PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post new topic   Reply to topic

Page 17 of 19 Previous  1 ... 10 ... 1617, 18, 19  Next

View previous topic View next topic Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  salik on Tue Jun 30, 2009 1:45 am

Sesungguhnya Allah s.w.t. itu adalah Maha Esa lagi Tunggal dan Dia mempunyai nama-namaNya Yang Maha Terpuji. Oleh itu panggil dan serulah akan nama-namaNya Yang Maha Terpuji sebagaimana yang disebutkan didalam Al-Quran. Masyarakat melayu khususnya memang telah sebati dengan kefahaman dan anggapan bahawa Allah itu adalah tuhan dan tuhan itu Allah.

Ketika berdoa mereka akan menambah doa mereka dengan menyebut (contoh): ‘ Ya Allah Ya tuhanku..’ Persoalannya disini adakah layak untuk kita menganggap Allah itu adalah tuhan dan dari manakah punca serta asal perkataan tuhan..? Adakah kita menjadikan alasan bahawa nenek moyang kita sejak dari dahulu telah menggunakannya maka kita terus mewarisi kepercayaan itu tanpa kita mempunyai pengetahuan yang sebenar tentangnya ? Tahukah kita akan maksud sebenar dan perbezaan antara perkataan ‘tuhan’ ‘ Robb’ dan ‘Ilah’ yang selalu kita temui didalam terjemahan Al-Quran serta kitab-kitab agama yang kita baca? Selama ini mungkin kita memahami ketiga-tiga perkataan tersebut dengan satu maksud iaitu ‘tuhan’ (sebutan yang digunakan oleh bangsa Melayu sahaja ) sedangkan sebenarnya tidak ada perkataan Arab yang boleh merujuk kepada perkataan‘tuhan’. Para Nabi dan Para Rasul yang diutus oleh Allah adalah dari kalangan bangsa arab dan Al-Quran juga telah diturunkan oleh Allah didalam bahasa arab .
Firman Allah s.w.t.:

Dan Demi Sesungguhnya Kami Mengetahui, Bahawa mereka yang musyrik itu berkata: " sebenarnya Dia diajar oleh seorang manusia". (padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu adalah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa arab yang fasih nyata. ( Surah An-Nahl – ayat 103 )
.
Al-Quran telah menyebutkan bahawa Robb atau Ilah yang merupakan bahasa arab itulah yang selayaknya panggilan untuk Allah. Kita mengambil contoh, sejak dari zaman Nabi Adam hinggalah ke hari ini perkataan ‘Nabi’ itu adalah tetap disebut sebagai ‘Nabi’ juga tanpa ada kata ganti yang lain baginya. Mengapakah bagi nama Allah dengan sengaja kita ( bangsa melayu ) mengadakan satu ganti nama yang lain pula dengan menyebut perkataan ‘tuhan’ itu ? Kita sebenarnya amat tidak layak untuk memberikan kata ganti bagi nama Allah melainkan perkataan Robb atau Ilah saja sebagai kata ganti bagi merujuk kepada Allah seperti yang telah dijelaskan didalam Al Quran .


Nama Allah hendaklah kekal dan perlu sentiasa disebut sebagai Allah kerana ia merupakan sebuah nama khas yang bersifat ‘universal’ ( sejagat ) yang telah diwahyukan oleh Allah melalui para Rasul dan telah diketahui secara menyeluruh oleh seluruh umat Islam di dunia ini.Selain dari bangsa melayu mereka tidak akan faham jika kita menyebut perkataan tuhan dan mereka juga tidak perlu untuk menyebut perkataan tersebut kerana ia bukan satu tuntutan ( tiada hukum yang mewajibkan untuk menyebutnya ) kerana hanya nama Allah yang dituntut untuk disebut oleh seluruh umat Islam.Kita boleh mengambil contoh dengan bertanya kepada umat Islam berbangsa asing ataupun penjual karpet yang berbangsa Pakistan yang ada didalam negara kita ini tahukah mereka siapa itu tuhan, mereka akan menggelengkan kepala tidak tahu, tetapi apabila disebut nama Allah mereka akan kenal dan sedia mengetahui. Oleh yang demikian umat Islam di Malaysia hendaklah memahami hanya nama Allah yang perlu disebut kerana Allah adalah pencipta kita dan sebagai ‘ TUAN ’ (bukan tuhan) yang empunya kepada seluruh alam ini termasuklah berbagai bangsa yang ada diatas muka bumi ini dimana mereka hanya menyebut hanya nama yang satu iaitu Allah. Definasi Tuhan adalah berbeza dan sangat bertentangan dengan kesucian Zat Allah s.w.t. yang maha tunggal berdasarkan fakta yang akan dikemukakan dibawah .

Dua Fakta Tentang Asal Usul Perkataan Tuhan

Pertama :-
Didalam majalah Tiara kajian Alif Danya Munsyi, asal usul perkataan tuhan hanyalah ‘pelesetan’ dari kata Tuan dimana ia berpunca dari seorang Belanda yang telah tersalah sebut perkataan ‘Tuan’ Kepada tuhan. Paulus yang berasal dari Turki telah memanggil Isa Al-Masih dengan panggilan ‘Tuan’. Pada setiap akhir suratnya, Paulus selalu menyebut Isa Al-Masih sebagai Tuan: ‘Semoga rahmat Isa Al-Masih Tuan kita menyertai roh kita.’

Ketika tulisan surat tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia, ia dimulakan pada tahun 1663 oleh seorang yang berbangsa Portugis bernama Browerius.Pada ketika itu gelaran bagi Isa Al-Masih masih lagi Tuan, tetapi ketika orang Belanda bernama Leijdecker pada tahun 1678 menterjemahkan surat-surat Paulus itu, sebutan Tuan telah berubah menjadi tuhan. Dengan kata lain, Leijdecker yang pertama kali menulis perkataan Tuhan.

Dengan demikian, dapat difahami bahwa perkataan tuhan masuk kedalam bahasa Indonesia sebagai pengaruh teologi agama ( kristian ) pada mulanya hanyalah sebagai 'pelesetan' atau 'salah tulis' oleh seorang Belanda, tapi selanjutnya dibakukan sebagai perkataan baru yang disejajarkan dengan kata ‘Ilah’ dan ‘Robb’ dalam bahasa Arab. Kerana itulah dalam Kamus Umum Bahasa Indonesia, W.J.S. Poerwadarminta (seorang Katolik) tidak memberikan keterangan apa pun tentang kata Tuhan, kecuali menyamakannya dengan Allah!

Kedua :-

Perkataan tuhan juga berasal daripada bahasa sanskrit iaitu bahasa kuno yang di gunakan oleh agama Hindu di Indonesia. Ini disebabkan agama Hindu adalah yang terawal masuk ke Indonesia juga di Malaysia sebelum berkembangnya agama Islam di dua negara tersebut. Penganut agama Hindu beranggapan bahawa sesuatu yang berkuasa seperti dewa-dewa mereka itu sebagai tuhan.Kesan dari pengaruh agama Hindu yang ada pada masa itu atau melalui bekas penganutnya yang memeluk Islam Allah yang maha berkuasa itu juga telah dianggap sebagai tuhan. Bahasa Melayu adalah bahasa pinjaman atau ikut-ikutan, dimana Bahasa Melayu sebenarnya hanya mempunyai tiga perkataan yang asal atau asli iaitu ‘batu’, ‘kayu’ dan ‘padi’. Ini bermakna bahawa perkataan tuhan juga adalah bahasa pinjaman daripada bahasa sanskrit yang digunakan oleh penganut Hindu dan mempunyai maksud yang sangat bertentangan dengan keesaan Allah iaitu tu bermakna Kepala dan han pula bermakna Dewa ( Kepala Dewa) yang mana, dewa adalah sembahan kepada penganut agama Hindu. Jika merujuk makna tuhan seperti yang terdapat didalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi keempat (2005) diantara maksud tuhan juga disebut sebagai Dewa berkepala Dua .

Wahai kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, kita hendaklah menyedari bahawa pengedaran kitab suci Al-Quran yang mempunyai terjemahan ke dalam bahasa melayu di negara kita pada awalnya banyak diterbitkan dan dicetak dari Negara Indonesia. Kita orang melayu yang beragama Islam di Malaysia hanya mengikut dan menukarkannya daripada bahasa Indonesia kepada bahasa Malaysia. Sedangkan ada perkataan melayu seperti perkataan tuhan itu tidak ada maknanya untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Tidak menjadi masalah jika kita berdoa didalam bahasa arab tetapi jika kita berdoa didalam bahasa melayu kita hendaklah lebih berhati-hati supaya kita tidak tersalah tujuan kerana mengungkapkan perkataan yang salah.Tidak perlulah kita menggunakan perkataan tuhan lagi ketika berdoa, cukuplah dengan berkata contohnya: ’Ya Allah wahai penciptaku...’.ataupun gunakanlah 99 namaNya yang maha terpuji seperti yang terkandungg didalam al Quran kerana yang demikian itu adalah tuntutan yang sebenarnya.

‘Robb’.
Robb adalah daripada perkataan arab yang terkandung didalam Al-Quran. ‘Robb’ itu adalah sifat Allah sebagai Al-Khaliq iaitu sifat Allah yang Maha Pencipta, Pendidik dan Pengatur bagi alam semesta ini. Maka daripada makna tersebut mengandungi erti “Allah adalah pencipta Adam lalu Allah mendidik Adam dan Allah jualah yang mengatur kehidupan Adam”. Oleh itu “Robb” tidak boleh diberi makna sebagai tuhan seperti yang terdapat didalam terjemahan Al-Quran yang ada kini kerana terjemahan perkataan tuhan itu sebagaimana yang telah dijelaskan diatas mempunyai maksud yang sangat tidak baik kepada Allah.. Pengertian Robb telah disalah ertikan oleh golongan terdahulu dan diantara kesalahan penggunaan perkataan Robb yang perlu diperbetulkan sebagai contoh adalah ketika kita berdoa :- “Ya Allah, Ya Robbi” apabila ditukar kepada bahasa Melayu ia hendaklah bermaksud, “Ya Allah, Wahai Penciptaku, Pendidikku, Pengaturku”, bukan ‘Ya Allah Ya tuhanku’.

’Ilah’.

Salah satu perkara fundamental yang berkait dengan aqidah seorang muslim dalam mentauhidkan Allah ialah pengertian Dua Kalimah Syahadah. Didalam ucapan kalimat Laa ilaaha ill-Allah itu terdapat kata Ilah yang seringkali diterjemah dengan perkataan tuhan. Padahal terjemahan itu tidak terlalu menjelaskan makna Ilah tersebut. Dalam bahasa arab ‘Ilah’ itu mengandungi maksud yang lebih tepat dengan tiga makna mendasar yakni (1) mahbuub (yang dicintai), (2) matbuu’ (yang dipatuhi/ditaati) dan (3) marhuub (yang ditakuti). Maka daripada makna tersebut mengandungi erti “ Aku naik saksi bahawa tidak ada yang kucintai, lalu kupatuhi dan kutakuti selain daripada Allah”.

Selain itu di dalam pengajian ilmu tauhid selama ini kita juga telah diajar bahawa sifat 20 itu sebagai Sifat ketuhanan sedangkan sepatutnya kita memahaminya sebagai Sifat Allah / Sifat Pencipta ( Al-Khaliq ) bukan sifat ketuhanan. Wahdaniah adalah antara sifat Allah yang terkandung didalam sifat 20 yang wajib bagi Allah dimana ia menjelaskan bahawa Allah itu tunggal tidak berbilang-bilang.Perkataan tuhan apabila disebut sebenarnya menjadi terlalu umum dan tidak merujuk terus kepada Allah kerana disana ada tuhan Hindu, tuhan Buddha, tuhan Kristian dan bermacam-macam lagi kerana sememangnya tuhan itu sifatnya adalah berbilang-bilang.Adalah tidak wajar untuk mengaitkan Allah dengan sifat ketuhanan kerana terdapat banyak tuhan yang hendak dikenalpasti sedangkan pada hakikatnya hanya Zat dan Sifat Allah Taala sendirian yang wujud dan hanya Allah sahaja pengatur serta pentadbir alam ini tidak ada yang lain.Biarlah hanya orang-orang bukan Islam atau yang musyrik saja terus dengan anggapan dan kepercayaan mereka untuk menyebut dan mempunyai tuhan-tuhan.Umat Islam hanya perlu menyebut nama Allah Yang Maha Esa secara mutlak ( sebagai Pencipta / Robb / Ilah kita ) dimana ucapan kita tidak akan sama seperti mereka ( tidak perlu ada tuhan) sebagai membezakan ketunggalan dan keesaan Allah yang tidak boleh disamakan atau ada perbandingan bagiNya dengan sesuatu juapun. Maha suci Allah dari apa yang mereka sifatkan.


Last edited by salik on Tue Jun 30, 2009 2:23 am; edited 1 time in total

salik

Jumlah posting: 887
Registration date: 27/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  salik on Tue Jun 30, 2009 2:02 am

Allah, Zat yang maha esa, berpesan :

“ Wahai Hambaku janganlah kamu sekalian lupa kepada namaku “

Maksudnya : Allah itu namaku dan Zatku, dan tidak akan pernah bercerai, Namaku dan Zatku itu satu.

Allah Swt juga telah menurunkan 100 kitab kepada para nabi-nabinya, kemudian ditambah 4 kitab lagi sehingga jumlah keseluruhan kitab yang telah diturunkan-Nya berjumlah 104 buah kitab, dan yang 103 buah kitab itu rahasianya terhimpun didalam Al-Qur’annul karim, dan rahasia Al-Qur’annul karim itu pun rahasianya terletak pada kalimah “ALLAH”.

Begitu pula dengan kalimah La Ilaha Ilallah, jika ditulis dalam bahasa arab ada 12 huruf, dan jika digugurkan 8 huruf pada awal kalimah La Ilaha Ilallah, maka akan tertinggal 4 huruf saja, yaitu Allah.

Ma’na kalimah ALLAH itu adalah sebuah nama saja, sekalipun digugurkan satu persatu nilainya tidak akan pernah berkurang, bahkan akan mengandung ma’na dan arti yang mendalam, dan mengandung rahasia penting bagi kehidupan kita selaku umat manusia yang telah diciptakan oleh Allah Swt dalam bentuk yang paling sempurna.

ALLAH jika diarabkan maka Ia akan berhuruf dasar Alif, Lam diawal, Lam diakhir dan Ha. Seandai kata ingin kita melihat kesempurnaannya maka gugurkanlah satu persatu atau huruf demi hurufnya.


Last edited by salik on Tue Jun 30, 2009 2:04 am; edited 1 time in total

salik

Jumlah posting: 887
Registration date: 27/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  zali on Tue Jun 30, 2009 2:03 am

spanjunk wrote:HANTU tuh ape ekkk????




hantu tu bahasa omputeh...melayu kata motor

zali

Jumlah posting: 280
Registration date: 09/12/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  salik on Tue Jun 30, 2009 2:14 am

MAKLUMLAH BUDAK BUDAK
DAH DEWASA SIKIT FAHAM LAH DIA TUH

salik

Jumlah posting: 887
Registration date: 27/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  zali on Tue Jun 30, 2009 2:25 am

salik wrote:Seandai kata ingin kita melihat kesempurnaannya maka gugurkanlah satu persatu atau huruf demi hurufnya.


terima kasih en.salik atas penerangan panjang lebar perkataan allah tu...
ni lagi satu ni en salik...apa maksud en salik dengan ayat kat atas ni?

zali

Jumlah posting: 280
Registration date: 09/12/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  salik on Tue Jun 30, 2009 2:30 am

zali wrote:
salik wrote:Seandai kata ingin kita melihat kesempurnaannya maka gugurkanlah satu persatu atau huruf demi hurufnya.


terima kasih en.salik atas penerangan panjang lebar perkataan allah tu...
ni lagi satu ni en salik...apa maksud en salik dengan ayat kat atas ni?



ADA SAMBUNGAN NYA
LAIN KALI JER LAH,,DAH PENAT MATA NAK COPY PASTE

salik

Jumlah posting: 887
Registration date: 27/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  spanjunk on Tue Jun 30, 2009 6:35 am

zali wrote:
spanjunk wrote:HANTU tuh ape ekkk????


hantu tu bahasa omputeh...melayu kata motor

kakakakaka ....... LLAKRA'AH GOM TAGAL'LAK.....

_________________
.....SALAMUNKAULANMINRABBINRAHIM..... Melarut Sendirian Bergabung Teman... ITULAH AKU KESATUAN MU....

spanjunk

Jumlah posting: 470
Registration date: 18/01/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  salik on Tue Jun 30, 2009 7:36 am

spanjunk wrote:
zali wrote:
spanjunk wrote:HANTU tuh ape ekkk????


hantu tu bahasa omputeh...melayu kata motor

kakakakaka ....... LLAKRA'AH GOM TAGAL'LAK.....


HEHEHE.....HAHAHAHA
HAIYA.......GOM GOM

salik

Jumlah posting: 887
Registration date: 27/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  zali on Tue Jun 30, 2009 4:03 pm

salik wrote:
spanjunk wrote:
zali wrote:
spanjunk wrote:HANTU tuh ape ekkk????


hantu tu bahasa omputeh...melayu kata motor

kakakakaka ....... LLAKRA'AH GOM TAGAL'LAK.....


HEHEHE.....HAHAHAHA
HAIYA.......GOM GOM



cilok dari : http://www.tokbatinsenoi-x.blogspot.com/

The POWER of BLINKING by tbs.

Tuhan = manusia, bila berjasad.. berkehendakan khayal2an. Ketika tuhan berkhayal/ berilusi sebagai manusia yang bertubuh, Ia berkehendak kepada makan, minum, berak, kencing, berjima', bercerita2, marah, suka, duka........ sifat interaksi haiwaniyah.

Sesungguhnya, manusia adalah haiwan yang berkata2. Jesteru itu, 'PERKATAAN2 manusia' tidak punyai maksud2 apa2, kecuali ianya hanyalah isyarah2 dan permainan haiwan2.

Segala2 yang diceritakan olih yang bertubuh cuma khayalan2, kerana ia bercerita ketika ianya masih berjasad. Sekiranya manusia sampai ketahaf tidak berjasad, umpamanya: 'sebelum kelahiran ilusi berjasad' atau 'Kematian', maka ia tidak memerlukan cerita2, keseluruhannya..

Bahkan manusia, pada awalnya fitrahnya, mengetahui keseluruhan cerita2 yang akan dialaminya, ketika ia bertubuh, hanyalah fatasia/ imaginasi yang diulang2'.

Cerita2 tentang ma'rifah, tuhan, nabi, malaikat, syaitan, ugama, dosa, pahala, syurga, fana', baqa'.. dll , cuma khayalan2 sementara ianya bertubuh.

Khayalan2 ini akan lenyap dan lupus dengan 'Kematian' atau tidur nyenyak. Dan pastinya, akan ada yang menentang pendapat ini, kerana manusia akan menentang atau akan mengeluarkan pendapatnya, selagi is didalam 'ilusi bertubuh'.

Mengatakan orang ini 'benar atau salah', tidak mendatangkan apa2 kesan pada jiwa yang sentiasa memandang 'keujudan zat mutlaq illahiyat semata2'.

Manusiawiyah yang bertubuh hanya bersifat sementara, dan akan berakhir dengan fana'nya ilusi2. Tubuh2 hanyalah ilusi2 yang berpanjangan sehingga kembali kepada unsur 'hening Ketuhanan'.

Komen tbs : 'Maka kekal wajah 'Tuhan' bersifat Zat Mutlaq, tanpa unsur lain disampingNYA

kesian kat keldai yang membawa 70 guni kitab...
sampai...terangkat ke langit!



zali

Jumlah posting: 280
Registration date: 09/12/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  salik on Tue Jun 30, 2009 5:25 pm

NAMPAKNYA SAUDARA ZALI SEDANG MENULIS KITAB DIRI.( MELUAHKAN DARI APA YANG ADA DALAM DIRI)
UNTUK APA YERK?
DAN TOKBATINSENOI PUN SEDANG MENGARANG PERLAGAI KITAB KITAB /CERITA2/WARISAN BARU SECARA TERSENDIRI SEBAGAI KENYATAAN BAGI APA YANG ADA DALAM DIRI UNTUK MENYATAKAN HASRAT NYA / IDEA IDEA UNTUK MANUSIA LAIN MENGETAHUI.

JADI DARI TAK BERSUARA=KEPADA BERSUARA ATAU /DAN BERHURUF.

PENCIPTAAN COMPUTER YANG SAUDARA GUNAKAN INI JUGA ADALAH KENYATAAN DARI YANG TAK BERHURUF.
MAKA ZAHIRLAH/LAHIRLAH SESUATU YANG BERUPA ILMU ILMU DAN BENDA BENDA / CIPTAAN CIPTAAN

KALAU TAK DI NYATAKAN MAKA BISU LER SEMUA , ALAM JADI TAK BERMAYA
KITA TAK DAPAT BERFORUM LER
ANAK SAUDARA zali TAK DAPAT DI AJAR zali KERANA zali TIADA LAHIR HURUF DAN SUARA.
MASA ITU TAHU LAH PULAK SURUH ORANG AJAR/SURUH ANAK BACA BUKU.
SURUH ANAK DIAM KER SENANG....KAN...HEHEHE

DUDUK ALAM TAK BERHURUF TU DALAM PERASAAN JERK , KAT ALAM TU MANA ADA /MAKAN/MINUM/SYARIAT /TARIKAT/...DAN MACAM MACAM.....ITU PUN KETIKA TERTENTU JER LAH...JANGAN NAK BEDEK.
NAK BERBUAL TAK PAKAI HURUF KER
HABIH TUBUH BADAN TAKYAH MAKAN MINUM/BERAK/SOLAT ZAHIR/...........SEMUANYA ADA RAHSIA.


FIKIR LER

salik

Jumlah posting: 887
Registration date: 27/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  zali on Tue Jun 30, 2009 7:09 pm

salik wrote:DUDUK ALAM TAK BERHURUF TU DALAM PERASAAN JERK , KAT ALAM TU MANA ADA /MAKAN/MINUM/SYARIAT /TARIKAT/...DAN MACAM MACAM.....ITU PUN KETIKA TERTENTU JER LAH...JANGAN NAK BEDEK.
NAK BERBUAL TAK PAKAI HURUF KER
HABIH TUBUH BADAN TAKYAH MAKAN MINUM/BERAK/SOLAT ZAHIR/...........SEMUANYA ADA RAHSIA.


en salik...
saya tidak menyangkal samasekali akan penyataan/penciptaan/ilusi baru seperti yang en.katakan
cuma ilusi-ilusi ini di olah dengan sempurna oleh tuhan dan seolah nampak nyata
tetapi yang sebenarnya cuma ilusi semata...

bukankah itu yang en salik ucapkan tiap hari...
la..la..la..tiada..tiada..tiada..

'tiada nyata hanya allah ;muhamad penyata allah'

zali

Jumlah posting: 280
Registration date: 09/12/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  spanjunk on Tue Jun 30, 2009 7:12 pm

zali wrote:kesian kat keldai yang membawa 70 guni kitab...
sampai...terangkat ke langit!


kesian lagi kat ZALI .... ' DIKAMBINGKAN HIDUP2 '
WAKAKAKAKAKAKAKAK......

_________________
.....SALAMUNKAULANMINRABBINRAHIM..... Melarut Sendirian Bergabung Teman... ITULAH AKU KESATUAN MU....

spanjunk

Jumlah posting: 470
Registration date: 18/01/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  Merpati Putih on Tue Jun 30, 2009 7:30 pm

Yang paling kesian sekali, ialah 'yang berilusi' cuba2 membodek 'TUHAN'nya.

_________________
KeAKUANKU SENTIASA ESA.

Merpati Putih
Admin

Jumlah posting: 1161
Registration date: 08/08/2008

View user profile http://tokbatinsenoi-x.blogspot.com,http://tokbatinsenoi.forumotion.net

Back to top Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  spanjunk on Tue Jun 30, 2009 7:46 pm

Merpati Putih wrote:
Yang paling kesian sekali, ialah 'yang berilusi' cuba2 membodek 'TUHAN'nya.


kalau gembala kambing dia nak bodek sape lak....???
kambing nye ke????

_________________
.....SALAMUNKAULANMINRABBINRAHIM..... Melarut Sendirian Bergabung Teman... ITULAH AKU KESATUAN MU....

spanjunk

Jumlah posting: 470
Registration date: 18/01/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  salik on Tue Jun 30, 2009 7:58 pm

zali wrote:
salik wrote:DUDUK ALAM TAK BERHURUF TU DALAM PERASAAN JERK , KAT ALAM TU MANA ADA /MAKAN/MINUM/SYARIAT /TARIKAT/...DAN MACAM MACAM.....ITU PUN KETIKA TERTENTU JER LAH...JANGAN NAK BEDEK.
NAK BERBUAL TAK PAKAI HURUF KER
HABIH TUBUH BADAN TAKYAH MAKAN MINUM/BERAK/SOLAT ZAHIR/...........SEMUANYA ADA RAHSIA.


en salik...
saya tidak menyangkal samasekali akan penyataan/penciptaan/ilusi baru seperti yang en.katakan
cuma ilusi-ilusi ini di olah dengan sempurna oleh tuhan dan seolah nampak nyata
tetapi yang sebenarnya cuma ilusi semata...

bukankah itu yang en salik ucapkan tiap hari...
la..la..la..tiada..tiada..tiada..

'tiada nyata hanya allah ;muhamad penyata allah'



TERPULANGLAH MENGIKUT APA YANG DI ANUGERAHKAN.

salik

Jumlah posting: 887
Registration date: 27/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Page 17 of 19 Previous  1 ... 10 ... 1617, 18, 19  Next

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum