ILMU ITU & ILMU INI

Post new topic   Reply to topic

Page 3 of 3 Previous  1, 2, 3

View previous topic View next topic Go down

A,B,C............

Post  Merpati Putih on Tue Oct 20, 2009 11:57 am


_________________
KeAKUANKU SENTIASA ESA.

Merpati Putih
Admin

Jumlah posting: 1159
Registration date: 08/08/2008

View user profile http://tokbatinsenoi-x.blogspot.com,http://tokbatinsenoi.forumotion.net

Back to top Go down

Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  salik on Wed Oct 21, 2009 2:27 am

Manusia Adalah ciptaan Allah yang paling kukuh , yang terkumpul pada
dirinya apa yang terpisah pisah dari lainnya.

Jika langit mempunyai ketinggian , Maka Manusia pun Mempunyai tubuh yang tegak.

Jika di angkasa mempunyai Matahari dan Bulan , Manusia pun ada dua biji mata,

Jika di Angkasa Ada bintang bintang , Maka pada diri manusia itu ada gigi gigi,

Jika Langit mempunyai titisan air, Maka pada mata manusia Ada Air mata.

Jika di langit Ada suara petir, Maka pada diri manusia Ada suara bersin.

Jika di bumi ada kestabilan, Pada diri manusia juga ada Ketenangan dan kehebatan.

Jika di bumi ada sungai sungai

Maka pada diri manusia juga ada urat urat.

Sedangkan Rambut sebagai ganti dari rumput.


ADAM.ADAM

salik

Jumlah posting: 887
Registration date: 27/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  salik on Tue Oct 27, 2009 10:02 am

Berkata Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w

‘Tidak melebihi Abu bakar daripada kamu dengan sebab banyak berpuasa dan tidak pula dengan banyak solat, tetapi dia melebihi kamu dengan sebab rahsia yang tetap dalam hatinya.”

p/s: Apakah rahsia ini sebenarnya

salik

Jumlah posting: 887
Registration date: 27/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  Merpati Putih on Thu Nov 05, 2009 2:58 pm

p/s: Apakah rahsia ini sebenarnya


Tetapnya 'Kesebatian Tuhan' yang sentiasa ujd pada Insan.

Ugama2 dan 'Tuhan' hanya 'objects of games to play with' (objek2 pemikiran) untuk mengisi detik2 mimpi hidup. 'Kesebatian AR ROH' pada fatasia jisim mempermain2kan fakta.

_________________
KeAKUANKU SENTIASA ESA.

Merpati Putih
Admin

Jumlah posting: 1159
Registration date: 08/08/2008

View user profile http://tokbatinsenoi-x.blogspot.com,http://tokbatinsenoi.forumotion.net

Back to top Go down

Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  Ideologi_Wali on Mon Nov 09, 2009 9:29 am

Pengertian Ilmu yang digunakan oleh Hujjatul Islam Imam Ghazali dalam sebuah kitabnya yang bernama Al-Risalatul-liduniyyah adalah seperti berikut :

1. AL-ULUM AL-MAKTASABAH yang bermaksud ilmu-ilmu yang didapati dengan mencurahkan usaha seperti belajar dan membuat kajian. Dengan kata lainnya ialah ilmu-ilmu yang didapati dengan senang (Al-Ulum Al-Dhoruriyah) maksudnya ilmu-ilmu yang didapati dengan mudah sahaja menerusi salah satu daripada anggota-anggota pancaindera seperti rasa manis melalui lidah, mendengar suara melalui telinga dan lain-lainnya.

2. Ilmu GHAIBI LADUNI atau lebih ringkasnya disebut sebagai ilmu laduni yang membawa maksud secara hurfinya 'ILMU KESISIAN' iaitu ilmu disisi tuhan. Sama dengan ILMU ALLAH atau ILMU TUHAN.

Sesetengah ahli ilmuan Islam memberikan atau menggunakan berbagai-bagai istilah lain yang sama maksudnya dengan ilmu LADUNI ini dalam usaha mereka untuk mengemukakan pendekatan ilmu masing-masing. Antaranya ialah seperti berikut :

Ilmu Batin
Ilmu Qalbi
Ilmu Mukasafah
Ilmu Asyror
Ilmu Maknun
Ilmu Hakikat
Ilmu Makrifat
Ilmu Tasauf

Telah banyak ulama-ulama atau ilmuan zohir terkelincir kerana mereka membantah dan menidakkan ilmu laduni ini. Kita lihat bagaimana satu catatan hal tersebut yang dikemukakan oleh Iman Ghazali yang mengatakan:

" Seorang daripada kawan-kawanku telah menceritakan kepadaku mengenai seorang alim yang mengingkari ILMU GHAIBI LADUNI yang menjadi pegangan pemimpin-pemimpin tasauf dan tumpuan ahli-ahli thorikat yang berpendapat bahawa ilmu laduni adalah lebih kuat dan lebih tepat dari ilmu-ilmu yang didapati dengan usaha yang didapati dengan belajar. Kawanku juga mengatakan bahawa orang alim itu berkata bahawa aku fikir tidak ada seorang pun dalam dunia ini yang boleh memperkatakan tentang ilmu yang sebenar dengan fikiran semata-mata tanpa belajar dan tanpa usaha-usaha untuk mendapatkannya. Aku (Ghazali) berkata seolah-olah orang itu tidak tahu tentang cara-cara untuk mendapatkan ilmu dan tidak tahu pula kerja ' JIWA INSANI ', KEMURNIAANNYA DAN CARA-CARA PENERIMAAN DARI ALAM GHAIB DAN ILMU ALAM MALAKUT."

Berkata lagi Imam Ghazali.....

Sesungguhnya mereka yang hanya menganggap ilmu kalam seperti fekah , tafsir dan sebagainya sebagai satu-satunya ilmu yang mampu diperolehi oleh manusia adalah merupakan mereka yang telah menyimpang dari method hakikat kerana Al-Salmi ( Abdul Rahman Muhammad bin Al-Husain bin Musa Al-Azdi Al-Salmi seorang ahli tasauf, ahli sejarah, ahli hadis dan hadis tafsir yang telah menulis sebuah kitab tafsir yang bernama 'Aqa'ik Al-Tafsir/ Wafat tahun 1021=412 Hijrah) telah mengumpulkan sesuatu dalam tafsirnya yang diambil dari kata-kata orang-orang muhaqiqin, sedangkan kata-kata itu tidak tersebut dalam semua kitab tafsir yang ada.
Kata Ghazali lagi . Ahli tafsir tepi jalan ini seolah-olah tidak tahu :

Bahagian-bahagian ilmu
Perincian-perinciannya
Tingkat-tingkatnya
Kenyataan-kenyataannya dan
Batin-batinnya.

Memang sudah menjadi adat bahawa orang-orang yang jahil dalam sesuatu akan mengingkari sesuatu itu dan orang yang tersebut itu tidak pernah merasai MINUMAN HAKIKAT dan tidak mengetahui mengetahui mengenai tentang Ilmu Laduni.

Ideologi_Wali

Jumlah posting: 22
Registration date: 09/11/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  Merpati Putih on Wed Nov 11, 2009 4:47 am







Imam AlGhazali bangun satu pagi.

Beliau meminta selimut putihnya serta menciumnya dan berbaring sekujur jasadnya.

Kemudian berkata: "Tuhan ! aku menurut perintahMU".

Dan beliau menarik nafasnya yang terakhir.

Dan dibawah lapik kepalanya ditemui rangkap2 kata seperti berikut:

"Sampaikan kepada rakan2ku, tatkala mereka melihat aku 'KEMATIAN'.

Ratapan untukku dan berkabung bagi ku dalam penyesalan.

Jangan kamu percaya bahawa mayatku yang kau lihat ini 'diriku'.

Dengan nama Tuhan aku jelaskan kepada kamu, 'bangkai' ini bukannya 'DIRIKU'.

Aku adalah AR RUH, dan mayat ini cumalah daging.

Ia rumahku dan pakaianku untuk seketika.

Aku adalah 'simpanan yang bernilai' dari topeng yang menghijab.

Topeng yang terbentuk dari debu/ jirim2/atom yang bekhidmat untukku sebagai makam.

Aku adalah 'MUTIARA' yang meninggalkan kulit cengkerangnya.

Aku adalah 'BURUNG', dan jasad ini cuma sangkarku (penjara).

Darinya aku terbang bebas, dan sangkarku ku tinggalkan sebagai 'KENANGAN'.

Syukurku kepada Ilahi, yang telah memerdekakan aku.

Dan menyediakan untukku tempat 'Ketenangan abadi'.

Hingga kini aku 'KEMATIAN', walaupun aku sentiasa hidup disamping kamu2.

Bagaimana aku 'HIDUP' dalam haqiqat dan pakaian kuburku, aku lemparkan.

Dan hari kini, aku berbicara dengan wali2 dipesada yang tinggi.

Tanpa tabir penyekat diantara, Aku menyaksikan 'TUHAN', hadap menghadapi.

Aku merenung "Loh Al Mahfuz" dan didalamnya aku terbaca.

Apa yang telah berlaku, dan sedang berlaku, dan yang akan mendatang.

Biarkan rumahku hancur rubuh, letakan sangkarku didalam bumi.

Lemparkan topeng, ia cuma kenangan, tanpa apa2.

Letakkan pakaianku (jasad), ia cuma pakaian luaranku.

Tempatkan kesemuanya didalam kubur, dan biarkan semuanya dilupakan.

Aku telah menyeberang hayatku, dan kamu tinggal di belakang.

Tempat penginapan kamu, bukan lagi tempat semadiku.

Jangan disangka 'MATI' adalah 'Mati', bahkah ia adalah 'KEHIDUPAN' abadi.

'KEHIDUPAN' yang melampaui segala angan2 yang diidam2kan kini.

Jesteru, dalam dunia, kita dianugerahi 'Tidur/ kelalaian'.

Kematian cuma 'TIDUR' yang dipanjangkan berterusan.

Bahkan, jangan rasa takut tatkala saat 'Kematian' menjelma.

Bahkan ia adalah keberangkatan kesemadian yang diberkati.

Ingatlah sifat kasihan dan sayang Tuhanmu.

Syukurlah atas kelembutanNYA dan marilah.. marilah tanpa rasa takut.

Seperti aku kini, dan kamu pun akan seperti diriku.

Dan aku mengerti yang kamu akan sepertiku.

Jiwa2 manusia pergi dan keluar dan kembali dari Tuhan.

Jasad2 adalah dari unsur2 yang serupa.

Kebaikan dan kejahatan, keseluruhannya milik kita.



Aku sampaikan satu pesanan... bergembiralah...



Semoga Kesejahteraan Tuhan dan kegembiraan bagi kelimpahan untukmu.

Terjemahan: tbs


Q; Apakah yang sdr tahu tentang ilmu laduni? Ilmu laduni adalah ilmu yang datang terus dari Tuhan tanpa2 wasilah/ perantaraan.

Q: Mampukah manusia/ sekujur daging ini berkata2, berilmu, mendengar, mencium, merasa dengan sendirinya?.... tanpa qudrah dan iradah Tuhan?




فقالت اليد ما أنا إلا لحم وعظم ودم وهل رأيت لحما يظلم أو جسما يتحرك بنفسه وإنما أنا مركب مسخر ركبني فارس يقال له القدرة والعزة فهي التي ترددني وتجول بي في نواحي الأرض أما ترى المدر والحجر والشجر لا يتعدى شيئا منها مكانه ولا يتحرك بنفسه إذ لم يركبه مثل هذا الفارس القوى القاهر


Berkata tangan “ Aku hanyalah daging dan tulang dan darah, apakah engkau lihat/ fahami yang ‘Si legap/ kasyif/ benda beku atau jisim/ tubuh’ mampu bergerak dengan sedirinya?

Sesungguhnya aku adalah ‘kuda tunggangan’ bagi jiwa/ AR RUH yang diungkap ‘kuasa/ daya serta Maha Perkasa yang menundukan/ memaksa aku.

Ia menghayunku serta memutar belitku/ mencoret / melakar diriku kepelusuk dunia/ jagat/ kosmos

Dan anda lihat tetapnya batu2, pokok2 yang tidak berubah dari tempat2nya, tidak akan bergerak dengan sendirinya tanpa ditunggangi ‘Penunggang/ Roh/ Pemacu’ yang mantap, berkuasa lagi ‘Mengengkang/ memaksa’



وَهنُوَ اْلَذِىْ يَتَوَفَّكُمْ بِاْلَّيْلِ وَيَعْلَمُ مَا جَرَحْتُمْ بِاْلنَّهَارِ* سورة الأنعام اية 60

Dia Yang mengambil jiwa/perasaan/khayalan kamu dimalam hari (waktu tidur), dan Diamengetahui apa yang kerjakan diwaktu siang.

Tuhan yang berhenti berfantasi ketika kamu sedang tidur, dan tuhan berfantasi ketika kamu ‘jaga’.



الإنسان سرّي وسرّي سرّه وسرّي صفتي وصفتي لا غيري

Sesungguhnya Insan itu rahsiakKu, rahsiaKu rahsianya. RahsiaKu sifatKu, dan sifatKu bukan lain dari diriKu... Hadis Qudsi



Akal adalah satu aradh/ sifat yang dikaitkan dengan otak (jirim), seumpama satu ujud, berupa daya kepintaran/ kecerdasan berfikir.

Tidaklah wajar dikatakan jirim (otak: cecair/urat / darah/ daging…rumusan biologi) ini berfikir dengan hal yang demikian, tanpa satu kuasa Yang Maha Sempurna, yang meyusun kepintaran fikir ini.

Adapun Al’Aqliyah/ akal/ fikir itu bermaksud dikehendaki instink/ fitrah/ tabiat/ gharizah yang azaliyat, tanpa mendengar dan berlajar.


كما أن الإنسان من حيث هو إنسان قد يحمل عليه الحيوان

Seakan2 'Insan', darimana ianya 'Insan'?, setelah diselubungi ia dengan jasad haiwan.


sdr Ideologi_wali fahamkah 'apa itu ilmu laduni?'.

_________________
KeAKUANKU SENTIASA ESA.

Merpati Putih
Admin

Jumlah posting: 1159
Registration date: 08/08/2008

View user profile http://tokbatinsenoi-x.blogspot.com,http://tokbatinsenoi.forumotion.net

Back to top Go down

Page 3 of 3 Previous  1, 2, 3

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum