SUFI TAUHID FILOS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PENGERTIAN 'AR RUH'

+11
dess
shazlida
prime
salik
kungkalikung
T R I N I T Y
mek
negro41
ferolled
nackea
Merpati Putih
15 posters

Page 4 of 4 Previous  1, 2, 3, 4

Go down

PENGERTIAN 'AR RUH' - Page 4 Empty Re: PENGERTIAN 'AR RUH'

Post  prime Thu Oct 08, 2009 12:58 am

Hanya 'Tuhan' jer yg mampu mengaku diriNya 'Tuhan'.
Adakah ujud ini selain dari 'Tuhan'?..
Dan mampukah sdr dess berkata2 kalau tanpa AR RUH/ daya 'Tuhan'?
Apakah patut 'Tuhan' tak mahu mengaku diriNya Tuhan'?
Janganlah jadi 'Tuhan' yang memperdayakan diriNya.

Jangan terpedaya dengan 'kepercayaan' dan 'konsep' kepebagaian ujud yang seolah2 terpisah2/ terlerai sifat2, nama2, perbuatan2. Keberadaan kedirian Insan cuma esa, tanpa berbilang2. Kelibat keberadaan hanya konsep pemikiran kesendirian yang seni dan lenyap semata2. Keseluruhannya dilingkupi olih 'minda'/ persepsi. Tidak ada ujud kecuali diri sendiri yang berpersepsi, terperi dan terdiri dengan sendirinya.

Sdr dess n Muhammad n Adam cuma sebahgian dari mimpi2ku.

Kedirianku/ An-Nafs/ Ar Ruh/ Daya bukannya benda, kalau bukan benda ia adalah tanpa permulaan dan akhiran.

Ilmu apakah lagi yang na' dicari selain dari KeEsaan Illahi? (Pencipta fantasia Duniawiyah = Transformasi mimpi2 kerdil)

salam bapak merpati...

tuhan itu sifatnya wujud dan mewujudkan....
mimpi2 / perasaan yg diperasankan cumalah ' bersifat baharu ' dimana semuanya lenyap ditelan detik2 zaman....
ianya sesuatu yg ' harus ' untuk diadakan dan ditiadakan berpandukan iradat nya...
andaikata ia sesuatu yg di sukai nescaya ia dikekalkan atau ditambah....
jika ia sesuatu yg tidak disukai kemungkinan ia disingkirkan dan digantilah ia dengan yg lain / baharu....

JIKA TIADA PENGASINGAN MASAKAN ADA PULA KESATUAN...
PENGASINGAN ITU ' BARZAKH ' DIALAM YG HENING
DAN KESATUAN PULA IBARAT CERMIN YG RETAK SERIBU....
MEMBALIKKAN/MEMBIASKAN WAJAH YG SATU DIDALAM PELBAGAI DIMENSI....
DIMANA SEBELUM DIMENSI TERCIPTA CUMA ADA RUANG.....
SUATU RUANG YG KOSONG CUMA!!!
prime
prime

Jumlah posting : 129
Registration date : 2009-04-01

Back to top Go down

PENGERTIAN 'AR RUH' - Page 4 Empty Re: PENGERTIAN 'AR RUH'

Post  ferolled Thu Oct 08, 2009 10:18 am

[quote="prime"]

JIKA TIADA PENGASINGAN MASAKAN ADA PULA KESATUAN...
PENGASINGAN ITU ' BARZAKH ' DIALAM YG HENING
DAN KESATUAN PULA IBARAT CERMIN YG RETAK SERIBU....
MEMBALIKKAN/MEMBIASKAN WAJAH YG SATU DIDALAM PELBAGAI DIMENSI....
DIMANA SEBELUM DIMENSI TERCIPTA CUMA ADA RUANG.....
SUATU RUANG YG KOSONG CUMA!!!

Sebelum RUANG KOSONG, ADA APA?
ferolled
ferolled

Jumlah posting : 253
Registration date : 2008-11-20

http://www.ondakompun.blogspot.com

Back to top Go down

PENGERTIAN 'AR RUH' - Page 4 Empty Re: PENGERTIAN 'AR RUH'

Post  prime Fri Oct 09, 2009 2:50 am

[quote="ferolled"]
prime wrote:

JIKA TIADA PENGASINGAN MASAKAN ADA PULA KESATUAN...
PENGASINGAN ITU ' BARZAKH ' DIALAM YG HENING
DAN KESATUAN PULA IBARAT CERMIN YG RETAK SERIBU....
MEMBALIKKAN/MEMBIASKAN WAJAH YG SATU DIDALAM PELBAGAI DIMENSI....
DIMANA SEBELUM DIMENSI TERCIPTA CUMA ADA RUANG.....
SUATU RUANG YG KOSONG CUMA!!!

Sebelum RUANG KOSONG, ADA APA?

tidak tahu....
iya bapak ferolled...
cuma ada ' perasaan ingin tahu ' kerana tidak tahu
kesemuanya ' telah dikosongkan '
prime
prime

Jumlah posting : 129
Registration date : 2009-04-01

Back to top Go down

PENGERTIAN 'AR RUH' - Page 4 Empty Re: PENGERTIAN 'AR RUH'

Post  Merpati Putih Fri Oct 09, 2009 2:56 am

salam bapak merpati...

tuhan itu sifatnya wujud dan mewujudkan....
mimpi2 / perasaan yg diperasankan cumalah ' bersifat baharu ' dimana semuanya lenyap ditelan detik2 zaman....
ianya sesuatu yg ' harus ' untuk diadakan dan ditiadakan berpandukan iradat nya...
andaikata ia sesuatu yg di sukai nescaya ia dikekalkan atau ditambah....
jika ia sesuatu yg tidak disukai kemungkinan ia disingkirkan dan digantilah ia dengan yg lain / baharu....

sdr prime,

emang bener, dari 'tiada' kepada 'ada'.. diperbaharui ada2an senisbah tranformasi.. namun kemudianya akan menjadi lakaran2 lukisan ketika saat berlalu.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

PENGERTIAN 'AR RUH' - Page 4 Empty Re: PENGERTIAN 'AR RUH'

Post  ferolled Fri Oct 09, 2009 10:35 am

[quote="prime"]
ferolled wrote:
prime wrote:

JIKA TIADA PENGASINGAN MASAKAN ADA PULA KESATUAN...
PENGASINGAN ITU ' BARZAKH ' DIALAM YG HENING
DAN KESATUAN PULA IBARAT CERMIN YG RETAK SERIBU....
MEMBALIKKAN/MEMBIASKAN WAJAH YG SATU DIDALAM PELBAGAI DIMENSI....
DIMANA SEBELUM DIMENSI TERCIPTA CUMA ADA RUANG.....
SUATU RUANG YG KOSONG CUMA!!!

Sebelum RUANG KOSONG, ADA APA?

tidak tahu....
iya bapak ferolled...
cuma ada ' perasaan ingin tahu ' kerana tidak tahu
kesemuanya ' telah dikosongkan '

YA TUAN PRIME.

Tidak tahu = Tidak sadar = LUPA = INSAN
Jika INSAN maka pulanglah semula pada TUBUH yang berdarah ini. TIDAK KEMANA.

Benarkah ini? Sila perdengarkan pendapat tuan2.
ferolled
ferolled

Jumlah posting : 253
Registration date : 2008-11-20

http://www.ondakompun.blogspot.com

Back to top Go down

PENGERTIAN 'AR RUH' - Page 4 Empty Re: PENGERTIAN 'AR RUH'

Post  hamim Fri Oct 09, 2009 11:51 pm

KUNTUM MINNALLAH..............
Allah beserta kamu dimana sahaj kamu berada.....
tidakkah mereka memikirkan apa yg ada didalam badan mereka sendiri

hamim

Jumlah posting : 94
Registration date : 2009-02-01

Back to top Go down

PENGERTIAN 'AR RUH' - Page 4 Empty Re: PENGERTIAN 'AR RUH'

Post  nurhaq Sat Jan 16, 2010 4:52 am

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya,baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui" (Yasin ayat 36)

"Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan (Zukhruf ayat 12)

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah". (Adz Dzaariyaat ayat 49)

"dan Kami jadikan kamu berpasang-pasangan," (An Naba' ayat Cool

PASANGAN - PASANGAN

1. OTAK (Boleh disentuh/dilihat) = AKAL (Tak boleh disentuh/lihat (ghaib)

2. JANTUNG (Boleh disentuh/dilihat) = HATI (Tak boleh disentuh/lihat (ghaib)

3. JASAD (Boleh disentuh/dilihat) = ROH (Tak boleh disentuh/lihat (ghaib)

4. SIFAT (Boleh disentuh/dilihat) = ZAT (Tak boleh disentuh/lihat (ghaib)

5. SYARIAT = HAKIKAT


Dalam persoalan pokok kelapa, yang mana satu KELAPA.... Manusia tak akan dapat menzahirkan yangmana satu "KELAPA" cuma manusia hanya boleh menunjukkan/menyentuh BATANG KELAPA, BUAH KELAPA, AKAR KELAPA,TEMPURUNG KELAPA, MINYAK KELAPA...namun yang di namakan KELAPA itu sendiri tidak mampu di hadirkan oleh manusia.....(atau ia akan jadi fantasi/andaian)

BATANG KELAPA, BUAH KELAPA DLL KELAPA INI SEMUANYA SIFAT KELAPA DAN KELAPA ITU SENDIRI ADALAH ZAT.... Sifat akan hancur tetapi zat itu kekal....sebagai contoh... walau pokok kelapa itu di tebang habis namun KELAPA tetap tidak binasa ....ATAU APABILA DUNIA KIAMAT SEGALA SIFAT-SIFAT ITU BINASA YANG TINGGAL HANYA ZAT ALLAH..... seluruh manusia akan sependapat bahawa apa yang dilihat(melalui sifat) adalah pokok KELAPA dan tak mungkin menjadi pokok PELAM...

BEGITU JUGA DALIL DAN BUKTI.....SETIAP YANG BERDALIL PASTI DIIRINGI DENGAN BUKTI (pasangan).....

Jika demikian, adakah sama mereka itu dengan orang- orang yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti
yang terdapat dari (benda-benda yang diciptakan oleh) Tuhannya, dan diikuti oleh Kitab Suci Al-Quran (Dalil) memberi kenyataan - sebagai saksi dari pihak Tuhan meneguhkan bukti yang tersebut dan sebelum itu, (Hud : 17)


ALLAH memberi manusia MELIHAT agar manusia tau apa itu MELIHAT (sebagai bukti kepada dalil al quran).... pikirkan kalau Allah jadikan semua manusia itu BUTA.... BAGAIMANA MANUSIA NAK TAU ATAU MENGENAL APA ITU MELIHAT DAN BAGAIMANA YANG DINAMAKAN "MELIHAT"....KALAU TAK FAHAM APA ITU MELIHAT justeru itu BAGAIMANA MANUSIA NAK MEMPERAKUI ATAU MENGETAHUI BAHAWA ALLAH ITU MAHA MELIHAT sedangkan apa itu melihat pun dia tak tau....BEGITU JUGA MENDENGAR (BAGAIMANA KALAU KEJADIAN MANUSIA ITU SEMUANYA PEKAK),PIKIRKAN KALAU ALLAH KATAKAN BAHAWA ALLAH ITU MENDENGAR DAN MAHA MENDENGAR.... MANUSIA SEMUA AKAN BERIMAN DAN PERCAYA PADA SESUATU YANG MEREKA SENDIRI TAK PERNAH TAU....

DAN DEMIKIAN JUGA DENGAN CIPTAAN HAWA....AGAR MANUSIA ITU KENAL AKAN APA ITU KASIH DAN APA ITU SAYANG, DAN DARI SITU PULA MANUSIA AKAN FAHAM BAHAWA SESUNGGUHNYA ALLAH ITU LAGI MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG (BAGI ORANG NAK BERFIKIR)....

Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. (Qs. Ar. Ruum (30) : 21).

nurhaq

Jumlah posting : 47
Registration date : 2010-01-11

Back to top Go down

PENGERTIAN 'AR RUH' - Page 4 Empty Re: PENGERTIAN 'AR RUH'

Post  nurhaq Sat Jan 16, 2010 5:28 am

Cerita Dongeng.......


Seorang Raja yang adil dan benar lagi bijaksana mengatakan kepada seluruh rakyatnya.......
"Didalam gudangku yang Aku perbuat dari “emas permata yang berkilauan” ada tersimpan "emas permata (kekayaan) milikku" yang amat banyak dan tiada ternilai banyaknya sekaligus menyatakan bahawa kesemua harta di dalam gudang tersebut adalah milik rakyatnya juga.…." Akan tetapi si raja yang bijaksana itu menutup dan mengunci rapat pintu gudang indahnya sehingga mustahil dan amat mustahil boleh di intai atau di buka oleh sesiapa yang mana kunci gudang itu disimpan oleh Raja yang benar lagi pemurah..
Raja itu juga melarang kepada seluruh rakyatnya mengintai atau membuka pintu gudangnya dan jika sesiapa yang berbuat demikian si Raja akan menghukum pancung…. akan tetapi ada dikalangan rakyatnya yang amat berminat (merasakan dirinya pandai) untuk melihat (mengetahui) isi emas permata didalam gudang Tuanku (miliknya juga),kerana “SANGSI SERTA KELIRU” terhadap apa yang raja mereka katakan… jadi rakyatnya itu tadi mencuba dan mencuba untuk melihat benarkah raja ini menyimpan emas permata (kekayaan) miliknya didalam gudangnya.. setelah bersusaha dengan segala kaedah akal yang bagi mereka ini amat bijak.....akhirnya mereka gagal untuk untuk melihat emas permata itu…

dan bila pulang ke kampong halaman mereka, orang kampung mereka bertanya… benarkah raja kita mempunyai emas permata yang tersimpan didalam gudangnya seperti apa yang raja kita katakan…?? Lalu mereka ini yang merasa dirinya pandai dan hebat atau dengan perasaan kecewa kerana gagal dan mungkin malu menjawab….. “Tidak ada apa-apa yang ada dalam gudangnya (kosong) kecuali aku lihat gudang raja kita di perbuat dari emas permata yang berkilau-kilau yang amat tinggi kiluannya sehingga membuatkan mata kami kabur serta silau dan sememangnya raja kita itu amat kaya dan terlalu kaya dan sesungguhnya raja kita bertitah akan menghukum kepada sesiapa sahaja yang mengintai (padahal rakyat ini telah berusaha untuk mengintai tetapi gagal) dan ketahuilah bahawa Raja kita itu memang kaya yang didalam gudangnya itu tersimpan sejuta kekayaan….sambil berpesan lagi ,jika sesiapa yang mengintai emas permata di dalam gudang raja, nescaya Raja akan menghukum pancung…Dan orang kampong tadi pun tergamam mendengar cerita orang tadi lalu dengan bersemangat menyampaikan pula kepada orang lain tentang pengalaman orang tadi..

Dan bila ditanya kepada orang kampung itu tadi, "benar tak didalam gudang itu ada emas permata yang tak ternilai seperti apa yang khabarkan si raja?? ".....Orang kampong tadi pun menjawab… (seolah-olah dia tahu) “Tiada apa yang tersimpan di dalam gudang itu …yang ada hanya kekayaan Raja…..” dan jika sesiapa yang mengatakan didalam gudang itu ada emas permata, nescaya raja akan menghukum pancung dengan membuat andaian ( jika sesiapa yang mengatakan didalamnya ada emas permata sudah pasti yang dia sudah mengintai dan melihat (tahu) sekali gus melanggar perintah raja….dan akan di hukum pancung)


Akan tetapi ada rakyat yang yakin kepada perkataan raja yang benar lagi bijaksana tadi tentang apa yang diperkatakan perihal gudang serta isinya sekali tanpa mengintai dan membuat andaian atas perkataan raja itu…. Dan rakyat yang taat itu melihat dan memahami dengan sebenar-benarnya faham atas apa yang tersirat dan tersurat perihal gudang serta isinya …

Yangmana rakyat ini kenal bahawa gudang itu di perbuat dari “emas permata yang berkilauan” yang didalamnya tersimpan pula banyak dan terlalu banyak serta amat banyak “emas permata yang berkilauan” yang cahaya gemilang dari emas permata didalam gudang menyebabkan gudang yang diperbuat dari “emas permata yang berkilauan” terus berkilau dan dan tetap berkilau sehingga kilauan gudang itu membuatkan seluruh mata yang melihat silau dan kabur dalam memerhatikan keindahan gudang raja tersebut…. dan seterusnya rakyat yang taat ini pula tahu, jika mereka dapat mengintai “emas permata” yang ada didalam gudang raja tersebut nescaya akan hancur berkecai lalu mati dirinya disitu juga sebelum sempat dihukum pancung oleh si raja yang amat bijaksana dan mengetahui serta empunya kepada gudang “emas permatanya” tempat tersembunyi harta “emas permatanya” yang disimpan didalam gudang yang diperbuat dari “emas permata” ………

PELAKON DALAM KISAH DONGENG DIATAS

ORANG KAMPUNG = ANGGOTA BADAN
GUDANG (EMAS PERMATA) = JASAD
RAHSIA GUDANG (EMAS PERMATA) = ROH
RAKYAT "YANG PANDAI" = AKAL
RAJA = HATI

YANG TAK ADA DALAM CERITA TU MAHARAJA.....SEBAB MAHARAJA SUKA SEMBUNYI.....

MAHARAJA = FANTASI PENULIS (PENGARAH)
PENULIS (PENGARAH) = ?????...........
SIAPA TAU PENULIS DONGENG NI.... KALAU TAU.... KO KENAL TAK.....? AKU TAK KENAL PUN KO SIAPA..... USAH BERFANTASIA.... TAPI KALAU TAK BERFANTASIA MACAMANA NAK MENULIS CERITA DONGENG...... confused

nurhaq

Jumlah posting : 47
Registration date : 2010-01-11

Back to top Go down

PENGERTIAN 'AR RUH' - Page 4 Empty Re: PENGERTIAN 'AR RUH'

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 4 of 4 Previous  1, 2, 3, 4

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum