SUFI TAUHID FILOS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

AGAMA BAHA'I

Go down

AGAMA BAHA'I Empty AGAMA BAHA'I

Post  Merpati Putih Sat Jan 10, 2009 10:20 pm

Bahá'í
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Tapak Balai Keadilan Sedunia di Haifa, Israel, badan pentadbir bagi penganut Bahá'í

Agama Bahá'í ialah sebuah agama monoteisme (iaitu percaya bahawa Tuhan itu tunggal) yang mengikuti ajaran pengasas mereka Bahá'u'lláh (1817 - 1892). Agama ini diasaskan pada abad ke-19 di Persia (Iran). Bahai merupakan salah satu dari beberapa ugama yang cuba menggabungkan beberapa ugama yang berlainan menjadi satu ugama, contohnya Din-i-Ilahi yang diasaskan oleh Akbar Agung.

Agama Bahá'í adalah agama dunia termuda. Pengasasnya, Bahá'u'lláh menganggap bahawa setiap agama agung disampaikan oleh Pesuruh Allah—seperti Musa, Krishna, Buddha, Zarathustra, Jesus, Muhammad, dan terkini sekali adalah Báb — mewakili bahagian-bahagian dalam perkembangan kerohanian ketamadunan. Mereka percaya bahawa Bahá'u'lláh adalah Pesuruh terkini dalam turutan, dan membawa ajaran yang menangani cabaran moral dan kerohanian dunia moden. Oleh kerana itu, walaupun Ajaran Bahá'í tidak digolongkan kedalam agama Ibrahim, ia mengakui kebanyakan tokoh agung yang sama.

Amanat utama pesan Bahá'u'lláh (Kemuliaan Tuhan) ialah bahawa umat manusia terdiri dari satu bangsa sahaja dan bahawa pada suatu hari mereka harus bersatu. Beliau pernah berkata: "Dunia hanya terdiri dari satu negara, yang mana semua orang adalah warganya".
Kuil Báb di Haifa, Israel.

Agama Bahá'í berbeza dari agama Islam Syiah, tetapi muncul dari agama ini, seperti agama Kristian muncul dari agama Yahudi dan agama Buddha dari agama Hindu.

Terdapat sekitar 6 juta penganut Bahá'í di lebih daripada 200 negara-negara dunia. Markas utama agama ini berada di Haifa, Israel.


...bersambung
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum