SUFI TAUHID FILOS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Minda Oh!!! Mindaku. 1

Go down

Minda Oh!!! Mindaku. 1 Empty Minda Oh!!! Mindaku. 1

Post  Merpati Putih Mon Dec 07, 2009 8:32 pm



العقل من نور الله
أوّل ما خلق الله العقل* *


Maka Zat adalah manifestasi minda, seolah2 ada ujud sesuatu diluar daerahnya. Pantulan gelombang minda yang menghasilkan sangkaan/ jangkauan 'ada sesuatu ujud' pada daerah dirinya.

 

Persetempatan segala ujud adalah pada otak. ( مقام الحشر)


Keseluruhan gambaran ujud seolah2 larut/ lenyap/ cair/ hancur ketika mi’raj / menerjah memasuki otak, dan tidak juga terkecuali tubuh insan... pada fenomena ini.
 

Perasaan/ minda seolah2 melihat dengan 'mata zahiriyahnya' kepada 'keseolahan2' diluar dirinya. namun pada haqiqatnya, perasaan tidak menyedari, bahawa ia sesungguhnya melihat dengan mata yang ada pada dirinya ,yang terarah pemandangannya pada apa yang telah pun ujud pada dirinya.


Yang disangka ilmu2 penting itu dua: pertama ilmu ketika jaga dimana minda itu merasakan adanya ujud itu diluar dirinya, dan ilmu yang kedua ilmu ketika tidur (mimpi), ilmu gambaran yang mempunyai maani kesinambungan dari gambaran ujud ketika jaga.

Otak adalah sebentuk cermin yang akan ada gambaran padanya, kepada apa yang seolah2 menghadapinya. Tetapi tidak tergambar bahawa tidak ada apa yang menghadapinya. Hanya-sanya ianya adalah perasaan yang telah ujud padanya tanpa ada sesuatu di luarnya. 

Perasaan diibaratkan satu loh/ papan gambaran/ lukisan yang mana tercoret setiap ujud.


Terbayang bahawa beragam2nya ujud, banyaknya manusia2, haiwan2. binatang2….keseluruhan ujud tanpa terfikir bahawa yang sebenar2 ujud pada haqiqatnya ialah hanya ada ujud satu perkara, iaitu minda itu sendirian tanpa sekutu, bahkan tiada sertanya satu akal yang lain, kecuali akal/ minda inilah satu2nya ujud.

Keseluruhan ujud2 hanyalah bayangan2 yang tergambar/ tercetak pada minda (حطرات).Kekeliruanya bermula dengan hadirnya gambaran2/ perisian2 yang disangka sebahgian dari ilmu2, tanpa penelitian bahawa apa yang terisi pada minda hanyalah kekalutan yang mendatang/ baharu, yang menyemakan/ menyempitkan kelapangan fitrah akal. Perasaan adalah seumpama satu kemera, yang pada awalnya kosong dari photo2.



Dan sekiranya minda ini mengerti bahawa yang sebenar2 ujud pada haqiqatnya  adalah semata2 dirinya, maka tidaklah ia akan mencari kecuali dirinya. Insan sempurna/kamil  tidak akan mencari ilmu  diluar dirinya.

Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum