SUFI TAUHID FILOS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN

+2
ferolled
Merpati Putih
6 posters

Go down

UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN Empty UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN

Post  Merpati Putih Tue Dec 23, 2008 8:25 pm

• Elemen2 manusia pada tesisnya menyinggung pencetus ide2 ugama2. Tesis2 adalah khayalan ilmu yang bersetempat pada minda/ roh/ Insan. Insan Kamil memandang ujud ini adalah ugama/ khayalan ada.

• Ujud/ Manifestasi zat minda seolah2 ada gambaran2, bentuk2, sifat2, warna2…. ‘Illusory Reflection of the Mind’
Komposisi tubuh manusia pada segi sains.

Berat elemen dinisbahkan bagi satu 70 kg (154 lb) individu.
oxygen 43 kg (61%, 2700 mol)
carbon 16 kg (23%, 1300 mol)
hydrogen 7 kg (10%, 6900 mol)
nitrogen 1.8 kg (2.5%, 129 mol)
calcium 1.0 kg (1.4%, 25 mol)
phosphorus 780 g (1.1%, 25 mol)
potassium 140 g (0.20%, 3.6 mol)
sulfur 140 g (0.20%, 4.4 mol)
sodium 100 g (0.14%, 4.3 mol)
chlorine 95 g (0.14%, 2.7 mol)
magnesium 19 g (0.03%, 0.78 mol)
iron 4.2 g
fluorine 2.6 g
zinc 2.3 g
silicon 1.0 g
rubidium 0.68 g
strontium 0.32 g
bromine 0.26 g
lead 0.12 g
copper 72 mg
aluminum 60 mg
cadmium 50 mg
cerium 40 mg
barium 22 mg
iodine 20 mg
tin 20 mg
titanium 20 mg
boron 18 mg
nickel 15 mg
selenium 15 mg
chromium 14 mg
manganese 12 mg
arsenic 7 mg
lithium 7 mg
cesium 6 mg
mercury 6 mg
germanium 5 mg
molybdenum 5 mg
cobalt 3 mg
antimony 2 mg
silver 2 mg
niobium 1.5 mg
zirconium 1 mg
lanthanum 0.8 mg
gallium 0.7 mg
tellurium 0.7 mg
yttrium 0.6 mg
bismuth 0.5 mg
thallium 0.5 mg
indium 0.4 mg
gold 0.2 mg
scandium 0.2 mg
tantalum 0.2 mg
vanadium 0.11 mg
thorium 0.1 mg
uranium 0.1 mg
samarium 50 µg
beryllium 36 µg
tungsten 20 µg

• Dan setiap elemen ini terdiri dari nucleus, protons, electrons ZAT MANUSIA.

Begitulah anggapan2 hipotesis saintis2. Bagaimanapun hipothesis2 hanya kaedah pembimbingan kearah kesyumulan zat Illahiyat.


Last edited by Merpati Putih on Sun Jan 18, 2009 5:57 pm; edited 1 time in total
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN Empty Re: UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN

Post  ferolled Mon Dec 29, 2008 11:29 am

Lanjutan dari;
E=MC2
Tuhan = Tubuh x (Nur Allah)(Nur Muhammad)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hukum gerakan Newton pertama menyatakan bahawa
"Sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya, iaitu dalam keadaan pegun atau dalam keadaan halaju seragam jika tiada daya luar bertindak ke atas objek itu"

Ditafsirkan;
1) Keadaan pegun ialah keadaan Sang Pencipta yang khayal dibuai oleh fantasiNYA.
2) Keadaan pergerakan seragam ialah fantasi Sang Pencipta yang bersambung-sambung tanpa henti.
3) Daya Luar ialah diri Sang Pencipta itu sendiri.
Mungkinkah Sir Ishak Newton tahu akan tafsiran di atas tetapi ia menyembunyikannya. Mungkin hadhir ketakutan asbab tekanan gereja yang
menggelarkannya GILA/ISIM. Nyatanya dia akhirnya dibunuh (jika tak silap).

Dan sebagai tambahan...
Mengikut Prinsip Keabadian, tenaga tidak boleh hilang atau dimusnahkan tetapi ia boleh di tukar kepada bentuk yang lain.
Adakah teori mengatakan E = TUHAN itu sahih?
Kerana TUHAN itu tidak akan musnah namun sifatnya boleh betukar-tukar mengikut fantasiNya.

Adakah Ishak Newton, Elbert Einstein, Al-Hallaj & Wali Songo datang dari satu kapal?
Kapal yang ditentang oleh ahli agama akan pelayarannya...

Yang terpercik di minda ialah ahli agama semestinya ahli agama,
dan ahli ketuhanan mungkin dari kalangan ahli agama, saintis, pemuzik, profesional, tukang, Islam, Kristian, Hindu, etc.

AKU PULANGKAN KEPADA KALIAN (YANG TEBANYAK)
ferolled
ferolled

Jumlah posting : 253
Registration date : 2008-11-20

http://www.ondakompun.blogspot.com

Back to top Go down

UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN Empty Re: UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN

Post  ferolled Thu Jan 01, 2009 2:16 pm

Di keheningan pagi semalam, aku berasa bosan pada fantasiku. Lalu ku capai pisau di tangan kanan terus memenggal tangan kiriku. Ku potong kepada dua bahagian. Ku capai bahagian yang atas tinggalkan bahagian yang bawah (siku, lengan bawah dan telapak tangan beserta jari jemari).

Pangkal lengan kiri ku lapah perlahan-lahan, cermat, teliti dan seni. Apa ada pada kulit. Ku siat kulit lalu ku campak kulit. Kelihatan otot. Oh, otot bicep rupanya. Di cari pertemuan antara otot-otot itu. Ku ceraikan ia menjadi kepingan tisu-tisu. Nampak nyata bahawa otot tadi adalah lapisan-lapisan tisu.

Dengan rasa lenguhan di tangan kanan beserta bantuan kedua belah tapak kaki aku racik-racik satu lapisan tisu kepada satu zarah yang paling halus. Aku bisa melihat tisu adalah terdiri dari sel-sel yang seakan bercantum antara satu dengan lain. Engkau rupanya sel. Banyaknya engkau. Tak terkira. Mana mungkin terkira. Akan terus ku terobos.

Puas aku setelah dapat mengasingkan satu sel dari yang lain. Agak perih jua ceritanya. Kini jelas diri sel itu terbahagi pula pada tiga bahagian. Yang luar digelar membrane (sifatnnya pilih kasih atau separa telap) yang meliputi keseluruhan badan sel. Di bahagian dalam terdapat cecair yang biasa dikenal dengan nama cytoplasm. Di teras sel kelihatan satu kawasan kehitaman/gelap. Setelah di selidiki sah namanya nucleus sel.
Ku rehat sebentar. Di teguk kopi separuh cawan kemudian ku sambung aktiviti memecahkan sel. Agak sukar untuk memecahkan membrance sel menggunakan pisau maupun pisau itu sudah cukup tajam. Lastas ku capai serbuk kaca lalu ku gaul bersama satu sel tadi. Ku empar keduanya di dalam pengisar. Hah, pecah pun engkau. Ini senjata untuk menyatakan bahwa sel tidak kekal. Fokus ku hanya satu. Menerobos nucleus sel yang kehitaman itu.

Ku belah nucleus lalu terpancut cecair. Di dalamnya ada rantaian. Rantaian yang terdiri dari rerantai chromosome. Menuju arah yang lenih seni maka ku perhalusi rerantai chromosome itu kepada satu rantai tunggal. Ya, terasing jua. Di amati sedalam-dalamnya. Jelas kelihatan rantai chromosome ini terbina dari sekumpulan protien. Protien ini pula terdiri dari kumpulan-kumpulan asid amino (amino acid) yang diikat oleh bes-bes. Iktatan mesra ini mashur dengan panggilan DNA.

Penguraian tadi berjaya mengesahkan bahawa dua rantaian asid yang ditengah-tengahnya diikat oleh bes (yang bersifat alkali,pahit). Dengan menolak bes, aku ambil rantaian asid amino saja. Susunan asid amino pada DNA jua dikenali sebagai gen (genetic). Gen dikatakan adalah sifat warisan yang diturunkan melaui zuriat keturunan. Generasi ke generasi.
Dari satu rantaian ku asingkan asid amino tadi kepada satu. Ku teropong kedalamnya kelihatan ia terbina dari unsur-unsur Carbon, Hydrogen, Nitrogen dan Oksigen. Empat sekawan! Macam biasa jumpa. Dari empat ku pilih satu iaitu unsur carbon. Nasib kau lah wahai si carbon. Kau akan ku belah. Ku turuti teori belahan atom sebagai panduan (kononnya). Kelihatan carbon terdiri satu bulatan yang mempunyai teras di dalamnya. Ini rupanya atom carbon.

Pada sebuah atom daya yang bertindak di bahagian luar ditafsirkan sebagai cas negatif (elektron) manakala daya yang terdapat pada teras/nukleus atom ditafsirkan sebagai cas positif (proton). Jadi kelihatan atom merupakan lingkungan daya-daya yang bertindakbalas di antaranya. Saiz lingkungan berkadar terus dengan nilai daya yang bertindak balas. Sekiranyanya daya luar lebih besar maka atom tersebut akan di katakan bercas negatif dan sekira daya bahagian dalam lebih besar nilainya dari daya luar maka atom tersebut akan diistiharkan bercas positif.

Di daerah ini, tampak atom sebanarnya bukanlah satu pepejal /jasad. Ianya terdiri dari daya-daya yang termampat seperti mampatnya udara di dalam belon. Daya-daya yang bertindak balas dalam sesuatu atom mewujudkan tenaga pada suatu ruang yang kosong! Kerasnya TENAGA yang terhasil dari mampatan daya-daya itu menjadikan ia seolah-olah ia berjasad! Maka disimpulkan jasad yang kelihatan buana ini hanyanya sebuah TENAGA atau ENERGY!

S. Benarkah teori feROLLed Einstein yakni;
E, energy/TUHAN = m, mass/jisim/tubuh X c2, (halaju cahaya)2/(Nur Allah.Nur Muhammad)

atau ringkasnya ; E = Tubuh.NurAllah.NurMuhammad

Ini diperkuatkan lagi bahwa magic/besar/unggulnya SANG ENERGY ini melalui Prinsip Keabadian Tenaga dan Hukum Newton Pertama oleh Sir Ishak Newton.

Atau kalian potonglah tubuh kalian dan cuba-cubalah bereksperimen dengannya. Aku pulangkan pada kalian (yang terbanyak)
ferolled
ferolled

Jumlah posting : 253
Registration date : 2008-11-20

http://www.ondakompun.blogspot.com

Back to top Go down

UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN Empty Re: UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN

Post  Merpati Putih Thu Jan 08, 2009 8:20 pm

Di daerah ini, tampak atom sebanarnya bukanlah satu pepejal /jasad. Ianya terdiri dari daya-daya yang termampat seperti mampatnya udara di dalam belon. Daya-daya yang bertindak balas dalam sesuatu atom mewujudkan tenaga pada suatu ruang yang kosong! Kerasnya TENAGA yang terhasil dari mampatan daya-daya itu menjadikan ia seolah-olah ia berjasad! Maka disimpulkan jasad yang kelihatan buana ini hanyanya sebuah TENAGA atau ENERGY!

Sekiranya keseluruhan Jasad Alam ini diperkecilkan kembali kepada jirim Atom2 yang mengandungi proton, neucleus, ions, maka kehidupan akan cuma berkisar kepada jirim2 yang sentiasa berterbangan dilapangan luas minda.. Tujuan 'hayat' telah mencapai sasarannya. No problem, no hal, tiada dengki khianat, tiada untung, tiada rugi..... begitukah persepsi sdr. ? cyclops cyclops
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN Empty Re: UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN

Post  ferolled Sun Jan 11, 2009 12:51 pm

Bila kita terarah menerobos ke ruang terdalam pada sesuatu jasad didapati zarah yang yang paling seni diterokai (setakat ini) ialah atom. Atom yang terdiri dari sub-atom yakni elektron (di bahagian luar) serta proton dan neutron (di dalam nekleus atom). Pelbagai teori diterbitkan oleh saintis-saintis yang terdahulu seperti John Dalton, Sir J.J. Thompson, Earnest Rutherford dan James Chadwick (sekadar menyebut beberapa nama Eropah) yang kebanyakannya menggambarkan sub-atom ini dalam bentuk bebola yang berputar pada petalanya laksana bumi mengelilingi matahari. Dinyatakan juga bahwa di antara sub-atom ini wujud daya-daya yang menjadi siraturahim antara keduanya.

Jasad atom adalah terdiri dari dua awanan daya yang menarik antara satu sama lain. Daya yang pertama ialah elektron yang mencapah keluar dari nukleus atom manakala daya kedua yakni proton yang bertindak umpama daya graviti bagi atom, menarik elektron ke teras/dalam atom. Kewujudan gariviti oleh proton mewujudkan atom seolah-olah satu bebola yang bersempadan / berjasad.

Keseimbangan elektron dan proton menjadi penentu kepada kestabilan sesuatu jasad atom. Ketidakseimbangan akan menyebabkan atom tersebut bercas atau tidak stabil. Keadaan ini akan mencetuskan kepada penghasilan tenaga gerakan/kinetik oleh atom tersebut. Ianya juga akan membuatkan atom itu cenderung untuk bertindak balas / bergabung dengan atom tidak stabil yang lain bagi membentuk satu molekul yang stabil. Situasi ini yang telah membentuk molekul air (H2O). Air terjadi dari gabungan dua atom hidrogen dengan satu oksigen yang tidak stabil bagi membentuk satu molekul air yang tidak bercas. Begitu juga pengabungan atom-atom hidrogen, oksigen, karbon dan nitrogen yang membentuk DNA seterusnya berkembang menjadi manusia/haiwan. Seterusnya, ketidakstabilan daya oleh atom udara telah mengakibatkan angin manakala kestabilan daya pula menghasilkan jasad-jasad yang seolah-olah pegun seperti batuan dan logam.

Di daerah seni ini kita diperyakini bahwa alam ini sebenarnya terdiri dari satu unsur yakni DAYA. Zat DAYA yang ghaib hidup secara TUNGGAL lagi ESA. Daya yang membahagi kepada dua yakni cas-cas positif dan negatif yang seterusnya berpadu membentuk tenaga yang termampat yang kemudiannya berubah menjadi satu jasad yang bersifat dinamai atom. Gabungan atom-atom seterusnya membentuk alam yang dapat dinikmati oleh pacaindera kita yang lima melalui organ-organ tubuh yang jua terdiri dari daya-daya yang berpadu!

Maka apa lagi yang ingin kita banggakan pada jasad yang terperi ini? Tidakkah semuanya terdiri dari satu unsur yakni DAYA? Daya jualah yang mewujudkan tubuh nabi maupun badan babi! Daya menjadi material seni bagi Wali maupun material keluli bagi kuali! Tubuh yang hidup ,platlet darah yang membawa oksigen , neuron pada otak, sel yang bermetobolisma, enzim yang mencerna makanan menjadi tahi, degupan pada jantung, signal pada sistem limfa melalui tulang belakang, antibodi yang memusnahkan bateria jahat, bicep dan triceps yang bermotor malah apa jua jasad adalah DAYA. Tiada apa yang lebih mulia dari lainnya!

Maka apalagi nak diperkatakan melainkan dari DAYA jualah asal aku, kamu dan dia.
ferolled
ferolled

Jumlah posting : 253
Registration date : 2008-11-20

http://www.ondakompun.blogspot.com

Back to top Go down

UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN Empty BAYANGAN ROH

Post  Merpati Putih Sun Jan 11, 2009 1:34 pm

Buangkanlah bahan materi dari taman
BaQikan yang seni dan ringan diFantasia.
Taman ‘seolah2 realiti’ telah lenyap.
Yang tinggal cuma bayangan roh dari taman
.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN Empty Re: UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN

Post  Merpati Putih Sun Jan 11, 2009 1:39 pm

Maka apa lagi yang ingin kita banggakan pada jasad yang terperi ini? Tidakkah semuanya terdiri dari satu unsur yakni DAYA? Daya jualah yang mewujudkan tubuh nabi maupun badan babi! Daya menjadi material seni bagi Wali maupun material keluli bagi kuali! Tubuh yang hidup ,platlet darah yang membawa oksigen , neuron pada otak, sel yang bermetobolisma, enzim yang mencerna makanan menjadi tahi, degupan pada jantung, signal pada sistem limfa melalui tulang belakang, antibodi yang memusnahkan bateria jahat, bicep dan triceps yang bermotor malah apa jua jasad adalah DAYA. Tiada apa yang lebih mulia dari lainnya!

Maka apalagi nak diperkatakan melainkan dari DAYA jualah asal aku, kamu dan dia.

Satu hipotesis yang mengerikan dari kajian2 saintifik, yang 'MEMBUKA RAHSIA KEESAAN'.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN Empty Re: UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN

Post  ferolled Mon Jan 12, 2009 5:20 pm

[color=blue]Satu hipotesis yang mengerikan dari kajian2 saintifik, yang 'MEMBUKA RAHSIA KEESAAN'.

Sains menemukan daya. Tapi apakah DAYA?
ferolled
ferolled

Jumlah posting : 253
Registration date : 2008-11-20

http://www.ondakompun.blogspot.com

Back to top Go down

UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN Empty Re: UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN

Post  mek Thu Jan 15, 2009 12:40 pm

Non existance in reality drunken

mek

Jumlah posting : 267
Registration date : 2008-11-20

Back to top Go down

UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN Empty Re: UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN

Post  zali Fri Jan 16, 2009 9:47 am

ferolled wrote:[color=blue]Satu hipotesis yang mengerikan dari kajian2 saintifik, yang 'MEMBUKA RAHSIA KEESAAN'.

Sains menemukan daya. Tapi apakah DAYA?

bagaimana sains dapat menemukan daya sedangkan daya tidak kelihatan?
untungnya kalau dapat tengok daya...

tapi kat kl ada satu daya yang dapat di lihat...
...dayabumi...hu hu...
zali
zali

Jumlah posting : 282
Registration date : 2008-12-09

Back to top Go down

UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN Empty Re: UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN

Post  ferolled Fri Jan 16, 2009 9:57 am

zali wrote:
ferolled wrote:[color=blue]Satu hipotesis yang mengerikan dari kajian2 saintifik, yang 'MEMBUKA RAHSIA KEESAAN'.

Sains menemukan daya. Tapi apakah DAYA?

bagaimana sains dapat menemukan daya sedangkan daya tidak kelihatan?
untungnya kalau dapat tengok daya...

tapi kat kl ada satu daya yang dapat di lihat...
...dayabumi...hu hu...

Hanya yang dapat melihat yang nampak. Mungkin? Shocked
ferolled
ferolled

Jumlah posting : 253
Registration date : 2008-11-20

http://www.ondakompun.blogspot.com

Back to top Go down

UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN Empty Re: UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN

Post  shazlida Fri Jan 16, 2009 11:12 am

zali wrote:bagaimana sains dapat menemukan daya sedangkan daya tidak kelihatan?

Dengan menterbalikkan perkataan daya = ayad (ayat/membaca/mengaji). clown
shazlida
shazlida

Jumlah posting : 161
Registration date : 2008-12-30

http://caturist.blogspot.com

Back to top Go down

UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN Empty Re: UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN

Post  ferolled Fri Jan 16, 2009 12:13 pm

shazlida wrote:
zali wrote:bagaimana sains dapat menemukan daya sedangkan daya tidak kelihatan?

Dengan menterbalikkan perkataan daya = ayad (ayat/membaca/mengaji). clown

HEBAT! Sleep
ferolled
ferolled

Jumlah posting : 253
Registration date : 2008-11-20

http://www.ondakompun.blogspot.com

Back to top Go down

UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN Empty Re: UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN

Post  ferolled Wed Jan 21, 2009 6:16 pm

MP Quote:
"sdr shazliza,
Jasad ta' hancur.. dan ta' akan pernah hancur, ta' pernah dikandung tanah.. jasad, (keseluruhan anggota 'Insan') hanyalah khayalan Roh/ Zat semata2. 'sesuatu yang bersifat zat mutlaq.. bagaimanakah akan ada ia bersifat hancur?'
Jasad 'Insan' bukannya dari tanah, air, api, angin... PENEROKAAN AL QUDDHUS".


Setelah setiap insan dikebumikan, dibakar atau umumnya MATI, akan tiba segerombolan bakteria yang akan mengurai/mencerai/memecahkan akan jasad tadi kepada zarah-zarah yang lebih seni yakni kepada molekul dan atom. Zarah-zarah ini dikeadaankan tidak seimbang menyebabkan ia cendrung bertindak balas dengan atom2 lain di dunia ini. Sekiranya atom karbon (intipati tubuh) bertindak balas dengan atom hidrogen dari air maka terbentuklah ikatan hidrokarbon yakni bahan petroleum i.e metana, propana, butana dan na na yang lain. Maka dari jasad manusia bertukar menjadi petroleum.
Ditakdirkan pula ia bergabung dengan ikatan OH maka bertukarlah pula ia menjadi kumpulan alkohol yang menjadi intipati utama bagi arak. Dari manusia yang sempurna bertukar ia menjadi sumber tenaga bagi kenderaan dan menjadi khamar yang haram. Ditakdirkan pula arak tersebut diminum oleh manusia dan pastinya atom karbon tadi menjadi jasad yang sempurna semula. Indahnya kejadian ini!
Apa yang dijelaskan disini hanya untuk menyatakan bahwa atom yang terdiri dari daya-daya (zat tenaga) itu adalah kekal. Yang berubah hanyalah penggabungannya yang mewujudkan jasad-jasad yang berbeza.
Tidakkah daya itu bersifat MUTLAK (YANG KEKAL, YANG MENCAKUPI KESELURUHAN BUANA INI)?

Siapakah daya?
Dimana pula KEMATIAN? (Mungkin ini yang cuba disampaikan AR-RUMI dalam puisinya-Posting Tuan MP dalam Hakikat Kematian).


-Sumber : Buku teks KBSM dan teori KEYAHUDIAN.
Nota : Penghasilan arak dalam industri adalah dari proses penapaian (lebih murah) bukan dari tindak balas hidrokarbon seperti yang
dinyatakan. Namun tindakbalas tersebut boleh berlaku.
ferolled
ferolled

Jumlah posting : 253
Registration date : 2008-11-20

http://www.ondakompun.blogspot.com

Back to top Go down

UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN Empty Re: UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN

Post  zali Fri Jan 23, 2009 3:57 pm

ferolled wrote:Apa yang dijelaskan disini hanya untuk menyatakan bahwa atom yang terdiri dari daya-daya (zat tenaga) itu adalah kekal. Yang berubah hanyalah penggabungannya yang mewujudkan jasad-jasad yang berbeza.

bunyinya macam reincarnation je...
zali
zali

Jumlah posting : 282
Registration date : 2008-12-09

Back to top Go down

UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN Empty Re: UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN

Post  Merpati Putih Fri Jan 23, 2009 4:25 pm

UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN 200px-Muhammed_Rumi
Apa yang harus aku lakukan,
Tunduk kepada Tuhan?

Aku tidak mengetahui siapa diriku


Aku bukan Kristen maupun Yahudi,

baik muslim maupun Zoroastria,

Aku bukan dari barat atau timur,

bukan dari tanah atau laut,
bukan aliran dari alam,
maupun dari bebola dari cakrawala,


Tidak dari tanah, bukan dari air,

bukan udara, bukan api.

Aku bukan dari langit tertinggi,

bukan dari dunia ini,

bukan dari keberadaan, bukan tiada.


Aku bukan dari India,
bukan dari Cina,

bukan dari Bulgar, bukan dari Saqsin,

bukan dari kalangan kedua Iraqs,

bukan dari tanah Khurasan


Aku bukan dari dunia, bukan dari luar,

bukan dari langit dan bukan dari neraka.

Aku bukan dari Adam, bukan dari Hawa,

bukan dari surga dan bukan dari Ridwan.


Tempatku tanpa ruang, jejakku tanpa jejak,
tanpa jasad, tanpa jiwa,
aku adalah Ruh dari jiwa-jiwa.
Aku hakiskan ujudiyah2,
lenyapkan ‘keberadaan’ sebagai Esa

Esa yang ku cari, Esa yang ku tahu,
Esa yang ku lihat, Esa yang ku. laungi.
Dia Yang Pertama, DiaYang Terakhir,

Dia Yang Diluar, Dia Intipati..

MelampauNya dan "Dia"
ku ketahui tanpa lainNya..

Aku mabuk dari cangkir cinta,

Dunia dan akhirat telah lenyap pergi.

Tanpa ku ambil peduli,

kegirangan dari minuman cinta..


Kiranya satu saat hayatku, Aku habisi tanpa MU.

Dari saat itu aku bertaubat pada hayatku.

Kiranya satu hari aku diberi saat,
di tempat sepi dengan Mu

Nescaya aku menginjak-injak dunia dan akhirat’

Dan aku menari selamanya.

O matahariTabriz (Shams Tabrizi),

dunia memabukkan aku,
Aku tanpa cerita yang nak ku bicarakan
Cuma kemabokan dan kegairahan


Begitulah lolongan2 AR RUMI dalam Fantasianya... AlFATEHAH untuk AR RUMI.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN Empty Re: UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN

Post  T R I N I T Y Tue Mar 10, 2009 7:03 pm

Unsur anggota jasad adalah nyata pada zahir.
Unsur anggota batin adalah ghaib dan masih bertempat menetapnya.
Akal,nafsu,hati ada rumahnya dalam jasad.Tapi ruh itu dimana ya..?

Siapa akal,siapa hati dan siapa nafsu.Siapa pula ruh dan kena mengenanya
dengan elimen2 jasad.?

Apakah roh akan merasa alam kasar tanpa jasad.Apakah ruh akan memahami
tanpa akal,hati dan nafsu.

Apakah ruh itu dari zat?

Kenapa syariat pada tubuh,hakikat pada batin,makrifat pada ruh?

Biarlah mereka buat kerja masing2 dan aku menyaksikan hingga hilang kejahilan ku.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN Empty Re: UNSUR ELEMEN2 JASAD INSAN

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum