ILMU ITU & ILMU INI

Post new topic   Reply to topic

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Go down

ILMU ITU & ILMU INI

Post  shazlida on Thu Mar 19, 2009 5:39 pm

Assalamualaikum semua. Forum ini semakin meriah sekarang dengan pelbagai ragam ilmu.

'Persoalan' saya: Siapakah yang berilmu dan dimanakah kebenaran ilmu itu.

_________________
KITA BERSAMA SEADANYA.

shazlida

Jumlah posting: 136
Registration date: 30/12/2008

View user profile http://caturist.blogspot.com

Back to top Go down

Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  shazlida on Fri Mar 20, 2009 10:28 pm

Setiap manusia yang lahir ke dunia, telah ditetapkan pakej kehidupannya secara keseluruhan. Jantina, bangsa, agama dan sebagainya. Maka ilmu jualah yang mengiringi dan menghidupkan insan tadi secara berperingkat samada melalui pembelajaran atau secara semulajadi.

Secara berperingkat, ilmu yang terkandung di hayat kehidupannya akan berkembang selari dengan kepesatan akalnya. Dan akhirnya, di antara setiap insan itu, akan kelihatanlah segala perbezaan tentang pemahaman ilmu dari waras akalnya, walaupun hanya sekecil zarah. Tidak akan ada yang sama secara mutlak.

Mengapa ini terjadi. Mengapa kita saling berbalah tentang keilmuan. Saling menidakkan apa yang berlainan dari kefahaman sendiri. Menerima hanya pada yang diingini sahaja. Sedang hakikatnya, dikatakan setiap ilmu itu adalah satu dan sama. Bersumberkan dari yang satu juga.

Jadi, siapakah yang dikatakan berilmu dan dimanakah kebenaran ilmu.

_________________
KITA BERSAMA SEADANYA.

shazlida

Jumlah posting: 136
Registration date: 30/12/2008

View user profile http://caturist.blogspot.com

Back to top Go down

Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  ferolled on Sat Mar 21, 2009 1:12 pm

shazlida wrote:Setiap manusia yang lahir ke dunia, telah ditetapkan pakej kehidupannya secara keseluruhan. Jantina, bangsa, agama dan sebagainya. Maka ilmu jualah yang mengiringi dan menghidupkan insan tadi secara berperingkat samada melalui pembelajaran atau secara semulajadi.

Secara berperingkat, ilmu yang terkandung di hayat kehidupannya akan berkembang selari dengan kepesatan akalnya. Dan akhirnya, di antara setiap insan itu, akan kelihatanlah segala perbezaan tentang pemahaman ilmu dari waras akalnya, walaupun hanya sekecil zarah. Tidak akan ada yang sama secara mutlak.

Mengapa ini terjadi. Mengapa kita saling berbalah tentang keilmuan. Saling menidakkan apa yang berlainan dari kefahaman sendiri. Menerima hanya pada yang diingini sahaja. Sedang hakikatnya, dikatakan setiap ilmu itu adalah satu dan sama. Bersumberkan dari yang satu juga.

Jadi, siapakah yang dikatakan berilmu dan dimanakah kebenaran ilmu.


Jawapannya tiada prejudis untuk semua ilmu. Jumlah pengetahuan yang berbeda, nilai rezeki yang tidak sama, jarak langkah yang tidak selari atau perbezaan bulan dan matahari sekadar hadir bagi memperlihatkan pewarnaan penceritaan keindahan TUHAN. Tanpa tuju, tanpa makna, tanpa modal dan keuntungan. Ianya semulajadi.

Tiada yang dapat menghentikan bicara tiada pula yang mampu menggerakkan bibir untuk bersuara. Ia telah tertakluk.

ferolled

Jumlah posting: 228
Registration date: 20/11/2008

View user profile http://www.ondakompun.blogspot.com

Back to top Go down

Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  shazlida on Tue Mar 24, 2009 4:07 am

ferolled wrote:Jawapannya tiada prejudis untuk semua ilmu. Jumlah pengetahuan yang berbeda, nilai rezeki yang tidak sama, jarak langkah yang tidak selari atau perbezaan bulan dan matahari sekadar hadir bagi memperlihatkan pewarnaan penceritaan keindahan TUHAN. Tanpa tuju, tanpa makna, tanpa modal dan keuntungan. Ianya semulajadi.

Tiada yang dapat menghentikan bicara tiada pula yang mampu menggerakkan bibir untuk bersuara. Ia telah tertakluk.


Terima kasih Tuan Ferolled. Maafkan saya jika masih lagi ingin memanjangkan topik ini. Mungkin jawapan yang diberikan telah dimuktamadkan secara umum. Atau mungkin juga saya seorang yang tidak mengerti akan sesuatu pun.

Saya masih lagi ingin perbincangan yang khusus tentang siapakah yang dikatakan berilmu dan dimanakah kebenaran ilmu itu.

Sebagai contoh; apabila berbicara soal ilmu ketuhanan dalam forum ini, ilmu yang bagaimanakah yang dikatakan benar dan bagaimana untuk diyakini yang ianya benar/betul. Perlukah kita kepada kebenaran dan untuk apa?

Jika jawapannya, "terpulang kepada masing-masing (semuanya benar)", atau "ini rahsia tuhan", maka saya syorkan supaya forum ini dihentikan kerana ianya tidak memberi sebarang manafaat barang sedikit pun melainkan mungkin hanya ruang untuk memperbodohkan diri sendiri.

Maka layakkah saya untuk mengetahui/meyakini kebenaran?

(Perbincangan ini dibuka kepada semua yang sudi membuat penjelasan)

_________________
KITA BERSAMA SEADANYA.

shazlida

Jumlah posting: 136
Registration date: 30/12/2008

View user profile http://caturist.blogspot.com

Back to top Go down

Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  ferolled on Sat Apr 04, 2009 7:09 pm

Pada awal pencarian kepada persoalan ketuhanan, minda kita dikecamuki oleh pelbagai macam ilmu. Kecamukan ini timbul dek perasaan takut kepada syirik, murtad, zindik, sesat atau negatif2 yang lain yang di tanam semenjak kita kenal erti agama.

Secara jelas, jika kita membicara keperihalan ilmu, kita harus menjurus kepada cabangan ilmu tersebut. Sebagai contoh, sekiranya ilmu mekanikal, mustahil ia menyatakan akan kelibat ketuhanan. Ia lebihnya menerangkan mengenai gear, pelinciran, dinamik, statik dll. Langsung ia tidak menghubungkaitkan kepada TUHAN. Jadi adakah ia salah? Mana Mungkin! Jika salah mengapa dengan gear pergerakan kereta menjadi lancar langsung membawa ke masjid untuk berkiamulail?

Malah ilmu sihir, yang memuja objek selain TUHAN (kononnya) telah dianggap salah dan syirik kerna ia tidak selari dengan ANUTAN. Persoalanya jika salah, mengapa ilmu itu nampak keberhasilannya? Hingga ada diantaranya dijadikan sumber kewangan untuk tokey2 filem malah tidak kurang penerbit rancangan yang bercorak sihir. Tonton saja Crist Angel, David Blaine, Seekers atau Misteri Nusantara. Jika kita mengatakan ia salah mengapa TUHAN membenarkannya hingga ada kapital dan keuntungan kepada syirik2 itu? Kita yang silap membuat tafsiran atau TUHAN yang membenarkan kesyirikan terhadap keESAanNYA?

Segelintir berpendapat setiap ilmu yang tidak mengESAkan TUHAN maka salah. Namun ramai yang merujuk Buku Resepi Masakan bila ingin memasak sedangkan tiada langsung perkataan TUHAN di dalamnya. Itulah jumudnya pemegang-pemegang ilmu! Mereka seringkali menganggap ilmu yang difikir mereka yang benar, yang lain salah, tak sampai dan syirik.

Selangkah kita ke titik asalan, seharusnya kita tiada prejudis dalam ilmu. Tanpa mengira apa jenis ilmu. Seharusnya pegangan kita, ilmu itu datang dari kefahaman, bergunung kitab tanpa faham tiada makna. Faham itu datang dari fikir, fikir datang dari mana? Adakah dari otak yang bersifat ketulan daging itu? Tentu tidak. Badan kita sememangnya terbina dengan otak tapi fikiran bukan produk otak. Malah fikiran yang menjadikan otak itu ada fungsi. Tanpa fikiran otak sia-sia... Dan semestinya fikiran datang dari TUHAN.

Maka fikiran sama dengan rasa kenyang lapar, penat segar, hidup mati. Semuanya dari TUHAN. TUHAN menganugerahi ilmu kepada mahkluk yang dikehendakinya. Tidak kira apa jenis makhluk. Setiapnya ada pakej ilmu dalam dirinya. Itulah ketentuan yang MUTLAK.

Geng Mamak dengan ilmu Mencuri, Mahathir Mohamad dengan ilmu Politik, Ibn Batutta dengan ilmu Pelayaran, Lim Goh Tong dengan ilmu Peniagaan Judi, Harun Din dengan ilmu Agama Islam, David Blaine dengan ilmu Sihir, David Teo dengan ilmu Perfileman, M. Nasir dengan ilmu Muzik. Jadi siapakah insan-insan di atas tanpa dianugerahi ilmu oleh TUHAN? Mungkinkah Lim Goh Tong menjadi Ulama, atau M. Nasir menjadi pelayar. Tidak sama sekali. Kerna apa? Kerna ketentuan TUHAN.

Yang menjadi penceritaan ini indah, ada sebahagian pemegang ilmu yang menerangkan ilmu isu-isu ketuhanan. Ada yang dari lukisan bawa ke TUHAN, ada yang lagu dari jurus ke TUHAN, ada yang dari Hukum Yahudi fokus ke TUHAN. Namun ia tetap tak lari dari ILMU ANUGERAH TUHAN. Biarlah apa sahaja yang diperkata oleh ilmu, Ketuhanan, Hampir ke Ketuhanan, Fekah, Syariaat, Sains, Sihir ia tetap pakej anugerah TUHAN.

Jadi, ilmu yang betul dengan konsep KETUHANAN ialah ilmu yang tidak menyalahkan lain2 ILMU. Mampukah diperlakukan demikian? Perlu menjadi insan yang tenang. Jiwa yang tenteram. Minda yang merdeka. Tenang yang macam mana? Mampu tersenyum melihat Israel mengebom Palestin atau tersengih melihat Taliban menyembelih wartawan Barat. Ringan terus kaki melangkah ke Masjid, jua ke gereja, kuil dan tokong. Melayari hidup ini tanpa duka meski Bank seringkali membuat panggilan mengenai kredit yang tertunggak. Dihina tiada kesan, dipuji tiada bekas.

Mengapa begitu? Kerna dihati, jiwa, minda hanya yang ADA TUHAN. Langsung tiada berasa berilmu, langsung tiada rasa ADA. Langsung tiada berasa DIRI. Suka, duka, nafas, fikir, tidur, jaga, hidup, mati kesemuanya Tajalli Semata-mata TUHAN. Hingga menyatakan diri itu TIADA dan yang berkata-kata, yang menulis, yang membaca itu hanya TUHAN SEMATA-MATA.
(Pakej TUHAN untuk menifestasinya yang bernama Halaj, Siti Jenar atau Firaun Ramses?)

Penulisan ini jua adalah hasil dari cabangan ilmu anugerah TUHAN yang tidak pernah terfikir untuk menulis sebegini. Pakej aku menulis, pakej kamu membaca. Mungkin dipanjangkan pakej kamu dengan pemahaman maka kamu kata bagus atau kamu menolak maka mungkin kamu membalas dengan gelaran terhadap aku sebagai JABARIAH. Kecamukan ILMU itulah Keindahan Ciptaan TUHAN dan kita dan ilmu adalah corak-corak pada LUKISAN KETUHANAN.

Terima kasih kepada Sdr Shalida sebagai pengunjung tetap di Ondak Ompun

Aku pulang pada kalian (yang terbanyak) :- Aku itu ESA, Kalian itu keESAan (yang majoriti).
Tiada lain selain ESA dan KESAANNYA.

ferolled

Jumlah posting: 228
Registration date: 20/11/2008

View user profile http://www.ondakompun.blogspot.com

Back to top Go down

Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  shazlida on Sat Apr 04, 2009 11:46 pm

Terima Kasih Tuan Ferroled.

Tiada sempadan untuk dibataskan. Sewajarnya penulisan yang sebegini, dipanjangkan ke khalayak untuk dibahaskan dan dicerna. Tiadalah kuasa untuk saya menidakkan atau mengiyakan segala ilmu. Ujudnya saya di forum ini hanya sekadar gurisan kepada setiap yang "Tergambar akan Ada UjudNya" (meminjam judul karangan Sang Buragas dari Gua Sawang).

Kamu lebih tahu akan apa yang diujudkan. Ondak Ompun akan sentiasa digambaran selama mana diizinkanNya. Begitu juga kepada yang lain2nya.

_________________
KITA BERSAMA SEADANYA.

shazlida

Jumlah posting: 136
Registration date: 30/12/2008

View user profile http://caturist.blogspot.com

Back to top Go down

Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  ferolled on Wed Apr 08, 2009 5:05 pm

Ilmu itu satu bentuk menefestasi KETUHANAN. Ia sama dengan makhluk-makhluk lain.
Tiada kredit pada mereka yang faham akan ilmu KETUHANAN maupun yang tidak mengerti apa2 ilmu.
Itulah kemurnian yang MUTLAK.

ferolled

Jumlah posting: 228
Registration date: 20/11/2008

View user profile http://www.ondakompun.blogspot.com

Back to top Go down

Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  tokbiru on Wed Sep 23, 2009 12:17 pm

Dimanakah letaknya kebenaran kalau kejujuran sering disanggah,
dimanakah letaknya kebatilan kalau kejahilan sering disergah..
Kebenaran dan kebatilan adalah nikmat pengetahuan yang tiada sudah,
kecapi dan nikmati agar kau menjadi insan yang tabah..
Demikian Al-Furqan membedah segala risalah..
Tiada takut dalam perjuangan yang ditentukan sudah,
hanya kepasrahan bisa menemukan dirimu yang gagah..
Berhentilah menjadi penghukum yang ghairah,
nafsu nafsimu menjadi beban yang sungguh parah..
Hilang jati diri,meronta tiada arah..
Biarlah waktu menyusun langkah,
biarlah masa menjadi penyudah..
Kau tiada daya mengenal erti ibadah,
segala ikhtiar hanya milik Dia yg Maha Pemurah..
Bukan milik sesiapa untuk mengukir gerak langkah..
Tidakkah pergantian siang dan malam itu menjadi dalil yang sungguh indah..
Demikian ditunjukkan sunnatullah..
Selamanya tidak pernah berubah..
Ia tetap kekal tiada bersalah-salah,
hanya aturcara fikirmu yang membikin gundah..
Umat susah takutkan salah,
berfikir menjadi alah,
konon melanggar hukum Allah..
Nanti neraka menjadi penyudah.
Alangkah kejinya erti ibadah,
sekadar momokan siksa yang menjadi tulah.
Betapa manusia daif memahami hakikat yang begitu indah..
Apakah musibah yang lebih parah,
bila yang jahil diangkat menjadi penentu arah,
dinobat penyelamat aqidah ummah....
Inilah padah,
Inilah padah,
Inilah padah,
bila aqal dirantai dan fikiran dijajah.. bounce

tokbiru

Jumlah posting: 46
Registration date: 03/09/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  T R I N I T Y on Wed Sep 23, 2009 6:59 pm

Fuuh...ini boleh jadi sajak,gurindam dan lagu.Bagi
kat M.Nasir ne,..jadi album...tokbiru Very Happy oii.

T R I N I T Y

Jumlah posting: 636
Registration date: 09/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  salik on Fri Sep 25, 2009 5:15 pm

nak kena buat musik keronchong tuuuu,

salik

Jumlah posting: 887
Registration date: 27/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  T R I N I T Y on Fri Sep 25, 2009 6:42 pm

Buat keroncong versi rapp......meletop album.Kumpulan nasid pun terjejas.
He...dah lari tajuk... Rolling Eyes

T R I N I T Y

Jumlah posting: 636
Registration date: 09/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  hafisabu on Sat Sep 26, 2009 11:34 am

ferolled wrote:Ilmu itu satu bentuk menefestasi KETUHANAN. Ia sama dengan makhluk-makhluk lain.
Tiada kredit pada mereka yang faham akan ilmu KETUHANAN maupun yang tidak mengerti apa2 ilmu.
Itulah kemurnian yang MUTLAK.



benar sungguh.........

hafisabu

Jumlah posting: 47
Registration date: 14/07/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  Merpati Putih on Sat Sep 26, 2009 12:58 pm

Keberadaan/ kelibat ujud cuma gelombang perasaan.. tidak ada aku, engkau, dia, makhluk2 dan duniawiyah keseluruhannya. Tidak ada 'kematian' dan kehidupan.

ilmu2 dan ada2an cuma sebahgian dari juzu2 frekuensi perasaan yg tersangat lenyap dan seninya, tanpa mampu dilingkungi definasi2.

Apakah ada lagi marifah2????? ketika longlai dipersada ketelusan keghaiban MUTLAQ AZ ZAT.

_________________
KeAKUANKU SENTIASA ESA.

Merpati Putih
Admin

Jumlah posting: 1159
Registration date: 08/08/2008

View user profile http://tokbatinsenoi-x.blogspot.com,http://tokbatinsenoi.forumotion.net

Back to top Go down

Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  salik on Sat Sep 26, 2009 9:48 pm

ILMU ILMU Hanya terjemahan bagi keberadaan dan ketiadaan

salik

Jumlah posting: 887
Registration date: 27/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  salik on Sun Sep 27, 2009 10:26 pm

Tidaklah Aku( Allah) dapat di pandang oleh mata, tidak pula terlihat oleh pandangan,
Tidak lah ILMU PENGETAHUAN dapat berhampir kepada ku
Aku tidak dapat dikenal oleh sejauh pengenalan.

Aku(Allah) yang maha perkasa yang tidak dapat di capai....
Aku tidak dapat di sentuh oleh daya ingatan yang bagaimanapun...
Dan tidak dapat di jumpai walau dengan sebutan Nama ku


Setiap sebutan Nampak bernyata....Akulah Yang menjadikannya.Dan merangkai huruf hurufnya
Tidak akan dapat ,melampaui itu semua adalah Bahasa. Bahasa yang di kenal dan di ketahui
Aku Jauh dari kesemua Itu.....Jauh Dari Apa Yang di sifatkan.
Aku Adalah Yang tidak dapat di langkau dan di serupakan oleh Apa Apa pun
.


Akulah (Allah) Yang Maha suci yang tidak dapat dimasuki dan dijumpai oleh tubuh tubuh dan tidak oleh huruf huruf sekalipun.Dan tidak pula dapat dicapai oleh kalimat kalimat

Hai Hamba,, Jangan salah teka Bahawa setiap yang zahir itu dapat dilihat..
Akulah Raja Yang menyata dengan kemurahan dan tersembunyi dengan keperkasaan.

Hai Hamba, Akulah(ALLAH) yang zahir dan tidak dapat dipandang oleh mata , dan Akulah Yang batin yang tidak dapat disentuh oleh prasangka dan persangkaan bagaimanapun.

Hai Hamba,,,Akulah yang maha kekal yangmana kekalanku tidak dapat diberitakan oleh Abad demi Abad.
Dan Akulah Yang esa Yang Jauh dari Bilangan dan perhintungan,

Setiap sesuatu Akan dituntut oleh Asal Mulanya,
Sebagaimana tubuh akan dituntut oleh tanah asal mulanya
Yang satu itu aku , Yang Maha tunggal dan sendirian,
Dan tidaklah AKU dari sesuatu lalu sesuatu itu menuntut padaku.
Dan tidaklah Aku dengan sesuatu maka sesuatu itu akan menyertai ku,

Aku Adalah Mutlaq tiada satupun ikatan,
Dan Aku Bebas......Tiada sesuatu pun yang Menentukan.


Last edited by salik on Sun Sep 27, 2009 10:46 pm; edited 1 time in total

salik

Jumlah posting: 887
Registration date: 27/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum