Sifat 20 Bagi 'TUHAN'

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Go down

Re: Sifat 20 Bagi 'TUHAN'

Post  Ideologi_Wali on Mon Nov 09, 2009 8:49 am

Diambil dari seorang saudara seperguruanku.. www.sufimas.blogspot.com/

Dan inilah satu risalah yang telah dibukakan bagiku pintu yang memberi faham di dalam SIR akalku daripada ALLAH AZZA WAJALLA. “Dengan namaKU yang bersifat AR-RAHMAN dan yang bersifat AR-RAHIM, segala puji itu bagiKU Tuhan pencipta seru sekalian alam. Bahawa sesungguhnya AKU ALLAH, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan AKU, Dan bahawa sesungguhnya MUHAMMAD itu hambaKU dan RasulKU kepada sekalian makhluk. AKUlah Zat yang wajibul-wujud pencipta sekalian alam.

AKUlah Zat yang maha tunggal, sediaKU tiada awal permulaan, kekalKU tiada akhir kesudahan. AKU maha hidup dan berdiri AKU sendiriKU, tiada sekutuKU sesuatu. AKUlah Zat yang maha esa, maha kuasa dan maha iradatKU di atas segala sesuatu. AKUlah AS-SHOMAD tempat tumpuan hajat sekalian makhlukKU. AKU tiada beranak dan tiada yang memperanakkan bagiKU. AKU maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu yang ghaib dan yang nyata, dan segala ilmu adalah ilmuKU. AKU maha mendengar lagi maha melihat akan tiap-tiap sesuatu.

AKUlah Zat yang berkata-kata, dan sifat kalamKU kekal adanya, dan bahawasanya AKU telah pun berkata-kata dan sedang berkata-kata dan lagi akan berkata-kata dengan para hamba pilihanKU selama-lamanya. AKU bukanlah roh dan roh itu bukanlah AKU, sesungguhnya roh itu ciptaanKU dan cermin tempat nyata wujudKU. Mahasuci AKU daripada menyamai sesuatu, mahasuci AKU Tuhan yang maha besar, mahasuci AKU Tuhan yang maha tinggi daripada sesuatu. Mahasuci AKU daripada pihak dan arah, mahasuci AKU daripada berbentuk dan berupa yang kasar atau yang halus, mahasuci AKU daripada dikandung dalam sesuatu atau diluar sesuatu, AKU tiada bertempat di dalam ruang, dan AKU tiada suara yang berbunyi dan berhuruf, dan tiada AKU cahaya dan tiada AKU kilauan, warna dan getaran.

Mahasuci AKU daripada disifatkan akan ZatKu, mahasuci AKU daripada dibatasiKU oleh sesuatu. Mahasuci AKU daripada dapat dilihat oleh segala mata dan mahasuci AKU daripada dapat dipandang oleh segala akal. Mahasuci AKU dan maha agung AKU daripada dicapai oleh sesuatu, mahasuci AKU, maha rahsia AKU yang tersembunyi sendiriKU. Mahasuci AKU dengan QAHHARKU yang tiada kuasa seseorang pun menolakkan segala tadbirKU dan tiada kuasa keluar daripada segala takdirKU, dan AKU berbuat apa yang AKU kehendaki, dan tiada sesuatu yang dapat menahanKU. Mahasuci AKU daripada dipersoalkan, apakah? Dimanakah? Mengapakah? Bilakah? Bagaimanakah? Dan sesungguhnya AKU tidak dapat ditanyai oleh sesuatu.

AL-LATIFKU ialah kelembutanKU, dan keelokanKU, dan kehalusanKU, dan keindahanKU, dan keluhuranKU, dan ketersembunyianKU didalam tiap-tiap sesuatu. Dan tiada yang menjadikan manfaat dan mudarat, kurnia dan tegah, gerak dan diam, daya dan upaya melainkan AKUlah yang ZAHIR, dan tiada yang dapat membinasakan sesuatu melainkan AKU. Dan tiada yang memberi rezeki kepada tiap-tiap makhlukKU melainkan AKU.

Kaabah ialah rumahKU di bumi, dan Arasy ialah rumahKU di langit dan adapun rumahKU yang hakiki itu ialah SIR hambaKU yang telah AKU sucikan ia daripada selainKU. Mahasuci AKU daripada berhubung dan bercerai dengan sesuatu, mahasuci AKU daripada segala sifat kekurangan, dan AKUlah zat yang maha besar sifat kemalatKU yang tidak dapat dikira akan bilangannya. AKU adalah perbendaharaan yang tersembunyi, dan AKU suka bahawa AKU dikenali, maka AKU jadikan makhluk untuk mengenaliKU.

Dan telah adalah AKU dan tiada sesuatu sertaKU, dan segala sesuatu binasa melainkan AKU, dan AKU sekarang seperti mana AKU dahulu jua, maha esa dengan keesaanKU. Tiada aku berkehendak kepada sesuatu dan berkehendak tiap-tiap sesuatu kepadaKU, dan AKUlah yang menentukan QADAR bagi tiap-tiap sesuatu dan telah selesailah segala iradatKU, dan tiada perubahan bagi takdirKU, tiada pengubah terhadap hukumanKU, dan tiada hukum melainkan hukum-hukumKU, AKU maha perkasa lagi maha bijaksana.

Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan AKU yang maha esa, tiada sekutu bagiku sesuatu, bagiKU semua kerajaan dan bagiKU segala kepujian, dan AKU di atas segala sesuatu amat berkuasa. Maka AKUlah Zat yang disembah di setiap zaman dan di setiap tempat. AKUlah Zat yang awal tiada permulaan adaKU, dan AKUlah yang akhir tiada kesudahan wujudKU, dan AKUlah yang zahir dan telah nyata kudratKU dan iradatKU, dan AKUlah yang batin ZatKU yang maha suci yang terselimut ghaib didalam keghaiban mutlak selama-lamanya, dan tiada yang wujud dengan sebenar-benarnya didalam sekalian alam ini melainkan wujudKU, AKUlah Zat yang maha esa, maha tunggal, maha suci dan maha tinggi AKU, dan tiada sesuatu seumpama AKU, LAISA KAMISTLIHI SYAI’UN WAHUWA SAMI’UL ALIM, AKUlah ALLAH AL-KHALID. MAHA BENARLAH AKU TUHAN YANG MAHA AGUNG. SHODAQALLAHUL-A’DZIM.

KALAM AL-HAK,
Isnin 5 Rabiul-Akhir, 1429 Hijrah. Terengganu Darul Iman.

Ideologi_Wali

Jumlah posting : 22
Registration date : 2009-11-09

View user profile

Back to top Go down

Re: Sifat 20 Bagi 'TUHAN'

Post  salik on Tue Nov 10, 2009 9:19 am

41. Fushshilat
53. Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah benar.
Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?

54. Ingatlah bahwa sesungguhnya mereka adalah dalam keraguan tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah bahwa sesungguhnya....... Dia Maha Meliputi segala sesuatu.

salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

View user profile

Back to top Go down

Re: Sifat 20 Bagi 'TUHAN'

Post  Ideologi_Wali on Wed Nov 11, 2009 12:08 am

Merpati Putih wrote:salam sdr faquhar,

SIFAT WAJIB< MUSTAHIL< HARUS bagi RASUL.

zat rasul2/ kedirian/ peribadi

A.
dari segi sifat :

a) Yang Wajib pada haq rasul

1) sidiq = benar

2) Amanah = berpegang pada janji2

3) Tabligh = menyampaikan

4) Fatonah
mengerti akansesuatu, cerdik dan mahir = فَطَنَ فَطُنَ فِطْنَةٌ

lekas, cedik, pintar. = فِطْنَةٌ ج فِطَنٌ

yang cherdik, yang pintar. = فَاطِنٌ ج فُطُنٌ

B.
b) yang Mustahil

1) Dusta

2) khianat

3) menyembunyikan

4) Bodoh

C.
yang harus pada hak rasul

adalah harus/ mungkin bagi rasul2 itu
*bersifat/berperangai seperti manusia....

tiada jatuh mustahil/ tidak mungkin mereka2 ( rasul )
*berperangai seperti manusia.....

Soalan: Adakah rasul ini 'Alghaib' yang seolah2 beperangai seperti manusia?

jawapan: Rasul adalah manusia istimewa yang dilantik Allah menjadi wakilNya. rasul bukan Allah.

E.
ini adalah kerana, telah dilihat oleh orang2 yg ' semasa / sewaktu ' dengannya bahawa mereka itu ( rasul )

berperangai seperti mereka seperti makan, minum , berumahtangga , beranak , beristeri dll....

Soalan: Mereka seolah2 melihat rasul itu manusia dan beperangai seperti manusia seperti makan, minum, berumah tangga, beranak, beristeri dll...

Soalan: Bagaimana dengan diri kita? Tidakkah keseolahan2 ini ada pada kita?

Jawapan: Rasul memanglah manusia tapi manusia istimewa yg berbeza martabatnya dengan manusia biasa. Beza martabat ini kerana keimanan dan kemuliannya dalam menjaga syariat agama.

F.
bagi mereka yg kemudian daripada ' wafat ' rasul2 itu, telah mendengar ' perkhabaran ' daripada org ramai yg mustahil dustanya.....

Soalan: Bagaimana sdr pastikan, perkhabaran dari orang ramai yang mustahil dustanya?

Jawapan: Berdasarkan kesepakatan dengan Al Quran yg Allah jamin terpelihara. Dan berdasarkan hadis dan periwayat yg diiktiraf bukan pendusta dalam agama.

dan pula....

G.
tiada wajib pula rasul2 itu berperangai seperti manusia kerana....
jika wajib mestilah apa2 jua perangai sama ada 'baik' atau 'jahat' ada pada rasul...

Soalan: Siapakah rasul ini, andainya ia tidak beperangai seperti manusia?

Rasul ialah manusia istimewa yg terpelihara dari kotoran yang menyebabkan kemurkaan Allah seperti berzina, minum arak dan tak sembahyang dll. Emaspun ada grednya, begitu juga manusia. Dan Rasul ialah gred emas yg paling sempurna nilainya.

H. yang demikian itu adalah mustahil.....

J: Adalah mustahil ianya rasul..kerana berbohong bahawa ia bukannya manusia. Bukan begitu ker?

Rasul ialah manusia istimewa yg terpelihara dari dosa..

Apa fahaman sdr. pada ayat2 diatas. Nanti kita bahaskan pelan2. Seakan2 sdr berpendapat 'zat/ nafs rasul itu bukannya manusia, tetapi beperangai/ bertopeng seperti manusia (mungkin malaikat kot?).


Malaikat adalah malaikat, dan manusia adalah manusia.

Jadi apakah bezanya dengan manusia2 lain dgn rasul.. kerana 'Kita' sama2 memakai topeng?

Beza manusia lain dengan rasul ialah martabat keimananan dan tugas mereka.

Ideologi_Wali

Jumlah posting : 22
Registration date : 2009-11-09

View user profile

Back to top Go down

Re: Sifat 20 Bagi 'TUHAN'

Post  Merpati Putih on Wed Nov 11, 2009 4:15 am

Beza manusia lain dengan rasul ialah martabat keimananan dan tugas mereka.

وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتاً وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ

[16:68 Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia",

Disini sdr telah meletakan Lebah sama martabatnya dengan nabi kerana mendapat wahyu dari 'Tuhan'.

Dan manusia lainnya lebih rendah tahapnya dari lebah kerana ta' dapat wahyu dari 'TUHAN', kan begitu ker?

Dan wali2@ kuali2 lebih rendah martabatnya dari lebah kerana wali hanya mendapat ilham.. namun lebah mendapat wahyu dari 'tuhan', walaupun hanya na' buat sarang.

Mengapa sdr ta' mempersoalkan takwil Alquran ini?


Nabi beriman kerana berkuasa mendapatkan iman.. dan manusia lain tak berkuasa mendapatkan iman, maka mereka2 berdosa.

_________________
KeAKUANKU SENTIASA ESA.

Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2450
Registration date : 2008-08-08

View user profile

Back to top Go down

Re: Sifat 20 Bagi 'TUHAN'

Post  mek on Mon Nov 16, 2009 12:10 pm

Merpati Putih wrote:
Beza manusia lain dengan rasul ialah martabat keimananan dan tugas mereka.

وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتاً وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ

[16:68 Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia",

Disini sdr telah meletakan Lebah sama martabatnya dengan nabi kerana mendapat wahyu dari 'Tuhan'.

Dan manusia lainnya lebih rendah tahapnya dari lebah kerana ta' dapat wahyu dari 'TUHAN', kan begitu ker?

Dan wali2@ kuali2 lebih rendah martabatnya dari lebah kerana wali hanya mendapat ilham.. namun lebah mendapat wahyu dari 'tuhan', walaupun hanya na' buat sarang.

Mengapa sdr ta' mempersoalkan takwil Alquran ini?


Nabi beriman kerana berkuasa mendapatkan iman.. dan manusia lain tak berkuasa mendapatkan iman, maka mereka2 berdosa.
Laughing Laughing tepat sekali tok bomoh Laughing Laughing

mek

Jumlah posting : 267
Registration date : 2008-11-20

View user profile

Back to top Go down

Re: Sifat 20 Bagi 'TUHAN'

Post  agus on Fri Jan 01, 2010 9:46 pm

Al Ulama warisatul Anbia, tapi banyak Ulama Su' dari Ulama Pewaris Nabi sebab ada lagi kriteria yg harus dikira....carilah Ahli Ilmu kalau kamu tidak mengetahui....

agus

Jumlah posting : 26
Registration date : 2009-12-01

View user profile

Back to top Go down

Re: Sifat 20 Bagi 'TUHAN'

Post  salik on Sat Jan 02, 2010 1:50 am

Seandainya tiada Ahli ilmu
Carilah Ahli zikir
Jika tiada juga rujuklah Al quran Dan Sunnah
Jika tiada juga mengerti ,

Bersabarlah
Mohonlah taufik dan Hidayah dari Allah.
Tawadduk lah

salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

View user profile

Back to top Go down

Re: Sifat 20 Bagi 'TUHAN'

Post  songkran on Sun Jan 03, 2010 6:16 pm

salam utk semua..........

Saya rasa ada sesuatu yang perlu semua ketahui, apakah tanggung jawab kita sebenarnya kepada allah didunia ini, apa tujuan allah jadikan kita....satu persoalan kepada semua penulis penulis dalam ruangan ini...kita lebih byk timbulkan persoalan tentang allah tetapi tidak pernah memikirkan apakah tanggung jawab kita...adakah kita semata-mata hidup untuk menguasai ilmu untuk menunjukkan pada dunia yg kita seorang pakar pemikir tentang ilmu ketuhanan (allah)...apa pun yg pasti allah tidak mahu ilmu tuan tuan yg tinggi melangit, apa yg allah mahukan hanyalah amalan yg sampai disisi allah....firman allah...hamba aku datang pada aku ibarat dosanya sebanyak buih dilaut, tetapkan aku ampunkan, tetapi dosa syirik pasti masuk neraka. jgn kita persoalkan tentang kewujudan tuhan...jgn kita persoalkan tentang soalan kubur...jgn kita persoalkan tentang sebanyak mana pahala yg cukup untuk sampai kepada allah....ape yg mustahak, sejauh mana kita muhasabah diri kepada allah...sejauh mana hati kita bersih dari sebarang kekotoran..dan sejauh mana martabat mengikhlaskan diri kepada allah samada dalam ibadah kita, hidup kita dan mati kita...hanya semata mata kerana allah... firman allah surah yassin ayat 82 berbunyi mengakuilah kesucian allah (dgn mengucap subhanallah) allah yg memilik dan menguasai sekelian sesuatu dan segala urusan dikembalikan kepadanya..apa yg pasti adakah kita telah mengakuinya...dan apakah yg wajib sebenarnya kita mesti mengaku sebelum kita menjalankan sesuatu apapun diatas muka bumi allah ini.. jgn jadi iman kita saperti mana iman kaum kaum kafir yg sentiasa percaya adanya tuhan
( Rububiah)..dan pada tuhan itu kita menyembahnya ( uluhiyyah)...? cuma yg membezakan kita dengan kaum kaum kafir hanya semata-mata pada ibadah sahaja...? sunny

songkran

Jumlah posting : 9
Registration date : 2010-01-02

View user profile

Back to top Go down

Re: Sifat 20 Bagi 'TUHAN'

Post  agus on Thu Jan 14, 2010 7:16 pm

Bukan smua yg berilmu itu pewaris Nabi, Nabi dari Nur Allah....melainkan mengambil janji yg mreka itu benar.

agus

Jumlah posting : 26
Registration date : 2009-12-01

View user profile

Back to top Go down

Re: Sifat 20 Bagi 'TUHAN'

Post  mek on Sat Jan 23, 2010 12:33 pm

apa inti pelajaran sifat 20? Sleep

mek

Jumlah posting : 267
Registration date : 2008-11-20

View user profile

Back to top Go down

Re: Sifat 20 Bagi 'TUHAN'

Post  T R I N I T Y on Mon Jan 25, 2010 11:56 pm

Apakah ajaran kitab sebenarnya..?
Ia adalah untuk manusia meyakini akan keeshaan Maha Pencipta
yg.memulakan dan menamatkan segala yg.wujud.

Apakah kehendak Allah dalam ciptaan.Tentunya Allah tidak berkehendak
kepada ciptaannya....melainkan diciptakan bukan saja2.
Semuanya adalah kerana kebesaran wujud zatnya.

Oleh kerana IA wujud maka sifatnya mengwujudkan.
Oleh kerana Keberkuasaannya,..maka ia memerintah segalanya.
Segala terjadi mengikut sifat2 yg.tidak terpisah darinya.

Termasuk rahsianya yg.juga dari ciptaannya.

T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

View user profile

Back to top Go down

Re: Sifat 20 Bagi 'TUHAN'

Post  nurhaq on Tue Jan 26, 2010 6:06 pm

Boleh dapatkan (hadirkan) hadith Nabi Muhamad saw tentang sifat 20...??... atau nabi Muhamad saw tidak pernah mengajar para sahabat tentang sifat 20 dan sesungguhnya asas kefahaman tentang sifat 20 itu hanya wujud setelah wafatnya nabi Muhamad saw maka bermulalah kaedah fahaman sifat 20 yang lahir dari pemikir-pemikir manusia yang ingin mencari tuhan atau mempersembahkan peribatan terbaik dalam agama supaya mereka ini hampir dan amat hampir dengan tuhan.........disini maka wujudlah faham tentang ketuhanan yang berasaskan (punca faham) pada Sifat 20....... Adakah ajaran Islam (dari nabi terakhir) ada membawa kaedah asas faham agama bersandarkan sifat 20....? dan jika kefahaman tentang sifat 20 itu sebagai asas iman (agama), maka sudah tentu pasti bertaburan hadith mengenai sifat 20......

nurhaq

Jumlah posting : 47
Registration date : 2010-01-11

View user profile

Back to top Go down

Re: Sifat 20 Bagi 'TUHAN'

Post  T R I N I T Y on Tue Jan 26, 2010 6:27 pm

Selain dari Alquran...ilmu2 yang ditulis adalah dari hasil pemikiran manusia.
Semuanya boleh dipelajari asalkan selaras dengan Alquran.
Hadith adalah juga ditulis oleh pengikut2 sahabat sebagai bahan ilmu
sedangkan nabi tidak menyuruh membukukan segala amal perbuatannya.
Cukuplah Alquran yg.mengajarkan umat manusia dan menerangkan setiap
amal perbuatannya.Yang betul dan salah telah nyata.

Walau apapun,...ilmu hadith adalah sebahagian pedoman umat untuk bersyariat
terutama memahami bentuk2 perbuatan dan huraian2 tentang beberapa kemuskilan.
Namun ianya tidak meliputi semua aspek secara perinci....untuk manusia beriman.

Alquran pula terbahagi pelbagai pengajaran dan ilmu yg.mempunyai kebijaksanaan.
Ianya memerlukan renungan hati yg.bersih.Bagaimana beriman dan mengeshakan
Allah telah jelas nyata dalam Alquran.

Kefahaman2 yg.disampaikan oleh ilmu2 tambahan hanyalah bagi mereka yg.meletakkan
diri mereka dalam makam MURID kepada wasilah2.Bagi mereka yg.mengikat perjanjian
dengan empunya segala tadbir,....maka urusan Allah mengajarnya.Samada ditemukan
wasilah atau didikan2 yg.tidak disedari.

Mampukah semua orang mempelajari ilmu melalui ajaran2 tarikat.Apakah semua guru2
mampu mengawasi murid2nya.

Belajarlah apa jua ilmu tanpa memikirkan salah betul.Kerana kita sebenarnya tidak
memahami makna salah atau betul melainkan ikutan kebanyakan.

T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

View user profile

Back to top Go down

Re: Sifat 20 Bagi 'TUHAN'

Post  mek on Thu Feb 04, 2010 11:36 am

beruk matyeh sebelah rumah aku kata mana ada sifat, yg ada hanya zat Laughing Laughing

mek

Jumlah posting : 267
Registration date : 2008-11-20

View user profile

Back to top Go down

Re: Sifat 20 Bagi 'TUHAN'

Post  T R I N I T Y on Thu Feb 04, 2010 1:10 pm

Kalu tak ada sifat,..mana mungkin kita kenal beruk makyeh tu mek..!
Sekurang kurangnya....sifat khayalan pun kena ada gak.

T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

View user profile

Back to top Go down

Re: Sifat 20 Bagi 'TUHAN'

Post  salik on Thu Feb 04, 2010 6:08 pm

40. Al Mu'min
65. Dialah Yang hidup/ kekal, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka sembahlah Dia dengan memurnikan ibadat kepada-Nya. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

2. Al Baqarah
Ayat Kursi
255. Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi[161] Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

67. Al Mulk
19. Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu.


26. Asy Syu'araa'
10. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu menyeru Musa (dengan firman-Nya): "Datangilah kaum yang zalim itu,


65. Ath Thalaaq
12. Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahwasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu.


40. Al Mu'min
20. Dan Allah menghukum dengan keadilan. Dan sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah tiada dapat menghukum dengan sesuatu apapun. Sesungguhnya Allah Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

View user profile

Back to top Go down

Re: Sifat 20 Bagi 'TUHAN'

Post  mek on Mon Feb 08, 2010 8:59 am

T R I N I T Y wrote:Kalu tak ada sifat,..mana mungkin kita kenal beruk makyeh tu mek..!
Sekurang kurangnya....sifat khayalan pun kena ada gak.
Laughing Laughing sifat tu hanya pernyataan Zat aja, yg menunjukkan hal keadaannya Zat Sleep Sleep

mek

Jumlah posting : 267
Registration date : 2008-11-20

View user profile

Back to top Go down

Re: Sifat 20 Bagi 'TUHAN'

Post  rasalanun on Thu Feb 18, 2010 11:23 am

mek wrote:
T R I N I T Y wrote:Kalu tak ada sifat,..mana mungkin kita kenal beruk makyeh tu mek..!
Sekurang kurangnya....sifat khayalan pun kena ada gak.
Laughing Laughing sifat tu hanya pernyataan Zat aja, yg menunjukkan hal keadaannya Zat Sleep Sleep

tak ada pernyataan... tak adelah cerita.... Sleep

rasalanun

Jumlah posting : 3
Registration date : 2008-12-03

View user profile

Back to top Go down

Re: Sifat 20 Bagi 'TUHAN'

Post  mek on Sat Mar 06, 2010 11:08 am

tak ada pernyataan... tak adelah cerita....
tak ada penyataan ... tak ada cerita , tu lah sebenar2 cerita incik lanung Laughing Laughing drunken

mek

Jumlah posting : 267
Registration date : 2008-11-20

View user profile

Back to top Go down

Re: Sifat 20 Bagi 'TUHAN'

Post  Merpati Putih on Sat Mar 27, 2010 8:46 am

Hidup..... sekeping kanvas kosong dan Aku adalah Pelukis memiliki pena, dan melakar/ melukis mengikut rencana Pencipta.

_________________
KeAKUANKU SENTIASA ESA.

Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2450
Registration date : 2008-08-08

View user profile

Back to top Go down

Re: Sifat 20 Bagi 'TUHAN'

Post  Sponsored content Today at 5:56 pm


Sponsored content


Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum