PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT [Part 2]

Post new topic   Reply to topic

Page 5 of 6 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6  Next

View previous topic View next topic Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT [Part 2]

Post  yahya786 on Sat Jul 11, 2009 9:53 am

T R I N I T Y wrote:Agama Manusia

Kebanyakan manusia beragama melalui warisan turun temurun.Seorang kanak-kanak akan dipengaruhi oleh pembawaan kedua ibu bapanya atau penjaganya.Agama yang bakal dianuti oleh seseorang itu adalah bermulanya dari usia kanak-kanak.Pengaruh persekitarannya akan membawa kesan kepada kepercayaan seseorang.Apa jua pendidikan,adat resam,budaya,konsep amalan dan fahaman akan menjadi pembawaan seseorang bila dewasa.
Maka setiap orang yang beragama tidaklah dikatakan sempurna selagi ia tidak memahami hal-hal dan kaedah didikan serta pemahaman dalam keagamaan.Banyak perkara perlu difahami. Memahaminya perlu mengikut susunan pembelajaran yang betul dan meliputi pelbagai sudut ilmu.Seseorang yang ingin menjadi pengikut agama yang sempurna perlu mengetahui samada secara ringkas atau mendalam setiap yang berkaitan dengan agama.

Agama bukanlah suatu adat atau peraturan atau ia hanyalah suatu kepercayaan yang dipatuhi tanpa mengetahuinya secara ilmiah.Agama bukanlah dianuti secara ikutan dan mempelajarinya secara main-main sebagai melepaskan diri dari tuduhan tidak beragama atau jahil.Agama adalah jalan kehidupan manusia didunia yang membawanya kepada suatu kehidupan selepas dibangkitkan.Ianya perlu diterokai dengan bersungguh-sungguh dan berusaha ketahaf usaha yang mencapai kefahaman sempurna.Kefahaman sempurna adalah suatu kefahaman yang dapat membina Iman dan kepercayaan yang kukuh serta dapat hidup beramal dengan akidah dan iqtikad yang betul.

Setiap orang yang mempunyai agama akan mempercayai tentang adanya Tuhan pencipta,konsep Amal kepada Tuhan,Syariat agama,Peraturan dan Hukum dalam agama,Suruhan dan Tegahan,Iman,Penyerahan dan lain-lain. Semuanya perlu diterapkan dalam setiap jalan kehidupan semasa didunia.Kehidupan yang mengamalkan jalan agama perlulah meliputi diri zahir dan rohaninya.

Amalan kehidupan mestilah mengikut jalan yang ditetapkan oleh agama kerana kehidupan manusia itu adalah tertakluk kepada rancangan dan kehendak penciptanya.Manusia yang tidak mengikut peraturan itu dengan cara sengaja atau menentang kebenarannya adalah terhukum mengikut peraturan yang telah ditetapkan.Kedudukan manusia yang beriman dan beramal dengan betul akan mencapai kedudukan kebaikan hingga kepada peringkat kesucian dan manusia yang menentangnya dengan nyata dan menafikan kebenaran agama tuhan akan mencapai kedudukan terendah yang dimaksudkan Kafir atau ahli neraka.
Maka itu kita perlu memastikan diri sendiri,sejauh mana,sedalam manakah kefahaman kita terhadap agama yang kita anuti.Apakah kita beragama atas dasar ikut-ikutan atau kita beragama atas dasar kefahaman.Kefahaman yang perlu meliputi semua sudut dan asas keyakinan yang berteraskan iman.

Tidak semua manusia yang telah beragama boleh dikatakan beriman dan telah beramal dengan betul mengikut kehendak tuhan dan ajaran nabinya jika ajaran kitab dan ajaran nabinya dipelajari hanya melalui apa yang tercatit dan keterangan-keterangan dari para penterjemah yang pelbagai fahaman dalam bidang ilmu masing-masing sehingga terdapat pelbagai percanggahan para ahli ilmu dalam agamanya.

Kefahaman agama yang bersumber dari manusia adalah persepsi akal berdasarkan ilmu yang dipelajari dan dikaji mengikut kaedah masing2.
Kefahaman yang bersumber dari Allah akan melalui akal juga dengan kefahaman yang tiada ragu2.Sebagaimana dimaksudkan
wahyu atau ilham.

Maka kita perlu kenali ilmu yg.difikirkan oleh akal sendiri dengan ilmu yang datang secara langsung dari Allah.Untuk itu
kitab Allah perlu dijadikan bahan rujukan peringkat awal kejahilan manusia sebelum akalnya memahami tanda2 ilmu laduni.


bukankah setiap perbuatan samada baik atau jahat adalah perbuatanNYA juga? bukankah setiap sesuatu itu adalah diriNYA, perbuatanNYA dan mengikut kehendakNYA sahaja? apakah ada 2 ilmu? ilmu kita dan ilmu ALLAH?

yahya786

Jumlah posting: 14
Age: 38
Location: kulaijaya
Registration date: 18/05/2009

View user profile http://gemilang786.ws

Back to top Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT [Part 2]

Post  salik on Sat Jul 11, 2009 11:48 am

yahya786 wrote:

bukankah setiap perbuatan samada baik atau jahat adalah perbuatanNYA juga? bukankah setiap sesuatu itu adalah diriNYA, perbuatanNYA dan mengikut kehendakNYA sahaja? apakah ada 2 ilmu? ilmu kita dan ilmu ALLAH?


HAIII HAMBAAA
SIAPA HAMBA....SIAPA RAJAAA

PERBUATAN JAHAT ITU DIRI SENDIRI LAH YANG JAHAT.


PANDANG BAIK SEGALA SESUATU
SEHINGGA PULANG KE ASALMU

salik

Jumlah posting: 888
Registration date: 27/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT [Part 2]

Post  T R I N I T Y on Sat Jul 11, 2009 3:25 pm

Untuk memahami tentang kuasa Allah dan keupayaan manusia
saya misalkan satu perumpamaan.

Pertama,..kita berpegang pada fahaman,.bahawa segalanya adalah hak Allah.Makhluk ibarat
suatu ciptaan yang tidak mempunyai apa2.Seperti sebuah robot yang telah dipasang lengkap
tanpa dibekalkan kuasa bergerak.

Keistemiwaan manusia adalah berbeza dengan makhluk lain.Kerana manusia dihidupkan dengan
roh istemiwa yang diciptakan khas untuk menjadi khalifah atas muka bumi.

Allah telah menyiapkan semua kemudahan atas muka bumi dan membekalkan sebuah menual untuk
roh yg,bakal menjadi manusia.Allah akan mengadili kerja dan kejayaan roh itu apabila tamat misi dunia.
Untuk membolehkan roh berkerja dan mencapai matlamat asalnya,..maka pelbagai proses dan pencapaian
perlu dilalui hingga ia sedar bahawa kuasa yg.digunakan itu adalah milik dan izin Allah semata-mata.
Ruh yang berjaya menyerahkan kuasa itu kepada asalnya adalah berjaya.

Roh perlu mencapai tauhid terbaik,penyerahan,reda dan sebagainya untuk dibukakan rahsia dirinya dan
alamnya.

Dalam penggunaan kuasa,....Allah telah melepaskan tahaf penggunaan yang terhad kepada roh.Hanya Roh yang
berjaya mengikut manual akan mendapat tambahan pelbagai kuasa dan kelebihan.

Roh yang ingkar dan jahil,..tetap diberikan juga keupayaan luar biasa untuk sementara waktu sebagai memberi ingatan
kepadanya dan kesempatan untuk berfikir.Selain itu sebagai bukti untuk meyakinkan ruh tentang wujudnya kuasa.

Maka kuasa yang digunakan oleh ruh adalah terpulang kepada masing2 samada ia menggunakan jalan baik atau salah.
Allah akan menghalang kuasa itu bila perlu dan mengikut peraturan tertentu.Allah juga mengizinkan kuasanya kepada jalan
salah mengikut peraturannya.

Maka..kefahaman tentang kuasa yang datang dari Allah itu tidak boleh dianggap Allah sebagai pengamal perlakuan sebenar.
Ia telah amanahkan pada jiwa2 diciptanya hingga jiwa2 itu mencapai ilmunya.

T R I N I T Y

Jumlah posting: 636
Registration date: 09/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT [Part 2]

Post  T R I N I T Y on Sat Jul 11, 2009 4:08 pm

Bagaimana pula untuk memahamkan dua kewujudan yang mana dikatakan menentang sistem dan yang mencipta
sistem.??

Ada yang berfahaman bahawa yang berfantasi adalah Allah.Ibarat orang yang berangan-angan sorang diri dengan pelbagai
alat dan permainan yang direka khas untuk menghibur diri.
Apakah benar fahaman demikian..??Dalam hal memahami inilah satu rahsia pencarian dan menentukan kejayaan sebagai insan.

Sememangnya yang wujud itu Allah zat maha suci.Maka zat itulah yg.sebenarnya hidup dan berkuasa.Sebaliknya kita
perlu memahami tentang dimaksudkan Allah dan cahayanya adalah suatu yang wajib wujud dan tak berpisah.

Apakah akan kita katakan kepada sebuah pelita jika tak ada cahayanya..?Tentulah tak berkuasa atau mati.Atau lebih baik
buangkan saja pelita yang tak boleh dinyalakan lampu untuk membuktikan dirinya sebagai pelita.

Maka dalam hal kejadian asal yang perlu difahami ialah Allah dan Nurnya tidak berpisah.Walaupun wujud mutlak adalah
zat Allah.Nur Allah bukanlah dicipta,..tapi tercipta dengan wujudnya Zat.

Jadi...fenomena kehidupan ini adalah cahaya yg.diberi ujian dan pemahaman untuk mengenali zat.Yang mana pada asalnya
cahaya tidak dapat mencari dan mengenali zat kerana zat tidak menyerupai atau mempunyai bentuk dan tidak tertakluk
kepada apa jua hukum kejadian dan fitrah.

Namun akal ruh hingga kini masih pening memikirkan bagaimana zat boleh jadi sendiri tanpa awalnya dan asas usulnya.
Akal juga tidak dapat menafikan tentang wujudnya kerana bukti2 telah ada yang menunjukan adanya.

T R I N I T Y

Jumlah posting: 636
Registration date: 09/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT [Part 2]

Post  T R I N I T Y on Sat Jul 11, 2009 4:26 pm

Dari cahayanya Allah menjadikan pelbagai kehidupan.Dan manusia itu sendiri adalah cahayanya yang hidup dengan Zatnya.
Sebab itu jiwa perlu menjalani penyucian melalui mujahadahnya sendiri.Jiwa perlu mencapai amalan mengikut kaedah yg.
telah diberikan,dikiaskan,diumpamakan,diilusikan dan difantasikan hingga jiwa itu dapat mengenal hakikat sebenar.

Walaupun jiwa itu telah berjaya,..ianya tak bererti jadi tuhan.Kerana asalnya adalah cahaya.Kejayaan jiwa akan dibalas
sebagaimana dijanjikan.

Walaupun ilmu pengetahuan telah didedahkan melalui Alquran,nabi2nya dan ahli2 ilmu yang telah berjaya,..namun jiwa tak
semudah itu untuk duduk dalam makam cahayanya melalui angan2 dan fantasi akal sahaja.

Jiwa perlu disucikan melalui ujian2 yang semakin tinggi hingga kepada suatu ilmu yang belum diketahui oleh jiwa.
Dalam mencapai ilmu ini,..setiap jiwa ada jalannya masing2 dan tidak sama.Inilah yang akan membawa kepada fitnah
apabila rahsia jalannya diceritakan kepada diri yg.lain.Walaupun hakikat jiwa itu satu,..tapi Allah boleh jadikan ia dalam
bentuk berbilang-bilang.

Allah mempunyai rahsia tentang ruh dan bagaimana ia menetapkan kesempurnaan ruh.Walaupun ruh gagal dalam
ujiannya namun ruh itu tetap bersamanya.Hanya ruh berjaya sahaja dapat lihat wajah Allah.Yang tak berjaya
akan hidup tanpa melihat wajah Allah.Samada ia terhukum atau mendapat kebahagian akhirat.

Kehidupan selepas mati itu tetap akan diwujudkan Allah sebagaimana Ia mengadakan dunia yg.dikatakan tipu daya dan
ilusi.

Kehidupan akan terus untuk selama-lamanya.Dan harus bagi Allah jika ingin mengadakan kehidupan dunia ini dalam versi
lain dan mengulangi sejarahnya semula.

T R I N I T Y

Jumlah posting: 636
Registration date: 09/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT [Part 2]

Post  Merpati Putih on Sat Jul 11, 2009 11:03 pm

Kerapian 'Tuhan' dlm mentadbir ilusi2 keinsananNYA, hanya mampu difahami dgn anugerahNYA jua, bukannya bolih sengaja2 dibuat2.

Jalal sifat Qahariyah/ menghijab/ negative seolah2 sifat naqis/ kekurangan.. yang pastinya ia bukannya kelemahan.

Seandainya, semua manusia disedarkan kepada kehadiran mutlaq zatnya, nescaya tidak akan ada aktiviti2 duniawiyah. Umpamanya: kalau tiada orang yang tama' haloba, maka tiadalah kilang2, bank, pejabat2 dibuka. Jesteru itu tidak ada tempat2 manusia mencari rezeki.

Sekiranya tiada orang2 jahat, maka tidak ada polis, peguam, majestret, hakim, juru-undang2 dan sebagainya. Maka kita lihat : sepatutnya polis terpaksa 'berterima kasih' kpd orang2 yang menyalahi undang2.

Disinilah keberkesanan sifat Jalal/ Qahar/ membelenggu perasaan manusia. Bahkan masing2 punya fungsinya tersendiri (fungsi2 ketuhanan yang sempurna). Dan tidak akan ada yang akan terhukum disisi Tuhan, kerana keseluruhannya adalah sifat2 Tuhan sendiri.

Hukum2 kenerakaan.. hanyalah 'kemungkinan sahaja' bagi yang tidak mengerti tentang kerapian pentadbiran ilahi.

Jalal+jamal= kamal……

Kehidupan manusia merupakan seumpama segerombolan semut2 yang saling bantu membantu antara satu sama lain dlm jaringan hayat.

Manusia2 tidak pernah melakukan kesilapan2. kerana Tuhan tidak penah menzalimi sesiapapun. Kerana tiada ciptaan2 disisi 'Tuhan'.

Dosa , pahala, neraka, syurga, taat, derhaka hanyalah retorik interaksi haiwaniyah. Innal Insana haiwanunun nantiq.= Sensungguhnya Insan itu adalah haiwan yang berkata2


Dipersilakan sdr2 bahaskan dan beri pendapat tentang ini.

_________________
KeAKUANKU SENTIASA ESA.

Merpati Putih
Admin

Jumlah posting: 1166
Registration date: 08/08/2008

View user profile http://tokbatinsenoi-x.blogspot.com,http://tokbatinsenoi.forumotion.net

Back to top Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT [Part 2]

Post  T R I N I T Y on Sun Jul 12, 2009 12:47 am

Yang paling dimurkai Allah ialah jiwa yang menentang sedangkan tiada daya upaya ia berbuat demikian.Ketentuannya adalah
disisi Allah semata-mata.Itulah tempat perdampingannya.Telah berkali-kali Allah memberi peluang dan memberi tanda untuk
meyakini hakikat sebenar...namun jiwa dengan sengaja menentang dan ingin bertanding.

Kejadian dan pengaturan kehidupan mudah dijelaskan,..tapi sukar untuk meyakinkan.Bukan kerana sukar untuk ia melakukan,..
tapi kerana ia lebih suka bermain-main dalam dunia yang banyak hiburan yg.melalaikan sehingga akhirnya amat sukar untuk
ia kembali sedar.

Kepada yang telah mencapai pengetahuan itu,..ia tidak akan tertipu lagi...dan ia juga tidak berminat untuk bermain2 dengan
alam sementara.Maka sebab itu orang2 yang telah mengetahuinya akan sentiasa berhati-hati kerana tipu daya itu kerjanya
adalah mengoda jiwa2 selagi belum sampai waktu kembalinya.

Amatlah ganjil tabiat jiwa yang telah memasuki alam kebenaran nyata.Apa pun boleh terjadi.Hanya dirinya dan Allah sahaja
urusannya.Namun diperingkat makam ini masih terdapat ujian2 paling halus sehingga Allah mengiktirafkan keikhlasannya dan
menghapuskan peraturannya.

T R I N I T Y

Jumlah posting: 636
Registration date: 09/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT [Part 2]

Post  Merpati Putih on Sun Jul 12, 2009 2:00 am

Anugerah 'TUHAN' kpd manusia adalah saksama dan maha adil.

Kita perhatikan kepada makanan yang kita makan.

Katakan buah mempelam dimakan olih penduduk2 sawah. Dan pokoknya ditanam kat M'sia.

Buah Apple pula ditanam di australia umpamanya: dimakan olih orang Inggeris.

Untuk membesar, pokok2 mempelam dan apple ditanam diatas tanah.. kemudian membesarlah pokok2 itu dgn menyaring pati2 tanah, sehingga mengeluarkan buah2 yang kita makan.

Tetapi kita lupa bahawa buah2 itu pada asasnya ialah dari pati tanah. Dan apa yang dimakan olih semua manusia adalah pada haqiqatnya 'Tanah'. Tidak kira kita Presiden ke, perdana menteri ke, raja ke, bintang filem ke...... akan memakan benda yg sama , seandainya kita dianugerahi ketelitian... Disinilah Kasful Asrar/ laduniyah bagi yang 'dipintar'kan.

Kita terasa terhina mengambil perbezaan pada bentuk, rupa, warna, rasa... kerana kita lupa pada usulnya.

_________________
KeAKUANKU SENTIASA ESA.

Merpati Putih
Admin

Jumlah posting: 1166
Registration date: 08/08/2008

View user profile http://tokbatinsenoi-x.blogspot.com,http://tokbatinsenoi.forumotion.net

Back to top Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT [Part 2]

Post  salik on Sun Jul 12, 2009 11:29 am

Merpati Putih wrote:
Anugerah 'TUHAN' kpd manusia adalah saksama dan maha adil.
Tetapi kita lupa bahawa buah2 itu pada asasnya ialah dari pati tanah. Dan apa yang dimakan olih semua manusia adalah pada haqiqatnya 'Tanah'. Tidak kira kita Presiden ke, perdana menteri ke, raja ke, bintang filem ke...... akan memakan benda yg sama , seandainya kita dianugerahi ketelitian... Disinilah Kasful Asrar/ laduniyah bagi yang 'dipintar'kan.

Kita terasa terhina mengambil perbezaan pada bentuk, rupa, warna, rasa... kerana kita lupa pada usulnya.


Dan bila di telurusi segala apa yang kita makan tak kira sesiapa saja dan apa saja pangkat dan keturunan pada asasnya ialah dari tanah.
Dan jika kita perhatikan pula dari tanah ini terdapat unsur yang membekalkan baja kepada pokok terdiri dari bahan bahan buangan/najis/air dan sebagainya untuk mendapatkan hasil yang sempurna. sedangkan kalau kita lihat dari mata kepala/mata kasar najis dan bahan buangan adalah menjijikkan.
Tetapi setelah di saringkan melalui proses panas(neraka/api) dan sejuk(surga/air) menjadi sesuatu yang amat berguna kepada manusia .

Jadi,,,,kalau kita lihat najis juga tidak di ciptakan sebagai sia sia walaupun kita nampak dari mata zahir adalah bahan kotor dan menjijikkan tetapi bila di saringkan ianya adalah yang kita makan.

Begitu juga dengan kebaikan dan kejahatan
Tidak dinafikan bahawa
Tidak ada satu zarrah pun di dunia dan akhirat zahir dan batin yang tidak datang dari Allah

jadi bagaimana kita ingin menukarkan pandangan kita dan menyaringkan dari kejahatan kepada kebaikan( seperti sistem najis jadi baja).Kerana Allah menganjurkan BERSANGKA BAIK ( HUSNUZZAN) / PANDANG BAIK.pastinya ada rahsia tersembunyi disitu.

Begitu juga sakit dan sihat/malam siang/tidur jaga/kiri kanan/bijak bodoh/ suci najis/ keras lembut dan sebagainya , semuanya diciptakan berpasangan dan keduanya memerlukan antara satu sama lain.

KITA TIDAK AKAN MENGENAL BAIK ITU ADALAH BAIK SEANDAINYA TIDAK DI CIPTAKAN JAHAT.
KITA TIDAK AKAN MENGENAL SAYANG ITU ADALAH SAYANG KALAU TIDAK DI CIPTAKAN BENCI.
KITA TIDAK AKAN MENGHARGAI SIANG KALAU TIDAK DI CIPTAKAN MALAM.
Malam adalah satu keperluan berguna bagi kehidupan siang.

KERANA ' TIADA AKU(ALLAH) MEN JADI KAN SESUATU DENGAN SIA SIA".

Allah telah pun menciptakan MALAIKAT yang sering berbuat kebaikan senentiasa sujud dan patuh kepadanya.
Jika manusia semuanya baik dan patuh.....maka tidak dinamakan manusia....namanya MALAIKAT LAH PULAK.

DAN ALLAH MENJADIKAN MANUSIA DAN DI HIJABNYA KEMUDIAN DI AJARKAN bagi MEMPERKENALKAN DIRINYA DAN MENYATAKAN KEBESARANNYA JUGA DISERTAKAN DENGAN SESUATU YANG TIDAK ADA PADA KEJADIAN LAIN
IAITU "AQAL"

Malaikat telah pun bertanya Kenapa Allah menjadikan Manusia yang sering melakukan kerosakan,

salik

Jumlah posting: 888
Registration date: 27/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT [Part 2]

Post  salik on Sun Jul 12, 2009 11:31 am

salam.
Dan Akhir sekali Allah Akan menarik si hamba lalu memperkenalkan Dirinya.

Rasulullah Bersabda.

Sesungguhnua Aku Adalah manusia seperti kamu.

Barang siapa yang mengamalkan sepertimana Aku amalkan
Maka ia akan dapat sepertimana aku dapat.


YANG KITA TERKILAN IALAH BANYAK HADIS HADIS YANG MEMBAWA KEPADA JALAN KETUHANAN TELAH HAPUS.
YANG TINGGAL HADIS HADIS HUKUM DAN AMALAN SYARIAT

salik

Jumlah posting: 888
Registration date: 27/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT [Part 2]

Post  yahya786 on Mon Jul 13, 2009 4:18 pm

LAA HAULA WALAA QUWWATA ILLAH BILLAHIL A'LIYIL A'ZIM
LAA ADALAH SATU KEADAAN KOSONG YANG TERAMAT KOSONG TANPA KEHADIRAN WALAU SEZARAHPUN KECUALI YANG ADA HANYA UPAYA ALLAH TAALA SAHAJA

yahya786

Jumlah posting: 14
Age: 38
Location: kulaijaya
Registration date: 18/05/2009

View user profile http://gemilang786.ws

Back to top Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT [Part 2]

Post  salik on Mon Jul 13, 2009 5:31 pm

laa tu untuk menyempurnakan Isbat/tepat sempurna /perfect/tidak berganjak dan tiada persoalan lagi

Kalau kita berkata kepada isteri: Abanggg sayaaaang Tipah.

dah tentu akan ada lagi soalan dari isteri: Abang sayang saya? orang lain Abang Sayang tak .....hehe

Kalau kita kata: TIADA YANG LAIN ABANG SAYANG HANYA TIPAH SAHAJA.
pull stop tiada persoalan lagi ...yer tak.

lelebih pun Tipah Mon cakap , Bohong lah si Abang nie, kata sayang kita tapi bawak perempuan lain
bohong bohong

hahaha hiiiiiii huuuu

hehehe

salik

Jumlah posting: 888
Registration date: 27/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT [Part 2]

Post  zali on Mon Jul 13, 2009 10:22 pm

salik wrote:Kalau kita kata: TIADA YANG LAIN ABANG SAYANG HANYA TIPAH SAHAJA.
pull stop tiada persoalan lagi ...yer tak.


en salik...
jika telah di nafi dan isbat tapi penafiannya tidak menyeluruh
atau tepat bagaimana tu en salik?

contohnya begini...saya nafi [la] dan isbat [allah]
tapi saya masih tidak menafikan yang diri saya,kereta saya,
rumah saya dan lain-lain nya wujud.

zali

Jumlah posting: 280
Registration date: 09/12/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT [Part 2]

Post  salik on Mon Jul 13, 2009 10:48 pm

zali wrote:
salik wrote:Kalau kita kata: TIADA YANG LAIN ABANG SAYANG HANYA TIPAH SAHAJA.
pull stop tiada persoalan lagi ...yer tak.


en salik...
jika telah di nafi dan isbat tapi penafiannya tidak menyeluruh
atau tepat bagaimana tu en salik?

contohnya begini...saya nafi [la] dan isbat [allah]
tapi saya masih tidak menafikan yang diri saya,kereta saya,
rumah saya dan lain-lain nya wujud.


DAN JAWAPANNYA IALAH..........JENG JENG JEEEEEENGGGGG.


apa yang saya faham?
entah...saya pun tak faham.
tapi saya faham la.

apa yang saya faham?
entah...saya pun tak faham.
tapi saya faham la.

apa yang saya faham?
entah...saya pun tak faham.
tapi saya faham la.

berulang-ulang benda yang sama.

salik

Jumlah posting: 888
Registration date: 27/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT [Part 2]

Post  salik on Mon Jul 13, 2009 10:56 pm

zali wrote:
contohnya begini...saya nafi [la] dan isbat [allah]
tapi saya masih tidak menafikan yang diri saya,kereta saya,
rumah saya dan lain-lain nya wujud.


SORI LA BRO
YANG TADI TU SENGAL JEK.
ko nak nafikan zali ker hapa lagi....hehe
sebab zali pun dah tak der.

takkan nak kata la..la dan isbat Allah.

berapa banyak laaaaa daa
dari kecik sampai tua asyik nafiii jek.
isbat jer lerr
susah susah duduk dalam isbat terus macam tok batin tuh...selesai masaalah


Last edited by salik on Tue Jul 14, 2009 12:00 am; edited 1 time in total

salik

Jumlah posting: 888
Registration date: 27/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Page 5 of 6 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6  Next

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum