedikit saja.Namun tak bermakna gulungan yg.bukan temasuk gulungan sedikit ne masuk
neraka atau dihukum dengan azab kubur atau diakhirat.

Mereka yg.tak mengenal tuhan didunia akan tetap dapat mengenal tuhan melalui para malaikat
dalam alam kuburnya atau mungkin melalui para2 wali.

Allah telah menerima iman orang yg.hanya mengatakan dengan lisan dan kepatuhan taatnya bahawa
hanya Allah saja sebagai tuhannya dan muhammad nabinya lalu beriman secara taklid saja.
Mereka juga mendapat balasan amal mengikut amal masing2.

Bagaimana nak kenal? Ha..ha...yg.ne payah sikit nak cerita.Walau apa pun mulakan dengan niat
yg.ikhlas dan mengerjakan amal taat sebagai kepatuhan beriman dan tidak tidak mengadakan tuhan selain Allah dalam ibadah.

Amal dan ilmu setinggi mana bukan jalan untuk kenal tuhan.
Cuba sdr.terangkan maksud mencapai redha Allah,..kelak akan faham jalannya.
avatar
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

View user profile

Back to top Go down

Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20

Post  spanjunk on Sun Apr 19, 2009 5:46 am

tak rak nak pikul Quran dan hadith kalau tak ada sifat 20
kalau tahu hadith dan quran tapi tak tahu sifat 20 maka tak ada hikmat
Quran adalah perkataan ALLAH maka kene tahu sifat ALLAH
Hadith adalah perkataan Nabi maka kene tahu sifat Nabi
BILA KITA TAK KENAL HAL QURAN DAN HAL HADITH MAKA TAK RAK KITA NAK PIKUL QURAN DAN HADITH

KALAU KITA TAK TAHU SIFAT 20 MAKA QURAN DAN HADITH YANG ADA PADA KITA TAK HIDUP. TAK ADA ILMU USUL MAKA TAK RAK KITA NAK PIKUL.......

RAHSIA ALLAH.......................................

AWAL UGAMA ITU ADALAH MENGENAL TUHAN... BILA DAH KENAL ASMA, SIFAT ,FE'IL MAKA REDHA LAH KITA AKAN DIRI KITA YANG SEBENAR2NYA...
avatar
spanjunk

Jumlah posting : 507
Registration date : 2009-01-18

View user profile

Back to top Go down

Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20

Post  T R I N I T Y on Sun Apr 19, 2009 5:58 am

Maka disini saya difahamkan sdr.bahawa keutamaan mengenal tuhan melalui sifat 20.Itu saya
setuju.Namun perbahasannya ialah apakah dengan mengenal sifat tuhan dapat mengetahui
makna Allahuakbar.Iaitu nama tuhan bererti maha besar,maha penyang,pengasih dan sebagainya.

Soalan saya,...bagaimana sdr.faham tentang nama MAHA BESAR tu.Sila bahaskan.
avatar
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

View user profile

Back to top Go down

Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20

Post  spanjunk on Sun Apr 19, 2009 6:03 am

T R I N I T Y wrote:Maka disini saya difahamkan sdr.bahawa keutamaan mengenal tuhan melalui sifat 20.Itu saya
setuju.Namun perbahasannya ialah apakah dengan mengenal sifat tuhan dapat mengetahui
makna Allahuakbar.Iaitu nama tuhan bererti maha besar,maha penyang,pengasih dan sebagainya.

Soalan saya,...bagaimana sdr.faham tentang nama MAHA BESAR tu.Sila bahaskan.
KETAKTERHINGGAAN ATAU INFINITI.....
IBARAT MENAFIKAN ADA LIMIT BAGI KEBESARAN ALLAH . TAHU SETAKAT YANG DIBERITAHU . JADI TIADA SAPA YANG TAHU TAHAP KEBESARANNYA SAMPAI SEBESAR MANA... DIA AJA LAH YANG TAHU.
avatar
spanjunk

Jumlah posting : 507
Registration date : 2009-01-18

View user profile

Back to top Go down

Re: BINCANG2 TENTANG SIFAT 20

Post  Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Page 3 of 7 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7  Next

View previous topic View next topic Back to top

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum