SUFI TAUHID FILOS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

AGAMA HINDU

2 posters

Go down

AGAMA HINDU Empty AGAMA HINDU

Post  Merpati Putih Sat Jan 10, 2009 9:52 pm

Agama Hindu (Bahasa Sanskerta: Sanātana Dharma सनातन धर्म "Kebenaran Abadi" [1]), dan Vaidika-Dharma ("Pengetahuan Kebenaran") adalah sebuah agama yang berasal dari anak benua India. Agama ini merupakan lanjutan dari agama Weda (Brahmanisme) yang merupakan kepercayaan bangsa Indo-Iran (Arya). Agama ini diperkirakan muncul antara tahun 3102 SM sampai 1300 SM dan merupakan agama tertua di dunia yang masih bertahan hingga kini.[2][3] Agama ini merupakan agama ketiga terbesar di dunia setelah agama Kristen dan Islam dengan jumlah umat sebanyak hampir 1billion jiwa.[4]

Penganut agama Hindu sebagian besar terdapat di anak benua India. Di sini terdapat sekitar 90% penganut agama ini. Agama ini pernah tersebar di Asia Tenggara sampai kira-kira abad ke-15, lebih tepatnya pada masa keruntuhan Majapahit. Mulai saat itu agama ini digantikan oleh agama Islam dan juga Kristen. Pada masa sekarang, mayoritas pemeluk agama Hindu di Indonesia adalah masyarakat Bali, selain itu juga yang tersebar di pulau Jawa,Lombok, Kalimantan (Suku Dayak Kaharingan), Sulawesi (Toraja dan Bugis - Sidrap).
Daftar isi
[sembunyikan]

* 1 Etimologi
* 2 Keyakinan dalam Hindu
o 2.1 Widhi Tattwa
o 2.2 Atma Tattwa
o 2.3 Karmaphala
o 2.4 Punarbhawa
o 2.5 Moksa
* 3 Konsep ketuhanan
o 3.1 Monoteisme
o 3.2 Panteisme
o 3.3 Ateisme
o 3.4 Konsep lainnya
* 4 Pustaka suci
o 4.1 Weda
o 4.2 Bhagawadgita
o 4.3 Purana
o 4.4 Itihasa
o 4.5 Kitab lainnya
* 5 Karakteristik
* 6 Enam filsafat Hindu
* 7 Konsep Hindu
o 7.1 Dewa-Dewi Hindu
o 7.2 Sistem Catur Warna (Kasta)
o 7.3 Pelaksanaan ritual (Yajña)
* 8 Sekte (aliran) dalam Hindu
* 9 Toleransi umat Hindu
* 10 Catatan kaki
* 11 Bacaan lebih lanjut
* 12 Lihat pula
* 13 Pranala luar

[sunting] Etimologi

Dalam bahasa Persia, kata Hindu berakar dari kata Sindhu (Bahasa Sanskerta). [5] Dalam Regweda, bangsa Arya menyebut wilayah mereka sebagai Sapta Sindhu (wilayah dengan tujuh sungai di barat daya anak benua India, yang salah satu sungai tersebut bernama sungai Indus). Hal ini mendekati dengan kata Hapta-Hendu yang termuat dalam Zend Avesta (Vendidad: Fargard 1.18) — sastra suci dari kaum Zoroaster di Iran. Pada awalnya kata Hindu merujuk pada masyarakat yang hidup di wilayah sungai Sindhu.

DIPETIK DARI WIKIPEDIA... bersambung


Last edited by Merpati Putih on Sat Jan 30, 2010 3:40 pm; edited 1 time in total
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

AGAMA HINDU Empty HIKAYAT SRI RAMA

Post  Merpati Putih Tue Jan 20, 2009 10:43 am

Hikayat Seri Rama
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Hikayat Seri Rama ialah salah satu daripada dua versi gubahan dan pendaerahan Melayu untuk versi Ramayana yang ditulis oleh Valmiki dalam bahasa Sanskrit. Versi gubahan yang lain itu ialah Hikayat Maharaja Wana. Hikayat ini yang pada asalnya ditulis dalam tulisan Jawi menunjukkan kelainan ejaan nama kerana penterjemahnya tidak mengenali nama-nama tokohnya secara benar lagi. Tujuan utama Hikayat Seri Rama adalah untuk menampilkan kewajaran, kasih sayang, kesetiaan, dan penumpuan yang tidak mementingkan diri.

Hikayat Seri Rama mungkin tiba di Malaysia melalui pedagang-pedagang Jawa yang membawa bersama-sama wayang kulit mereka. Legenda Rama, sebagaimana yang digambarkan oleh Valmiki, tiba di pantai Indonesia pada abad ke-9, dan beransur-ansur tersebar ke seluruh Jawa dan Bali. Bagaimanapun, penglipur-penglipur lara tempatan telah menyetempatkan Ramayana dan menampilkan warisan tamadun mereka dalam versi hikayat mereka. Agama juga mempengaruhi perubahan-perubahan tersebut, disebabkan orang-orang Melayu telah menjadi penganut Islam ketika itu.

Banyak cerita ranting telah dikembangkan sebagai pertambahan atau pelanjutan untuk hikayat Ramayana, termasuk penambahan motif-motif daripada roman kesateriaan Panji Jawa, peningkatan watak-watak yang kurang penting menjadi watak-watak yang utama, atau perekaan watak-watak yang baru. Umpamanya, para penulis dan penglipur lara Melayu telah menghasilkan kelainan-kelainan yang menjadikan Lakhsmana, adik lelaki Rama, merupakan watak yang lebih penting berbandingnya. Walaupun Rama merupakan seorang yang salih dan berakhlak mulia, beliau dirasakan sebagai orang yang lemah dan oleh itu, wataknya sering dipindah ke latar belakang. Keberanian dan kemampuan Lakhsmana untuk bertindak dengan tegas kelihatan merupakan sifat-sifat yang dihargai oleh kaum Melayu.

Hikayat Seri Rama merupakan salah satu wadah cerita yang dipentaskan dalam seni wayang kulit. Dalang-dalang wayang kulit memilih episod-episod yang paling teruja untuk pertayangan-pertayangan mereka, khususnya adegan-adegan yang berkaitan dengan perkahwinan Seri Rama dengan Siti Dewi, penculikan Siti Dewi, pertempuran-pertempuran terakhir di Langkapuri, serta penyelamatan wirawati oleh suaminya.


[sunting] Lihat juga

* Sastera Melayu

[sunting] Rujukan

* Budaya Melayu Tradisional – sebuah projek Pusat Asia
* Pusat untuk Kajian Asia Tenggara: Ramayana di Asia Tenggara
* Si Hindu – versi akhbar negara India dalam talian.
* Hikayat Seri Rama Jilid Satu di MyManuskrip | Manuskrip Melayu

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Seri_Rama"
Kategori: Kesusasteraan
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

AGAMA HINDU Empty Re: AGAMA HINDU

Post  zali Tue Jan 20, 2009 12:23 pm



dan mereka membezakan mimpi mana yang betul dan mimpi mana yang salah?
zali
zali

Jumlah posting : 282
Registration date : 2008-12-09

Back to top Go down

AGAMA HINDU Empty Re: AGAMA HINDU

Post  Merpati Putih Tue Jan 20, 2009 1:23 pm

Mereka cuba merealisasikan mimpi2 dikejar harimau = 0 = monisma = zat mutlaq.. cuba menipu diriNya sendiri kot?
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

AGAMA HINDU Empty Selamat BerThaipusam

Post  Merpati Putih Sat Jan 30, 2010 3:39 pm


Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

AGAMA HINDU Empty Re: AGAMA HINDU

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum