SUFI TAUHID FILOS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PAS: Nik Aziz beri wang zakat tapi dituduh rasuah

Go down

PAS: Nik Aziz beri wang zakat tapi dituduh rasuah Empty PAS: Nik Aziz beri wang zakat tapi dituduh rasuah

Post  Merpati Putih Thu Nov 04, 2010 2:13 am

Salhan K Ahmad
Nov 3, 10
11:29am

Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan Utusan Malaysia dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa.

Katanya, beliau telah menyemak dengan setiausaha politik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu itu.

"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat.

"Takkan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS di Gua Musang hari ini.

Katanya lagi, Suruhanjata Pilihan Raya (SPR) perlu bersikap terbuka dalam isu tersebut.

"Jangan kalau Tok Guru ada beri duit sikit, dianggap rasuah, jangan rakyat tengok SPR ini memihak.

"Ini zakat bukan rasuah. Utusan itu suka kelirukan orang, ini memang sikap mereka.

"Tapi saya rasa ia beri kelebihan kepada PAS, kerana bila orang baca mereka akan marah dan anggap ia bohong," katanya.

Buzze Azam
Kut ye wang zakat pun, hari lain yg takde kena mengena dgn pilihanraya kecil tak boleh bagi ke? serban je tajam tapi akai tumpul.


Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum