SUFI TAUHID FILOS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

'KONSEP IKHLAS'

+16
songkran
Kochi
farquhar
Yuzia
tokbiru
yahya786
zeromind
salik
masroy
T R I N I T Y
zali
spanjunk
mek
ferolled
negro41
Merpati Putih
20 posters

Page 4 of 5 Previous  1, 2, 3, 4, 5  Next

Go down

'KONSEP IKHLAS' - Page 4 Empty Re: 'KONSEP IKHLAS'

Post  salik Mon Sep 07, 2009 10:51 pm

Yuzia wrote:
T R I N I T Y wrote:Cuba menonton wayang tanpa suara
atau mendengar suara tanpa gambar
atau gambar dan suara juga tiada.

Apa erti makanan yg.terhidang dengan hiasan
dan dimasak dengan resepi meneyelerakan tidak
mempunyai rasa dan haruma.

Apakah seorangt yg.tak berselera atau sakit dapat
menikmati rasa makanan.Rasa sakit tu lebih bermain main
dimindanya dari rasa lazat.

Apakah mimpi mempunyai suara dan warna2.

Semua dicipta tuhan mengikut program dan fitrahnya akal.



Macam ni biar saya bagi watak2 disini fikir sikit...

Segala rasa tak kira lazat, selera dan warna semua adalah ciptaan NYA
Malah DIA boleh buat makanan tanpa ada bau pun boleh, malah bau-bauan pun adalah AKU jua...
segala apa yg kamu fikir, cakap, maki, belajar adalah dari AKU jua..
Kalau maksud hujan kalau ikut akal memang akan turun air tetai kalau DIA nak buat hujan tapi turun api/pasir/berlian dll adalah ikut suka DIA semata2 . Disebabkan dah tertulis bila hujan akan turun air atau batu so kita manusia hanya terima saja.
Cuba bayangkan kalau DIA cipta manusia melihat dengan guna hidung bukan mata boleh juga dan tak ada warna pun boleh juga!!!
saya bagi satu contoh tolong describe kat saya warna hijau (hijau tu hanya ayat tapi apa sebnarnya warna hijau tu) so kat mana DIA ada sekarang bukan ke ...... ?? tidak boleh diterang kan dengan sejelas-jelasnya.
kesimpulan nya sejak lahir kita hanya menerima sebulat-bulat apa yg diajar oleh ibubapa kita tapi hakikatya AKU ajar ADAM segala nama2...
Cuba test dengan anak kita kata kat diaorg warna hijau tu merah...dia akan kata abah dah gila ke apa...dan kita akan tekan kan yg warna tu merah.... bukan hijau sebab diaorg telah terima warna hijau tu dari awal lagi
Kita sentiasa bermikraj dan segala info tak putus2 turun untuk beritahu yg itu warna hijau/merah/kereta/rumah/isteri kita dan lain2...info inilah yg tak berhuruf dan tak bersuara.....automatik kita sudah tahu semua info didalam dunia ni...sehingga lah roh diambil balik oleh bapa roh
Fikir2 kan. Maaf ye tuan2 kerana membincang ilmu yg tak seberapa ni....

tepat sekali
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

'KONSEP IKHLAS' - Page 4 Empty Re: 'KONSEP IKHLAS'

Post  T R I N I T Y Tue Sep 08, 2009 4:26 pm

Kita sebenarnya yg.meminta program sedemikian rupa.Kerana kita hanya mampu mengetahui
melalui sistem itu.

Andai kata ruh dipisahkan....besar kemungkinan ia tak mengetahui perihal rasa alam kasar seperti
yg.dirasai sebelumnya.Maka rugilah ruh yg.tak mengambil kesempatan yg.diberikan semasa
diberi alat pakaian.Dimana alat pakaian sebagai manusia itu dapat mengajar ia erti kembali yg.
sempurna.

Kembali yg.sempurna ialah dengan beriman.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

'KONSEP IKHLAS' - Page 4 Empty Re: 'KONSEP IKHLAS'

Post  Yuzia Tue Sep 08, 2009 5:24 pm

T R I N I T Y wrote:Kita sebenarnya yg.meminta program sedemikian rupa.Kerana kita hanya mampu mengetahui
melalui sistem itu.

Andai kata ruh dipisahkan....besar kemungkinan ia tak mengetahui perihal rasa alam kasar seperti
yg.dirasai sebelumnya.Maka rugilah ruh yg.tak mengambil kesempatan yg.diberikan semasa
diberi alat pakaian.Dimana alat pakaian sebagai manusia itu dapat mengajar ia erti kembali yg.
sempurna.

Kembali yg.sempurna ialah dengan beriman.


Masalah rugi adalah memang rugi kalau bercakap dari alam nyata tetapi jika kita bercakap tentang kenal diri rugi tak ambil kesempatan adalah bercakap seolah-olah kita yg berkuasa?
Seseorg salik kalau nak dapat rahsia DIA bukan kerana amalan2 yg banyak, itu peringkat pertengahan tetapi rezeki/rahmat dan redho.
Siapa nak menentukan kembali dengan beriman?? AKU jua tiada lain.

Rahsia DIA terletak pada redho, cuba kita test diri kita segala apa yg berlaku kat kita dalam sehari adakah kita redho. Mulut boleh bercakap tetapi hati kata lain. Aku redho dengan ketentuan MU, kalau tersilap langkah kena kembali lama2 DIA akan gerak/rasa dengan sendiri, kita tak akan marah @ sumpah dengan apa yg berlaku.

Yuzia

Jumlah posting : 59
Registration date : 2009-07-10

Back to top Go down

'KONSEP IKHLAS' - Page 4 Empty Re: 'KONSEP IKHLAS'

Post  tokbiru Tue Sep 08, 2009 5:49 pm

Apakah definasi roh yg dapat saudara faham? bounce

tokbiru

Jumlah posting : 120
Registration date : 2009-09-03

Back to top Go down

'KONSEP IKHLAS' - Page 4 Empty Re: 'KONSEP IKHLAS'

Post  farquhar Tue Sep 08, 2009 10:06 pm

tokbiru wrote:Apakah definasi roh yg dapat saudara faham? bounce
ROH itu cuma ' URUSAN ' tuhanku....
dan setiap ' URUSAN ' yang pastinya Ar-ruh al quddus....
farquhar
farquhar

Jumlah posting : 116
Registration date : 2009-04-01

Back to top Go down

'KONSEP IKHLAS' - Page 4 Empty Re: 'KONSEP IKHLAS'

Post  tokbiru Wed Sep 09, 2009 1:34 am

farquhar wrote:
tokbiru wrote:Apakah definasi roh yg dapat saudara faham? bounce
ROH itu cuma ' URUSAN ' tuhanku....
dan setiap ' URUSAN ' yang pastinya Ar-ruh al quddus....

Masih terlalu longgar untuk dijadikan pedoman.. Dimana duduknya roh al-quddus? Di otak?? Kalau otak sebagai tamsilan semata2 bagi Zat empunya diri yg bekerja.. Lalu dimana wujud sebenar @ wajibal wujud Al-quddus itu. bukankah Ia terpaksa memakai jasad yg bakal mereput busuk ini?? Atau Zat al-quddus ini duduk di gentayangan ( ada arasy dan kursi yg bertatah intan belian? )... Kalau x nak pandang jasad ini, illusi semata2, maka carilah dalil yg tidak mengaitkan jasad kasar ini dengan Al-Quddus.. Barulah benar2 Ia Quddus, tak gitew???. Kalau jasad sebagai andaian @ tamsilan @ alasan semata kepada Al-quddus, maka apa perlu ditekankan perihal otak yg berlendir tu utk dijadikan hujah.. Bermakna, jasad yg kamu sekalian sangka illusi yg tidak berfaedah ni juga berkait rapat sgt2 seperti tak terpisahkan lagi oleh al-Quddus ni.. sepeti isi dan kuku hubungannya.. mana boleh bersih kalau mcm tu.. alau terlekat sambal dicelah kuku, isi pun turut terima pedasnya.. bounce

tokbiru

Jumlah posting : 120
Registration date : 2009-09-03

Back to top Go down

'KONSEP IKHLAS' - Page 4 Empty Re: 'KONSEP IKHLAS'

Post  farquhar Wed Sep 09, 2009 2:40 am

tokbiru wrote:
farquhar wrote:
tokbiru wrote:Apakah definasi roh yg dapat saudara faham? bounce
ROH itu cuma ' URUSAN ' tuhanku....
dan setiap ' URUSAN ' yang pastinya Ar-ruh al quddus....

Masih terlalu longgar untuk dijadikan pedoman.. Dimana duduknya roh al-quddus? Di otak?? Kalau otak sebagai tamsilan semata2 bagi Zat empunya diri yg bekerja.. Lalu dimana wujud sebenar @ wajibal wujud Al-quddus itu. bukankah Ia terpaksa memakai jasad yg bakal mereput busuk ini?? Atau Zat al-quddus ini duduk di gentayangan ( ada arasy dan kursi yg bertatah intan belian? )... Kalau x nak pandang jasad ini, illusi semata2, maka carilah dalil yg tidak mengaitkan jasad kasar ini dengan Al-Quddus.. Barulah benar2 Ia Quddus, tak gitew???. Kalau jasad sebagai andaian @ tamsilan @ alasan semata kepada Al-quddus, maka apa perlu ditekankan perihal otak yg berlendir tu utk dijadikan hujah.. Bermakna, jasad yg kamu sekalian sangka illusi yg tidak berfaedah ni juga berkait rapat sgt2 seperti tak terpisahkan lagi oleh al-Quddus ni.. sepeti isi dan kuku hubungannya.. mana boleh bersih kalau mcm tu.. alau terlekat sambal dicelah kuku, isi pun turut terima pedasnya.. bounce

apa2 pun niat dulu, x gitu......
isyarat semata2.....
duduknya disetiap urusan yg dikehendaki....
jasad yg dikatakan mereput ini juga adalah salah satu urusannya...
dialah juga yg MEREPUTKANNYA.....
KERANA YG DIPEREPUTKANNYA ADALAH DIRINYA SENDIRI.....
TERNYATA DIA MAHA MENGETAHUI SETIAP SESUATU....

dan memberi bekasnya..... untuk dijejaki....
jasad ini sebagai bekasnya.....
alam ini sebagai bekasnya.....
segala tamsilan/alasan semata2 juga hasil bekasnya.....
otak yg berlendir itu juga adalah bekasnya..........
kuku adalah bekas bagi isi.....
isi juga berbekas bagi kuku


pembekas bagi bekas2nya sendiri
DIA tidak memerlukan bekas kerana dialah pemberi bekas.......
lalu ditajallikan sifat pemurah/maha memberi kepada bekas2nya.....

BAK KATA SIFU......
DARINYA.... KEPADANYA.... UNTUKNYA.....


farquhar
farquhar

Jumlah posting : 116
Registration date : 2009-04-01

Back to top Go down

'KONSEP IKHLAS' - Page 4 Empty Re: 'KONSEP IKHLAS'

Post  tokbiru Wed Sep 09, 2009 8:22 am

Nampaknya isitilah 'bekas' tidak dpt tidak begitu penting sekali kepada 'si' yg tak kononnya tidak memerlukan bekas.. Saya berpandangan samada yg memberi bekas atau bekas itu sendiri adalah satu hal yg sama. Wujud dan illusi adalah serentak dan tak terpisahkan.. Itu lebih wajar menggambarkan maksud Tuhan. Apapun sekadar cadangan.

Hadis qudsi; Janganlah kamu cari aku, kerna Aku sudah lait'sa pada dirimu & pasti kau tak akan menemuiku. Tapi carilah tau tentang siapa dirimu yg sebenar..

Bagaimana bekas boleh dianggap illusi sedangkan dr bekas itulah nyata @ ta'yin kendiriNya.
Kalaupun illusi, illusi tersebut ttp berkehendak @ dikendaki oleh 'si' pengilusi. Saling perlu memerlukan.

seperti lelaki dan perempuan, semasa kahwin kita tak sebut lelaki atau perempuan lagi.. kita sebut pengantin je.. Tp tetaplah lelaki dan perempaun pengantin itu.. bounce

tokbiru

Jumlah posting : 120
Registration date : 2009-09-03

Back to top Go down

'KONSEP IKHLAS' - Page 4 Empty Re: 'KONSEP IKHLAS'

Post  Yuzia Wed Sep 09, 2009 8:57 am

tokbiru wrote:Apakah definasi roh yg dapat saudara faham? bounce

Roh adalah makhluk yang Allah jadikan berunsur ghaib, ia adalah salah satu makhluk yang berada pada komponen ROHANI, setiap manusia ada mempunyai Roh, tugas Roh di dalam batang manusia ialah untuk memberikan tenaga kepada jasmani, ertinya jika pada batang tubuh manusia tiada Roh maka tubuh manusia menjadi kaku dan lemah

Roh yang berada di dalam batang tubuh manusia menyebabkan manusia dapat bergerak, asal kejadian Roh daripada Allah (NUR) kejadian yang sebenarnya tidak di sebut oleh Allah di dalam Al Quran, Roh ada awal permulaan kejadiannya, dengan adanya Roh juga maka daging, tulang, urat, rambut dan roma menjadi berkembang dan menumbuh biak serta mematangkan sekalian batang tubuh, Roh tidak akan mati dan rosak selagi Israfil tidak meniupkan sangkakala

Sekiranya batang tubuh manusia menjadi cacat ataupun rosak atau cacat semula jadi maka Roh tetap tidak mengikut rosak dan cacat, Roh memenuhi setiap ruang jasmani manusia dan Roh di kuasai dan di gerakkan oleh sifat Qudrat Allah s.w.t. Apabila Roh bergerak maka ia pasti berkait dengan nafsu dan juga akal manusia, ketiga-tiga makhluk ini di namakan RUHUL YAQAZAH

Apakah fungsi Roh, Akal dan nafsu di dalam tubuh manusia ?

Adapun fungsi Roh di dalam jasad manusia ialah untuk memberikan daya tenaga kepada seluruh jasmani, adapun fungsi Akal ialah untuk berfikir dan fungsi nafsu ialah untuk mendorong atau meransang keinginan, itulah secara ringkasnya, oleh itu kita tidak boleh katakan bahawa Roh itu meransang atau berfikir atau kita tidak boleh katakan bahawa Akal itu bertenaga atau meransang atau kita tidak boleh katakan bahawa Nafsu itu berfikir atau bertenaga, walau apapun di antara satu sama lain ada fungsi bekerjasama

ROHANI terdiri dari Roh,Akal,Nafsu dan Nyawa, semua ini adalah bertaraf MAKHLUK, ROHANI terbahagi kepada dua, satu di kenali sebagai RUHUL YAQAZAH, ia terdiri dari Roh,Akal dan Nafsu, dan satu lagi di kenali sebagai RUHUL HAYAT, ia terdiri dari Nafas, atau Insan atau Nyawa (Banyak istilah ini) RUHUL YAQAZAH boleh keluar Jasad dengan izin Allah sila lihat dan rujuk Al An'am ayat 60 dan Az Zumar ayat 42, maka berlakulah mimpi, sementara RUHUL HAYAT tidak akan keluar daripada Jasad kecuali MAUT, RUHUL YAQAZAH di kenali sebagai DIRI TERPERI, sementara RUHUL HAYAT di kenali sebagai DIRI SEBENAR DIRI
Jika perlu pembetulan sila tegur!!

T.Kasih

Yuzia

Jumlah posting : 59
Registration date : 2009-07-10

Back to top Go down

'KONSEP IKHLAS' - Page 4 Empty Re: 'KONSEP IKHLAS'

Post  tokbiru Wed Sep 09, 2009 10:22 am

Terima kasih sdr.
Jadi adakah roh yg berilusi, atau roh juga termasuk dalam illusi ..??? bounce

tokbiru

Jumlah posting : 120
Registration date : 2009-09-03

Back to top Go down

'KONSEP IKHLAS' - Page 4 Empty Re: 'KONSEP IKHLAS'

Post  tokbiru Wed Sep 09, 2009 10:56 am

Oh ya, kebetulan sewaktu membaca td, terjumpa petikan tok merpati, berbunyi seperti berikut ;

Ar RUH adalah sifat Tuhan.. sifat ta' bercerai dari yang empunya sifat.. jadi jelas ArRUH berdiri dengan sendirinya, kerana sebatian ZaT. 'Kebiasaannya'. manusia menganggap roh itu berbilang2..umpamanya setiap manusia punyai satu Ruh.. walhal Ar Ruh hanya esa/tunggal jer untuk semua specis alam.

Kalau begitu, Ruh lah nampaknya yg berilusi.. Jadi, apa bezanya Diri (Zat) dan sifat (Zat)@ruh? Kalau alam Al-Quddus difahamkan sebagai tiada wujud sebarang illusi, maka adakah sebatian zat yg sudah sediakala asa ini terpaksa dipisahkan.. Barang diingat, roh adalah medium illusi illahi (zat) kerana zat itu sendiri hampa, laitsa.
Kalau begitu bagaimana nak mengertikan konsep tak bercerai tanggal di sini... bounce

tokbiru

Jumlah posting : 120
Registration date : 2009-09-03

Back to top Go down

'KONSEP IKHLAS' - Page 4 Empty Re: 'KONSEP IKHLAS'

Post  salik Wed Sep 09, 2009 12:06 pm

salam
Nak menterjemahkan faham yang ada di alam batin kepada perkataan zahir ni akan terjadilah macam macam.
Dari dalam hanya memandang keesaan.

Bila di sebut akan jadi dua bunyi iaitu bunyi....SA dan Bunyi TU.

bila di tulis akan menjadi empat iaitu......S.A.T.U
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

'KONSEP IKHLAS' - Page 4 Empty Re: 'KONSEP IKHLAS'

Post  Yuzia Wed Sep 09, 2009 12:55 pm

tokbiru wrote:Terima kasih sdr.
Jadi adakah roh yg berilusi, atau roh juga termasuk dalam illusi ..??? bounce



Konsep ilusi ni baru bagi saya dan hanya diberi kepada Tok MP nampaknya dan juga Tok Biru (semua pangkat TOK ilmu mesti tinggi melangit ni..) tapi boleh juga dibincang setakat apa yg saya diberitahu oleh DIA dan saya akan menaip ikut arahan dr DIA.....
kalau ikut kefahaman konsep roh adalah benar (ikut kitab) dan ilusi adalah alam maya ini termasuk jasad. ilusi ini diperlukan untuk menjalankan cerita. Macam cerita2 di TV/wayang. watak Neo dilakonkan oleh Keanu Reeves (benar) dan semua ilusi adalah jalan cerita dan benda2 yg ada didalamnya (set pengambaran sahaja) termasuk pakaian2 direka cipta untuk watak tu ada jacket labuh tapi hakikat nya Keanu reeves mana pakai pakaian tu kat luar , konsepnya sama dan actually semua cerita2 TV di nyatakan untuk kita berfikir.
Boleh dikatakan segala benda yg boleh dirasa oleh pancaindera adalah ilusi dan yg benar adalah yg tak berhuruf dan tak bersuara tu yg sentiasa memberi maklumat apa nak cakap, nak rasa, nak dengar dan lain2

P.S Kalau nak sampai buang akal tu jadi kanak2 balik tak berakal baru tak kena hukum, tapi disebab dalam dunia fana ni kena guna akal untuk meneruskan tugas dan menjalankan cerita termasuk nafsu so terpaksa lah.. nak balik jadi budak kena redho laaa (budak bila kena marah atau pukul mana diorg berdendam tapi kalau org dewasa berakal bila kena cepuk/marah tunggu engkau aku akan balas balik atau simpan dalam hati).

Yuzia

Jumlah posting : 59
Registration date : 2009-07-10

Back to top Go down

'KONSEP IKHLAS' - Page 4 Empty Re: 'KONSEP IKHLAS'

Post  ferolled Wed Sep 09, 2009 5:05 pm

Segala penampakan hanya hadir pada taksiran otak. Tiada bermakna segala signal yang dihantar oleh organ jika otak gagal mentafsir. Melalui otak adanya penglihatan, perasaan, deria rasa dll. Tidak dapat dipastikan sama ada segala tafsiran otak itu benar2 belaku di luar minda. Mungkin otak mentafsirkan kita bersolat, beraktiviti sedangkan kita sebenarnya sedang tidur sambil dibuai mimpi bersolat dan beraktiviti.

Begitu jualah dengan roh, tubuh, jasad nyawa dan mati. Ia juga adalah ilusi-ilusi yang dimainkan oleh otak yang melagukan kehidupan ini beserta dengan pakej-pakejnya termaksuklah akan ilmu roh. Namun, perlu ditegaskan bahwa ilusi ini jua sebenarnya bukan datang dari penafsiran otak.di setiap tubuh insan. Dan posting ini jua tidak lari dari konsep ilusi yang diketengahkan.

Maka yang menjadi persoalan ialah siapa yang mengeluarkan ilusi2 tersebut. Melaui ilusi tersebut adanya dunia ini. Kita melihat perbezaan dan kita sendiri adalah intipati kepada ilusi Sang Penginlusi.

Sang Pengilusi a.k.a Saudagar Mimpi selamanya akan terus bermimpi dan seturusnya dunia ini akan terus berputar. Dalam mimpinya ada cerita, ada ilmu ada hidup ada mati ada roh dan ada jasad. Ada jua forum diantara kehidupan serta ada perkongsian ilmu yang positif. Ada agama, ada hukum, ada kafir, ada yag alim.

Yang pasti Saudagar Mimpi adalah individu yang serupa meski pun cerita mimpinya menampakkan pelbagai. Ia memimpikan kepelbagaian untuk melihat keindahan dirinya sendiri meskipun ia tidak membawa makna apa-apa pada dirinya.

Kita tidak akan tahu bila kita akan hilang dari mimpi2 ini. Adakah kita sedar bila kita hidup? Sedar-sedar kita sudah pandai berjalan. Kisah kelahiran kita adalah penceritaan orang yang terdahulu dari kita sedangkan kita sendiri tidak sedar bila kita ada. Begitu jualah dengan mati. Kita tidak akan sedar bila kita mati. Tau-tau orang mengatakan kita tekah meninggal dunia.

Kita umpama cahaya pada pelita. Tau-tau ada. Cahaya itu sendiri tidak tahu bila sumbu dinyalakan atau siapa yang memasang atau nyalaan sumbu yang menyebabkan ia hadir. Lihatlah betapa indah mimpi yang diulit oleh Saudagar Mimpi itu. Mungkin jua kita Saudagar Mimpi itu?

Ketidak tahuan yang tercipta dibahagian ilusi/mimpi ini menunjukkan Saudagar Mimpi itu Maha Mengetahui. Membina ketidaktahuan dalam diri yang sememangnya tahu. Superp! Jika Saudagar Mimpi tersadar maka lenyaplah mimpi2. Tiadalah alam ini. Tiada sungai yang mengalir, tiada ombak yang menderu, tiada burung yang berkicau.

Bagaimana pula jika Saudagar Mimpi pula yang tiada? Apakah yang ada? Atau kosong semata-mata kosong. Jika kosong sekalipun masih lagi mempunyai ruang? Jadi bagaimana?

Itulah yang dinamakan rahsia. Rahsia Saudagar Mimpi. Rahsia Zat.
Kerna tiada apa yang mampu menerangkannya...
ferolled
ferolled

Jumlah posting : 253
Registration date : 2008-11-20

http://www.ondakompun.blogspot.com

Back to top Go down

'KONSEP IKHLAS' - Page 4 Empty Re: 'KONSEP IKHLAS'

Post  tokbiru Wed Sep 09, 2009 6:48 pm

Secara teorinya apa yg saudara nyatakankan dpt diterima pakai.. Aku rasa tiada masalah dari sudut pengESAan. Cuma praktikalnya bagaimana kita hendak wahdahkan kewujudan tsbt sahaja. Itu yg menjadi isunya.. samada duduk pada zat yg laitsa ( Al-Quddus ) atau pada illusi (jasad) yg beragam ini. Adakah berbeza dari nilai dan sukatannya..? Adakah perlambangan kesucian yg tersentuhkan itu dengan menafikan jasad (illusi) sbg tiada makna begitu shj. Ya, kita semua memahami bahawa apa yg berlegar pd kita hari ini berupa permainan semata.. Namun jika sekonyongnya kita menolak dengan menganggap semuanya 'meaningless' maka di mana definisi 'kesedaran' @ enlightment mahu kita sangkutkan?

Sebab kalau kita sandarkan kepada ilmu sifat 20 ( sbg pemalar shj ), seolah tauhid yg saudara maksudkan hanya mengarah kepada Sifat Nafsiah dan salbiah semata. sedangkan kesempurnaan wajibal wujud ALLAH itu setelah ternyata pula maani dan maknawiyahnya, melengkap menjadi 20. Mengambil 6 sifat ( Wujud Nafsiah atas 5 perkhabaran atas wujudnya yg satu = 6 ) dan meninggalkan 14 sifat (sebagai 'meaningless') sebagai tanda 'wujud hakiki' sukar untuk difahami secara umumnya. Pengertian tentang 'kehidupan' itu tidak mungkin ternyata tanpa penampakan Ar-ruh ( urusanKu ) yang mana menjadi wadah kepada perlaksana pengilusian Illahi.

Sejarah mencoret sedikit pengertian tentang hal ini pabila berlaku konflik diNusantara antara wali 9 dan Siti Jenar. Angka 9 Dan 1 memberi singnifikasi yg baik untuk kita memahami konsep bertauhid ini. Boleh disimpulkan disini, kedua2 pendirian tersebut tidak dapat tidak perlu dipegang @ digenggam bagi mereka yg sampai ke puncak kulhi zat. Tiada beza diantara keduanya.. Membuang satu tidak membentuk kekuatan genggaman atas yang sembilan dan mengambil satu dengan membuang sembilan juga langsung tidak membawa pengertian pada kekuatan.. Untuk berada pada sifat kamal, qahar, jamal dan jalal ( makam zat ) perlu ada penyaksian atas siddiq, amanah, tabligh dan fatonah ( makan sifat )... Barulah keseimbangan alam ( saghir & kabir ) berlaku.. untuk memastikan kelanjutan kehidupan yg kekal abadi..

Wujud illusi hidup infiniti----------> infinate evolution bounce

tokbiru

Jumlah posting : 120
Registration date : 2009-09-03

Back to top Go down

'KONSEP IKHLAS' - Page 4 Empty Re: 'KONSEP IKHLAS'

Post  tokbiru Thu Sep 10, 2009 2:09 pm

ferolled wrote:Segala penampakan hanya hadir pada taksiran otak. Tiada bermakna segala signal yang dihantar oleh organ jika otak gagal mentafsir. Melalui otak adanya penglihatan, perasaan, deria rasa dll. Tidak dapat dipastikan sama ada segala tafsiran otak itu benar2 belaku di luar minda. Mungkin otak mentafsirkan kita bersolat, beraktiviti sedangkan kita sebenarnya sedang tidur sambil dibuai mimpi bersolat dan beraktiviti.

Begitu jualah dengan roh, tubuh, jasad nyawa dan mati. Ia juga adalah ilusi-ilusi yang dimainkan oleh otak yang melagukan kehidupan ini beserta dengan pakej-pakejnya termaksuklah akan ilmu roh. Namun, perlu ditegaskan bahwa ilusi ini jua sebenarnya bukan datang dari penafsiran otak.di setiap tubuh insan. Dan posting ini jua tidak lari dari konsep ilusi yang diketengahkan.

Maka yang menjadi persoalan ialah siapa yang mengeluarkan ilusi2 tersebut. Melaui ilusi tersebut adanya dunia ini. Kita melihat perbezaan dan kita sendiri adalah intipati kepada ilusi Sang Penginlusi.

Sang Pengilusi a.k.a Saudagar Mimpi selamanya akan terus bermimpi dan seturusnya dunia ini akan terus berputar. Dalam mimpinya ada cerita, ada ilmu ada hidup ada mati ada roh dan ada jasad. Ada jua forum diantara kehidupan serta ada perkongsian ilmu yang positif. Ada agama, ada hukum, ada kafir, ada yag alim.

Yang pasti Saudagar Mimpi adalah individu yang serupa meski pun cerita mimpinya menampakkan pelbagai. Ia memimpikan kepelbagaian untuk melihat keindahan dirinya sendiri meskipun ia tidak membawa makna apa-apa pada dirinya.

Kita tidak akan tahu bila kita akan hilang dari mimpi2 ini. Adakah kita sedar bila kita hidup? Sedar-sedar kita sudah pandai berjalan. Kisah kelahiran kita adalah penceritaan orang yang terdahulu dari kita sedangkan kita sendiri tidak sedar bila kita ada. Begitu jualah dengan mati. Kita tidak akan sedar bila kita mati. Tau-tau orang mengatakan kita tekah meninggal dunia.

Kita umpama cahaya pada pelita. Tau-tau ada. Cahaya itu sendiri tidak tahu bila sumbu dinyalakan atau siapa yang memasang atau nyalaan sumbu yang menyebabkan ia hadir. Lihatlah betapa indah mimpi yang diulit oleh Saudagar Mimpi itu. Mungkin jua kita Saudagar Mimpi itu?

Ketidak tahuan yang tercipta dibahagian ilusi/mimpi ini menunjukkan Saudagar Mimpi itu Maha Mengetahui. Membina ketidaktahuan dalam diri yang sememangnya tahu. Superp! Jika Saudagar Mimpi tersadar maka lenyaplah mimpi2. Tiadalah alam ini. Tiada sungai yang mengalir, tiada ombak yang menderu, tiada burung yang berkicau.

Bagaimana pula jika Saudagar Mimpi pula yang tiada? Apakah yang ada? Atau kosong semata-mata kosong. Jika kosong sekalipun masih lagi mempunyai ruang? Jadi bagaimana?

Itulah yang dinamakan rahsia. Rahsia Saudagar Mimpi. Rahsia Zat.
Kerna tiada apa yang mampu menerangkannya
...

Bagaimana anggapanmu, jika kamu berani mengatakan kamu adalah kamu sedang kamu tidak memiliki rahsia dirimu?
Mencari suatu yg tiada hanyalah ketiadaan... Lalu kamu tiada mempunyai jawapan..

Wujudmu telah nyata, mengapa mahu lari dari kenyataan. bounce

tokbiru

Jumlah posting : 120
Registration date : 2009-09-03

Back to top Go down

'KONSEP IKHLAS' - Page 4 Empty Re: 'KONSEP IKHLAS'

Post  ferolled Thu Sep 10, 2009 3:24 pm

Pabila diperkatakan kosong sebenar-benar kosong, hampa tanpa ruang ianya jelas TANPA SIFAT. Tiada sebahagian ada sebahagian ada melainkan tiada langsung. Tiada sifat 20, 19 mau pun 1. Dek kerana itu nak lari pun kemana? Tiada lari realiti, tiada lari fantasi. Atau bagaimana nak lari. Tiada langkah. Tiada arah tuju. Tiada apa-apa.

Sekadar cuma, rahsia (jika ada) bagi Tiada ialah ADA. Yang ini. Yang disini. Yang saja-saja.
ferolled
ferolled

Jumlah posting : 253
Registration date : 2008-11-20

http://www.ondakompun.blogspot.com

Back to top Go down

'KONSEP IKHLAS' - Page 4 Empty Re: 'KONSEP IKHLAS'

Post  tokbiru Thu Sep 10, 2009 4:38 pm

ferolled wrote:Sekadar cuma, rahsia (jika ada) bagi Tiada ialah ADA. Yang ini. Yang disini. Yang saja-saja.

Ya.. benar sungguh. bounce

tokbiru

Jumlah posting : 120
Registration date : 2009-09-03

Back to top Go down

'KONSEP IKHLAS' - Page 4 Empty Re: 'KONSEP IKHLAS'

Post  Kochi Sat Jan 02, 2010 4:46 pm

sdra merpati puteh....
apakah itu ikhlas....maksudnya kita buat sesuatu tidak mengharapkan sesuatu...sebelum itu kita mesti tahu apakah ciri2nya yg allah nak terima ibadah kita...kita tgk dalil quran dalam surah al ikhlas...sekira sdra nak tahu tentang ikhlas mesti tahu apa yg dimaksudkan esanya allah itu... affraid

Kochi

Jumlah posting : 32
Registration date : 2010-01-01

Back to top Go down

'KONSEP IKHLAS' - Page 4 Empty Re: 'KONSEP IKHLAS'

Post  Kochi Sat Jan 02, 2010 4:54 pm

salam sdra.....
apa yg sy lihat kemahan sdra tentang penhayatan ilmu ini lebih mirip pada kias, haru biru... lol!

Kochi

Jumlah posting : 32
Registration date : 2010-01-01

Back to top Go down

'KONSEP IKHLAS' - Page 4 Empty Re: 'KONSEP IKHLAS'

Post  Merpati Putih Sun Jan 03, 2010 6:04 pm

sdr kochi,

وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ

112:4] dan tidak akan ada 'yang' seumpama/ setara dengan Dia".

kalau tidak ada sesuatu setara dengan 'Dia', bermaana 'Dia' tidak dapat didefinasikan dalam apa keadaaan jua (tanpa bahasa) untuk mengetahuinya...
a. bagaimana sdr mampu mengkhayalkan Dia' ini ESA???
b. bagaimana pula sdr mampu mengkhayalkan 'Dia' ujud, kerana 'Dia' bukannya mampu diliputi olih perasaan.
c. selagi 'Dia' mampu 'dirasakan ujudnya', maka tidaklah 'ia' ini layak digelar 'Tuhan'. Perasaan yg meliputi 'Dia' ini adalah lebih layak menguasai 'Dia' yang diisyarahkan.

Dengan mengisyarahkan 'Dia' sahaja.. telah meletakan 'Tuhan' ini dibawah telunjuk penyebutnya.

selagi sdr. mengetahui erti ikhlas.. maka tidaklah dikatakan sdr ikhlas.
Qias2 dimakasudkan kepada siapa, sekiranya yang 'ujud'.. adalah keesaan itu bersendirian.????
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

'KONSEP IKHLAS' - Page 4 Empty allah tidak melihat apa yg kamu buat....melihat pada hati

Post  songkran Sun Jan 03, 2010 6:27 pm

salam utk semua..........

Saya rasa ada sesuatu yang perlu semua ketahui, apakah tanggung jawab kita sebenarnya kepada allah didunia ini, apa tujuan allah jadikan kita....satu persoalan kepada semua penulis penulis dalam ruangan ini...kita lebih byk timbulkan persoalan tentang allah tetapi tidak pernah memikirkan apakah tanggung jawab kita...adakah kita semata-mata hidup untuk menguasai ilmu untuk menunjukkan pada dunia yg kita seorang pakar pemikir tentang ilmu ketuhanan (allah)...apa pun yg pasti allah tidak mahu ilmu tuan tuan yg tinggi melangit, apa yg allah mahukan hanyalah amalan yg sampai disisi allah....firman allah...hamba aku datang pada aku ibarat dosanya sebanyak buih dilaut, tetapkan aku ampunkan, tetapi dosa syirik pasti masuk neraka. jgn kita persoalkan tentang kewujudan tuhan...jgn kita persoalkan tentang soalan kubur...jgn kita persoalkan tentang sebanyak mana pahala yg cukup untuk sampai kepada allah....ape yg mustahak, sejauh mana kita muhasabah diri kepada allah...sejauh mana hati kita bersih dari sebarang kekotoran..dan sejauh mana martabat mengikhlaskan diri kepada allah samada dalam ibadah kita, hidup kita dan mati kita...hanya semata mata kerana allah... firman allah surah yassin ayat 82 berbunyi mengakuilah kesucian allah (dgn mengucap subhanallah) allah yg memilik dan menguasai sekelian sesuatu dan segala urusan dikembalikan kepadanya..apa yg pasti adakah kita telah mengakuinya...dan apakah yg wajib sebenarnya kita mesti mengaku sebelum kita menjalankan sesuatu apapun diatas muka bumi allah ini.. jgn jadi iman kita saperti mana iman kaum kaum kafir yg sentiasa percaya adanya tuhan
( Rububiah)..dan pada tuhan itu kita menyembahnya ( uluhiyyah)...? cuma yg membezakan kita dengan kaum kaum kafir hanya semata-mata pada ibadah sahaja...? Question Question Question Idea

songkran

Jumlah posting : 9
Registration date : 2010-01-02

Back to top Go down

'KONSEP IKHLAS' - Page 4 Empty Re: 'KONSEP IKHLAS'

Post  Yuzia Mon Jan 04, 2010 9:45 am

Salam Tuan-Tuan semua

Setiap manusia yang lahir ke dunia, telah ditetapkan pakej kehidupannya secara keseluruhan. Jantina, bangsa, agama dan sebagainya. Maka ilmu jualah yang mengiringi dan menghidupkan insan tadi secara berperingkat samada melalui pembelajaran atau secara semulajadi.

Secara berperingkat, ilmu yang terkandung di hayat kehidupannya akan berkembang selari dengan kepesatan akalnya. Dan akhirnya, di antara setiap insan itu, akan kelihatanlah segala perbezaan tentang pemahaman ilmu dari waras akalnya, walaupun hanya sekecil zarah. Tidak akan ada yang sama secara mutlak.

Mengapa ini terjadi. Mengapa kita saling berbalah tentang keilmuan. Saling menidakkan apa yang berlainan dari kefahaman sendiri. Menerima hanya pada yang diingini sahaja. Sedang hakikatnya, dikatakan setiap ilmu itu adalah satu dan sama. Bersumberkan dari yang satu juga.

Jadi, siapakah yang dikatakan berilmu dan dimanakah kebenaran ilmu.

Mungkinkah...jawapannya tiada prejudis untuk semua ilmu. Jumlah pengetahuan yang berbeda, nilai rezeki yang tidak sama, jarak langkah yang tidak selari atau perbezaan bulan dan matahari sekadar hadir bagi memperlihatkan pewarnaan penceritaan keindahan TUHAN. Tanpa tuju, tanpa makna, tanpa modal dan keuntungan. Ianya semulajadi.

Tiada yang dapat menghentikan bicara tiada pula yang mampu menggerakkan bibir untuk bersuara. Ia telah tertakluk.

Mungkin jawapan yang diberikan telah dimuktamadkan secara umum. Atau mungkin juga saya seorang yang tidak mengerti akan sesuatu pun.

Saya masih lagi ingin perbincangan yang khusus tentang siapakah yang dikatakan berilmu dan dimanakah kebenaran ilmu itu.

Sebagai contoh; apabila berbicara soal ilmu ketuhanan , ilmu yang bagaimanakah yang dikatakan benar dan bagaimana untuk diyakini yang ianya benar/betul. Perlukah kita kepada kebenaran dan untuk apa?

Jika jawapannya, "terpulang kepada masing-masing (semuanya benar)", atau "ini rahsia tuhan" dan kerja tuhan...maka berakhir disini jerlah persoalannya..

Maka layakkah saya untuk mengetahui/meyakini kebenaran?

Pada awal pencarian kepada persoalan ketuhanan, minda kita dikecamuki oleh pelbagai macam ilmu. Kecamukan ini timbul dek perasaan takut kepada syirik, murtad, zindik, sesat atau negatif2 yang lain yang di tanam semenjak kita kenal erti agama.

Secara jelas, jika kita membicara keperihalan ilmu, kita harus menjurus kepada cabangan ilmu tersebut. Sebagai contoh, sekiranya ilmu mekanikal, mustahil ia menyatakan akan kelibat ketuhanan. Ia lebihnya menerangkan mengenai gear, pelinciran, dinamik, statik dll. Langsung ia tidak menghubungkaitkan kepada TUHAN. Jadi adakah ia salah? Mana Mungkin! Jika salah mengapa dengan gear pergerakan kereta menjadi lancar langsung membawa ke masjid untuk berqiamulail?

Malah ilmu sihir, yang memuja objek selain TUHAN (kononnya) telah dianggap salah dan syirik kerna ia tidak selari dengan ANUTAN. Persoalanya jika salah, mengapa ilmu itu nampak keberhasilannya? Hingga ada diantaranya dijadikan sumber kewangan untuk tokey2 filem malah tidak kurang penerbit rancangan yang bercorak sihir. Tonton saja Crist Angel, David Blaine, Seekers atau Misteri Nusantara. Jika kita mengatakan ia salah mengapa TUHAN membenarkannya hingga ada kapital dan keuntungan kepada syirik2 itu? Kita yang silap membuat tafsiran atau TUHAN yang membenarkan kesyirikan terhadap keESAanNYA?

Segelintir berpendapat setiap ilmu yang tidak mengESAkan TUHAN maka salah. Namun ramai yang merujuk Buku Resepi Masakan bila ingin memasak sedangkan tiada langsung perkataan TUHAN di dalamnya. Itulah jumudnya pemegang-pemegang ilmu! Mereka seringkali menganggap ilmu yang difikir mereka yang benar, yang lain salah, tak sampai dan syirik.

Selangkah kita ke titik asalan, seharusnya kita tiada prejudis dalam ilmu. Tanpa mengira apa jenis ilmu. Seharusnya pegangan kita, ilmu itu datang dari kefahaman, bergunung kitab tanpa faham tiada makna. Faham itu datang dari fikir, fikir datang dari mana? Adakah dari otak yang bersifat ketulan daging itu? Tentu tidak. Badan kita sememangnya terbina dengan otak tapi fikiran bukan produk otak. Malah fikiran yang menjadikan otak itu ada fungsi. Tanpa fikiran otak sia-sia... Dan semestinya fikiran datang dari TUHAN.

Maka fikiran sama dengan rasa kenyang lapar, penat segar, hidup mati. Semuanya dari TUHAN. TUHAN menganugerahi ilmu kepada mahkluk yang dikehendakinya. Tidak kira apa jenis makhluk. Setiapnya ada pakej ilmu dalam dirinya. Itulah ketentuan yang MUTLAK.

Geng Mamak dengan ilmu Mencuri, Mahathir Mohamad dengan ilmu Politik, Ibn Batutta dengan ilmu Pelayaran, Lim Goh Tong dengan ilmu Peniagaan Judi, Harun Din dengan ilmu Agama Islam, David Blaine dengan ilmu Sihir, David Teo dengan ilmu Perfileman, M. Nasir dengan ilmu Muzik. Jadi siapakah insan-insan di atas tanpa dianugerahi ilmu oleh TUHAN? Mungkinkah Lim Goh Tong menjadi Ulama, atau M. Nasir menjadi pelayar. Tidak sama sekali. Kerna apa? Kerna ketentuan TUHAN.

Yang menjadi penceritaan ini indah, ada sebahagian pemegang ilmu yang menerangkan ilmu isu-isu ketuhanan. Ada yang dari lukisan bawa ke TUHAN, ada yang lagu dari jurus ke TUHAN, ada yang dari Hukum Yahudi fokus ke TUHAN. Namun ia tetap tak lari dari ILMU ANUGERAH TUHAN. Biarlah apa sahaja yang diperkata oleh ilmu, Ketuhanan, Hampir ke Ketuhanan, Fekah, Syariaat, Sains, Sihir ia tetap pakej anugerah TUHAN.

Jadi, ilmu yang betul dengan konsep KETUHANAN ialah ilmu yang tidak menyalahkan lain2 ILMU. Mampukah diperlakukan demikian? Perlu menjadi insan yang tenang. Jiwa yang tenteram. Minda yang merdeka. Tenang yang macam mana? Mampu tersenyum melihat Israel mengebom Palestin atau tersengih melihat Taliban menyembelih wartawan Barat. Ringan terus kaki melangkah ke Masjid, jua ke gereja, kuil dan tokong. Melayari hidup ini tanpa duka meski Bank seringkali membuat panggilan mengenai kredit yang tertunggak. Dihina tiada kesan, dipuji tiada bekas.

Mengapa begitu? Kerna dihati, jiwa, minda hanya yang ADA TUHAN. Langsung tiada berasa berilmu, langsung tiada rasa ADA. Langsung tiada berasa DIRI. Suka, duka, nafas, fikir, tidur, jaga, hidup, mati kesemuanya Tajalli Semata-mata TUHAN. Hingga menyatakan diri itu TIADA dan yang berkata-kata, yang menulis, yang membaca itu hanya TUHAN SEMATA-MATA.
(Pakej TUHAN untuk menifestasinya yang bernama Halaj, Siti Jenar atau Firaun Ramses?)

Penulisan ini jua adalah hasil dari cabangan ilmu anugerah TUHAN yang tidak pernah terfikir untuk menulis sebegini. Pakej aku menulis, pakej kamu membaca. Mungkin dipanjangkan pakej kamu dengan pemahaman maka kamu kata bagus atau kamu menolak maka mungkin kamu membalas dengan gelaran terhadap aku sebagai JABARIAH. Kecamukan ILMU itulah Keindahan Ciptaan TUHAN dan kita dan ilmu adalah corak-corak pada LUKISAN KETUHANAN.

P/S Betul dan salah hanya perjalanan cerita sahaja nak kenal AKU betul dan salah kena ditinggalkan...bila kamu dialam ketuhanan dah menjadi tiada huruf dan suara.

Yuzia

Jumlah posting : 59
Registration date : 2009-07-10

Back to top Go down

'KONSEP IKHLAS' - Page 4 Empty Re: 'KONSEP IKHLAS'

Post  Kochi Thu Jan 07, 2010 12:40 am

salam sdra merpati puteh......

saya ingin bertanya...tlg jwb... pada ape yg tidak setara dan seumpama dengan allah...tlg selesaikan dan jgn timbulkan tanda tanya?????

Kochi

Jumlah posting : 32
Registration date : 2010-01-01

Back to top Go down

'KONSEP IKHLAS' - Page 4 Empty Re: 'KONSEP IKHLAS'

Post  Merpati Putih Thu Jan 07, 2010 8:19 am

tuan kochi,

setara berkehendakan sekurang2nya dua hal.

seumpama juga berkehendakan sekurang2nya dua keadaan.

syirik berkehendakan sekurang2nya dua ujud.

Yang ada cuma ESA, tanpa keberangkalian dua atau berbilang2 dan tidak juga keseragaman atau kesetaraan.

Dimana sahaja kedirian 'NYA' berpaling maka disana wajah 'NYA'., 'Kedirian' yang sentiasa bersendirian, tanpa sesuatu lain ada bersama 'NYA'.

Keeasaan menyelesaikan segala. 'ujud' cuma seakan2 satu titik zarah yang meliputi topeng2 ragam.



Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

'KONSEP IKHLAS' - Page 4 Empty Re: 'KONSEP IKHLAS'

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 4 of 5 Previous  1, 2, 3, 4, 5  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum