SYARAH AL HIKAM

Post new topic   Reply to topic

View previous topic View next topic Go down

SYARAH AL HIKAM

Post  Merpati Putih on Tue Oct 06, 2009 8:35 am

Syarah kitab AlHikam, karangan Imam Tajuddin ibn 'Ata'allah al-Iskandary yg diterjemahkan olih To' Pulau Manis kebahasa Melayu.

Marilah kita sama2 kupas perbendaharaan 'warisan' ini, agar kita dapat munafaatnya.

Dipersilakan sdr forumer memberi komen dan kupasan kepada terjemahan ini di N3 KOMEN DAN KUPASAN AL HIKAM.

_________________
KeAKUANKU SENTIASA ESA.

Merpati Putih
Admin

Jumlah posting: 2450
Registration date: 08/08/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: SYARAH AL HIKAM

Post  Merpati Putih on Tue Oct 06, 2009 9:58 am

Bismillahirrahmanirrahim.

Dihuruf romankan olih tbs.

Kata fakir yang menterjemahkan:
Inilah kitab hikam bagi syeh Imam Tajuddin Abu Fudhail Ahmad anak Muhammad anak Abdul Karim anak 'Atallah Dirahmati Allah keatas mereka.

(Dan) sanya telah meminta akan daku setengah sdrku yang salikbahawa menterjermahkan aku akan dia dengan bahasa jawi supaya memberi munafaat dengan dia segala orang yang mubtadi (permulaan) maka ku perkenankan atas yang demikian itu dengan sekira2 yang difahamkan allah Ta'ala akan daku. (Dan) adalah aku memanjangkan sedikit perkataan kerana aku memasukan perkataan syarahannya dengan sekadar kifiyat bagi orang yang mubtadi mengetahui dia dan sanya ku pohon kapada Allah Subhanahu wata'ala akan sempurnanya dan akan berolih munafaat segala orang yang tholib (penuntut) akan dia dalam dunia dan akhirat dengan berkat syaidulmursalin wa ahlihi waashabahu ajmain.


bersambung.......

_________________
KeAKUANKU SENTIASA ESA.

Merpati Putih
Admin

Jumlah posting: 2450
Registration date: 08/08/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: SYARAH AL HIKAM

Post  Merpati Putih on Tue Oct 06, 2009 10:22 am

[1]

(Kata) syeih rodhiallahu anhu:

من علامة الإعتماد على العمال * نقصان الرجاء عند وجود الزلل ertinya setengah daripada alamat orang yang berjabat (bersandar) atas amal itu kurang harapannya tatkala diperolihi kesalahan ya'ni kurang harapan tatkala maKsiat dan sempurna harapan tatkala ta'at dan demikian itu hal segala orang yang jahil yang menilik bagi dirinya amal dan orang yang arif itu tiada sekali2 menilik bagi dirinya amal.

bersambung.......

_________________
KeAKUANKU SENTIASA ESA.

Merpati Putih
Admin

Jumlah posting: 2450
Registration date: 08/08/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: SYARAH AL HIKAM

Post  Merpati Putih on Tue Oct 06, 2009 10:46 am

[1.1]

(Dan) adalah hal manusia atas tiga bahagi (pertama) yang berjabat (bergantung) dan alamatnya itu kurang harapan kepada Allah ta'ala tatkala tiada hasil yang dimaksudkannya

(Dan) kedua yang berjabat (bersandar) atas anugerah Allah Ta'ala dan alamat itu ruju' ia kepada Allah Ta'ala dalam kesukaannya dan kesakitannya dan tatkala suka dengan mengata Alhamdulillah dan syukur dan tatkala duka dengan berlindung dan minta tolong

(Dan ketiga) yang berjabat atas bahagian yang telah dahulu dan alamatnya itu tiada gundah kerana ketiadaan sebab maka tiadalah bertambah harapan kerana sesuatu dan tiada kurang harapan kerana sesuatu jikalau ditimbang harapan dan takutnya nescaya bersamaan dalam tiap2 hal daripada segala ehwalnya tetap adalah ia sentiasa suka

(Dan kata) setengah mereka itu adalah alamat yang ketiga itu iaitu orang yang menyerahkan dirinya dan diam dibawah perintah segala hukum iaitu orang yang menilik kepada Tuhannya' dan fana' daripada dirinya.


Bersambung......

_________________
KeAKUANKU SENTIASA ESA.

Merpati Putih
Admin

Jumlah posting: 2450
Registration date: 08/08/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: SYARAH AL HIKAM

Post  Merpati Putih on Tue Oct 06, 2009 1:00 pm

[1.2]

(Dan kata) setengah orang yang Muhaqqiqun rodiallahu anhu barangsiapa sampai kepada haqiqat Islam maka tiada kuasa ia berhenti daripada amal dan barangsiapa sampai kepada haqiqat Iman maka tiadalah kuasa ia berpaling dari amal dan barangsiapa sampai kepada haqiqat Ihsan maka tiadalah kuasa ia berpaling kepada seseorang lain daripada Allah.

(ketahui olihmu) bahawasanya adab kepada orang yang ahli al Thoriq didalam satu waktu itu adab syariat dan dalam suatu waktu adab khidmat dan dalam suatu waktu adab al Haq (maka) Adab syariat itu iaitu berdiri kepada segala tandanya dan iaitu permulaan bagi segala orang yang menjalani jalan kepada Haq Ta'ala (dan) adab khidmat itu yaitu fana' daripada melihat segala tandanya itu dan tiada memandang ia kepada yang demikian itu melainkan anugerah Allah Ta'ala jua kerana orang yang ahli khidmat itu wajib atasnya tiada berhajat kepada sekelian amalnya (dan) adab AlHaq itu iaitu seperti bahawa engkau ketahui barang yang bagimu dan barang yang bagi haq Allah Ta'ala.


bersambung......

_________________
KeAKUANKU SENTIASA ESA.

Merpati Putih
Admin

Jumlah posting: 2450
Registration date: 08/08/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: SYARAH AL HIKAM

Post  Merpati Putih on Tue Oct 06, 2009 9:13 pm

[quote]
[1.3]

(Dan inilah) bagi orang yang ahli Tahqiq kerana bahawasanya hamba itu apabila mengenal ia barangyang baginya daripada sifat (fakir) dan (dhoif) dan (lemah) dan (hina) dan (kurang) (dan) barangyang bagi Tuhannya daripada sifat (ghoni/ kaya) dan (qhowi/ perkasa) dan (qhodir/ berkuasa) dan (aziz/ bijaksana) dan (kamalat/ sempurna) maka fana'lah ia daripada tiap2 barangyang lain daripadaNya.

(Dan inilah) bagi orang yang melihat akan kemalat qudrat Tuhannya kerana bahawasanya barangsiapa tiada melihat akan kamalat qudrat tuhannya dalam ma'rifat maka gugurlah ia daripada keadaan sempurna maka apabila engkau lihat akan kemalat qudrat tuhanmu maka fana'lah engkau daripada tiap2 barangyang lain daripadaNya dan hendaklah engkau ketahui kehendakNya daripadamu dalam tiap2 hal dan maqal/ perkataan dan maqam/ tingkatan darjat (dan inilah) kesudah2an adab kerana bahawasanya yang dikehendaki hak ta'ala itu bahawa tiada daya engkau maka adalah engkau gugurlah ikhtiar dan putuslah daripada irodat pada tiap2 barangyang didirikan akan dikau dalamnya daripada tajerid dan daripada segala sebab.


bersambung....


Last edited by Merpati Putih on Sat Apr 23, 2011 11:01 pm; edited 1 time in total

_________________
KeAKUANKU SENTIASA ESA.

Merpati Putih
Admin

Jumlah posting: 2450
Registration date: 08/08/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: SYARAH AL HIKAM

Post  Merpati Putih on Sat Apr 23, 2011 10:59 pm

Syarah AlHIKAM

_________________
KeAKUANKU SENTIASA ESA.

Merpati Putih
Admin

Jumlah posting: 2450
Registration date: 08/08/2008

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Post new topic   Reply to topic
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum