Apakah tujuan kehidupan? What is the meaning of life?

Post new topic   Reply to topic

Page 3 of 12 Previous  1, 2, 3, 4 ... 10, 11, 12  Next

View previous topic View next topic Go down

Re: Apakah tujuan kehidupan? What is the meaning of life?

Post  Merpati Putih on Wed Mar 11, 2009 11:54 pm

Jawapan dan fakta perlu bersifat adil, tanpa berat sebelah dan condong mengikut
pengalaman dan fahaman yang telah dilalui; umpamanya, kita perlu membuangkan segala konsep2 dan teori2 yang telah di kaut dari pehak2 dari dengar2 dari warisan nenek moyang.

Kalaulah sekiranya kita terlahir dan terdidik dipehak tarbiyah ugama yang berlainan dari anutan kita, maka dengan sendirinya kita mungkin akan menentang fahaman ini.

Banyak bijak pandai dari kalangan orang Arab yang fasehah bahasa, tidak menganut ugama Islam.. apakah mereka tidak pandai membaca AlQuran?

Seorang Arab berbangsa Lebanon, professor dalam bidang bahasa Arab. Beliau telah mengarang satu kamus bahasa. Kamusnya 'القاموس العالي للمتعالم ', yang mencatitkan keseluruhan perkataan2 Al Quran serta nahu2nya sekali, masih berugama Kritian Koptik.

_________________
KeAKUANKU SENTIASA ESA.

Merpati Putih
Admin

Jumlah posting: 1155
Registration date: 08/08/2008

View user profile http://tokbatinsenoi-x.blogspot.com,http://tokbatinsenoi.forumotion.net

Back to top Go down

Re: Apakah tujuan kehidupan? What is the meaning of life?

Post  beruk on Thu Mar 12, 2009 10:38 am

zulfaqar wrote:kenapa ALLAH mencipta manusia? kenapa ALLAH mencipta beruk? kenapa ALLAH mencipta agama? kenapa ALLAH mencipta Tuhan?

kenapa dan kenapa.. kenapa pulak ALLAH ilhamkan soalan macam ni pada beruk ? hehehe.. bukan ke ALLAH mengilhamkan jalan ketaqwaan dan jalan kefasikan.. so apa nak pelik bila beruk ni tanya soalan-soalan mcm ni?

Hehehe.. jangan marah yer tuan beruk (tuan kepada beruk).. mengadakan sesuatu yang tiada kepada ada.. asal tiada tu apa? adakah tiada atau ada?

Aku nantikan reply daripada beruk dan kengkawannya Razz

Tn Zulfaqar yg arif..

soalan saya senang shj...iaitu kenapa adakan yg TIADA kpd ADA...itu shj...kalo tuan punya idea yg berlainan tunjukkanlah...

beruk

Jumlah posting: 273
Registration date: 30/12/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: Apakah tujuan kehidupan? What is the meaning of life?

Post  beruk on Thu Mar 12, 2009 10:59 am

Merpati Putih wrote:Jawapan dan fakta perlu bersifat adil, tanpa berat sebelah dan condong mengikut
pengalaman dan fahaman yang telah dilalui; umpamanya, kita perlu membuangkan segala konsep2 dan teori2 yang telah di kaut dari pehak2 dari dengar2 dari warisan nenek moyang.

Kalaulah sekiranya kita terlahir dan terdidik dipehak tarbiyah ugama yang berlainan dari anutan kita, maka dengan sendirinya kita mungkin akan menentang fahaman ini.

Banyak bijak pandai dari kalangan orang Arab yang fasehah bahasa, tidak menganut ugama Islam.. apakah mereka tidak pandai membaca AlQuran?

Seorang Arab berbangsa Lebanon, professor dalam bidang bahasa Arab. Beliau telah mengarang satu kamus bahasa. Kamusnya 'القاموس العالي للمتعالم ', yang mencatitkan keseluruhan perkataan2 Al Quran serta nahu2nya sekali, masih berugama Kritian Koptik.

saya sangat SETUJU dgn kenyataan dr Tuan MP... cheers cheers
bagi saya kalolah ALLAH nak menurunkan wahyu...tdk mungkin diturunkan hanya pd satu lingkungan kawasan shj...yg ini tdk..Manusia yg mengklaim diri mereka adalah pembawa agama langit MACAM membuka FAMILY BUSINESS pula...tuan2 yg arif di sini, tentu faham maksud saya...tak perlulah saya terangkan lagi kriteria2 FAMILY BUSINESS tu mcm mana??... farao

Last edited by beruk on Thu Mar 12, 2009 6:02 pm; edited 1 time in total

beruk

Jumlah posting: 273
Registration date: 30/12/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: Apakah tujuan kehidupan? What is the meaning of life?

Post  T R I N I T Y on Thu Mar 12, 2009 11:03 am

Konsep forum yang memerlukan sikologi pemikiran,kebijaksanaan dan rumusan akal.
Gabungan ilusi dan fantasi akal,kaitan fitrah akal manusia,kebenaran fakta,mitos dan kenyataan.
Soal percaya dan yakin.

Itulah saya rasa apa yg.nak dibawa oleh tuan MP.Persoalan teka teki dan sikologi tidak semua orang
ada.Membincangkan soal agama dan ketuhanan adalah dua cara berbeza walaupun tujuan sama.

Membahaskan agama ia berkaitan dengan jalan kehidupan yang mengandungi hukum,adab,tertib dan
peraturan,sebab musabab,akibat dan macam2.

Membahaskan soal ketuhanan memerlukan ilmu yang mendalam dan perlu terpisah dari soal agama
buat seketika.

Semua manusia sebenarnya telah melakukan kehidupan cara islam dan melalui pelbagai syariat.
Apakah kepentingan syariat dalam ibadah dan apakah iqtiqad setiap umat yg.beribadah serta cara
beraqidah dan cara mengehsakan tuhan.

Islam dan beriman adalah dua perkara berlainan.

T R I N I T Y

Jumlah posting: 636
Registration date: 09/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: Apakah tujuan kehidupan? What is the meaning of life?

Post  beruk on Thu Mar 12, 2009 12:58 pm

T R I N I T Y wrote:Konsep forum yang memerlukan sikologi pemikiran,kebijaksanaan dan rumusan akal.
Gabungan ilusi dan fantasi akal,kaitan fitrah akal manusia,kebenaran fakta,mitos dan kenyataan.
Soal percaya dan yakin.

Itulah saya rasa apa yg.nak dibawa oleh tuan MP.Persoalan teka teki dan sikologi tidak semua orang
ada.Membincangkan soal agama dan ketuhanan adalah dua cara berbeza walaupun tujuan sama.

Membahaskan agama ia berkaitan dengan jalan kehidupan yang mengandungi hukum,adab,tertib dan
peraturan,sebab musabab,akibat dan macam2.

Membahaskan soal ketuhanan memerlukan ilmu yang mendalam dan perlu terpisah dari soal agama
buat seketika.

Semua manusia sebenarnya telah melakukan kehidupan cara islam dan melalui pelbagai syariat.
Apakah kepentingan syariat dalam ibadah dan apakah iqtiqad setiap umat yg.beribadah serta cara
beraqidah dan cara mengehsakan tuhan.

Islam dan beriman adalah dua perkara berlainan.

saya agak bersetuju dlm hal ini...bukan semua manusia berpeluang menerima Islam..tetapi manusia berpeluang berbuat kebaikan dan beribadah mengikut cara masing2..fahaman pluralisme sepatutnya mendapat tempat.. Very Happy Very Happy

beruk

Jumlah posting: 273
Registration date: 30/12/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: Apakah tujuan kehidupan? What is the meaning of life?

Post  ferolled on Thu Mar 12, 2009 2:12 pm

Cuma ada satu yang wujud. Segala yang belegar-legar adalah YANG SATU. Berdiri secara tersendiri serta bersendiri.

ferolled

Jumlah posting: 228
Registration date: 20/11/2008

View user profile http://www.ondakompun.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Apakah tujuan kehidupan? What is the meaning of life?

Post  T R I N I T Y on Thu Mar 12, 2009 2:23 pm

Hal Pertama Kehidupan
Kelahiran adalah suatu proses tetap bila berlakunya persenyawaan.Samada benih berjaya hidup dan membesar
dan dilahirkan terpulang pada suatu faktur lain.Bagaimana kesempurnaan kelahiran sifatnya suatu faktur lain.
Manusia boleh menghentikan proses kelahiran ini melalui berbagai cara.Cara yang dibenarkan hukum syarak atau
jalan larangan.Menghentikan kelahiran bukan suatu jenayah.Ada kebaikan dan ada kesilapan dan kerugiannya.Ini
perlu suatu perbahasan lain berdasarkan keadaan semasa.

Benih yang berjaya hidup dan mempunyai harapan dilahirkan ada suatu ketentuan dan menjalani proses fitrah
dan takdir tuhan.Kepastian untuk lahir adalah suatu kebiasaan mengikut peraturan.Namun sebalik kelahiran itu
telah ada suatu takdir dan ketentuan perjalanannya.Hal ini menpunyai suatu ilmu untuk membahaskan.

Tuhan telah menceritakan secara asas proses sain dan kerohaniannya mengenai kelahiran seorang bayi dan telah diguna pakai oleh manusia.Tapi manusia mengabaikan soal ketentuan takdir yg.diprogramkan untuk
kelahiran itu kerana mereka tidak mempunyai kepakaran atau jurusan yg.terkeluar dari kajian asas.

Tuhan menerangkan soal hati yang perlu difahami oleh manusia.Tuhan terangkan soal kesucian waktu
kelahiran dan perubahan2 mengikut pendidikan yang mewarnakan bayi dengan pendidikan bermula dari
kanak2 hingga ia berakal.Dan semasa ia remaja kedewasa dan lanjut usia.

Dari ketentuan benih hingga kelahiran,dari bayi,kanak2,remaja,dewasa,tua dan lanjut usia adalah suatu
perjalanan yg.cukup mengikut umur masing2.Samada mereka mati awal atau lanjut usia,...akan ada suatu
cerita perjalanannya dan pengalamannya.

T R I N I T Y

Jumlah posting: 636
Registration date: 09/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: Apakah tujuan kehidupan? What is the meaning of life?

Post  Merpati Putih on Thu Mar 12, 2009 2:36 pm

Menyingkap faktor2 yang menutup pemikiran.

Tanpa prasangka yang tidak adil kepada anutan2 yang bukan milik kita, akan membuka fikiran ‘Insan’ dalam menjernihkan fikirannya, jesteru itu, ia mampu melihat bayangan dirinya yang sebenar.

‘Ma’lumat yang tidak benar’, walaupun ia dianggap mempunyai maana ‘besar’ kepada pemiliknya, bukanlah ilmu yang ‘benar’, ia hanyalah ‘syak dan zan’ (sangka2/ khayalan semata2’).

‘Ilmu’ ialah ketibaan sesuatu makna kepada ‘minda Insan’, hasil dari ma’lumat yang benar.

‘Ilmu’ berbeza dari ma’lumat, dan bilamana ‘kesilapan’ memahami ‘pengertian ilmu’, akan menghasilkan usaha yang sia2 lagi merugikan.

‘Mereka yang mendewa2kan ma’lumat2 sebagai ‘satu2nya kebenaran’, kebiasaannya tidak memahami haqiqat diri ‘ilmu’ itu.

Allah/ Rabb (Didalam AlQuran, Arab)
Allah/ Rabb (Injil bahasa Arab),
Tuhan/ Gusti (bahasa Melayu/ Indonesia)
The God (Bahasa Inggeris)
Eli (Injil bahasa Inggeris)
Got (bahasa Belanda)
Golt (bahasa Jerman)
Gudd (Dannish)
Allon (Phonician purba)
Yahweh (Old Testament)
Ado (Kanaan)
Adoni, Elah (Yahudi)
Deus (Latin)
Dieu (Portugis)
prancis Dio (Perancis)
Dio (Itali)
Dios (Spanyol)
Dia (Irish)
Tian (Cina)

Ungkapan Tuhan/ Daya penggerak berbeza2 sebutannya, mengikut bahasa dan bangsa. Perkataan Allah hanya dititik beratkan penggunaannya olih penganut yang menciplak bahasa Arab ‘ALLAH’ untuk mengungkap fahaman ‘KeTuhanan’ dalam bahasa ibunda mereka. Maka dari sini terbit kekeliruan.

Tuhan menjana pengertian ‘Kuasa’ yang ditaati Yang Memiliki, Mendidik dan Memelihara. Mengerakan (AR RUH/ DAYA KUASA Penganimasi bentuk yang seolah2 berdiamensi ; umapamanya ‘Insan’

_________________
KeAKUANKU SENTIASA ESA.

Merpati Putih
Admin

Jumlah posting: 1155
Registration date: 08/08/2008

View user profile http://tokbatinsenoi-x.blogspot.com,http://tokbatinsenoi.forumotion.net

Back to top Go down

Re: Apakah tujuan kehidupan? What is the meaning of life?

Post  beruk on Thu Mar 12, 2009 6:12 pm

Merpati Putih wrote:

Allah/ Rabb (Didalam AlQuran, Arab)
Allah/ Rabb (Injil bahasa Arab),
Tuhan/ Gusti (bahasa Melayu/ Indonesia)
The God (Bahasa Inggeris)
Eli (Injil bahasa Inggeris)
Got (bahasa Belanda)
Golt (bahasa Jerman)
Gudd (Dannish)
Allon (Phonician purba)
Yahweh (Old Testament)
Ado (Kanaan)
Adoni, Elah (Yahudi)
Deus (Latin)
Dieu (Portugis)
prancis Dio (Perancis)
Dio (Itali)
Dios (Spanyol)
Dia (Irish)
Tian (Cina)

Tn2...dlm byk2 tuhan kat atas, tuhan mana satu yg layak disembah..??? sembah Tuhan pun mcm tikam 4D... affraid affraid

beruk

Jumlah posting: 273
Registration date: 30/12/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: Apakah tujuan kehidupan? What is the meaning of life?

Post  Merpati Putih on Thu Mar 12, 2009 7:39 pm

Para pengkaji, Alquran, injil, zabur, taurat, avesta, Dasam granth, sutra, Vedas, Upanishad, hadis, idea filosof2, mengetahui dan mengesan pertentangan2 serta kesalahan2 yang terdapat di skrip2 lama ini, ada dikalangan mereka berpura2 tidak mengetahuinya, malahan ada pula yang berusaha menutupinya dengan permainan kata2.. Kerana sikap menyembunyikan kebenaran, menyebabkan terlalu banyaknya penganut2 ugama (yang tidak suka menyelidiki) tidak mengetahui kesilapan2 serius yang sengaja atau ta’ sengaja diada2kan didalam naskah yang segaja diada2kan olih manusia.

Penganut2 harus meneliti bahwa skrip2 kuno ini berkemungkinan bukannya idea2 yang di ajarkan olih Muhammad, Isa, Buddha, , itu sendiri.. tetapi mungkin mereka2 ini, cuma.’dikambing hitamkan’

‘Insan’ yang dangkal pemikirannya, tidak akan merasa lega, apabila ia tidak melakukan sesuatu yang bersifat ‘KEUGAMAAN’. Jesteru itu ‘Insan Dangkal’ pemikiran ini, menyimpulkan ada sesuatu yang mencipta, yang maha berkuasa, yang memberi manfaat kepada kehidupannya. Kesilapan ini berlaku, apabila ia memerhatikan dirinya dan alam sekitarnya yang memberi nikmat kepada dirinya.

Maka muncullah kepercayaan kepada sifat ghaib atau metafizik, percaya kepada supernatural, yang diberikan nama2 ugama, mengikut zaman, tanggapan kepercayaan, tempat, kebudayaan, bangsa. Lahirnya berbagai bentuk dan nama2 peribadatan yang berdasarkan akal fikiran dan rekaan manusia sendiri, yang mengaitkan nama2 Adam, sebagai punca kelahiran manusia dan ugama2 tauhid.

_________________
KeAKUANKU SENTIASA ESA.

Merpati Putih
Admin

Jumlah posting: 1155
Registration date: 08/08/2008

View user profile http://tokbatinsenoi-x.blogspot.com,http://tokbatinsenoi.forumotion.net

Back to top Go down

Re: Apakah tujuan kehidupan? What is the meaning of life?

Post  beruk on Thu Mar 12, 2009 9:41 pm

Aku bersumpah dengan Rabb Yang Mengatur tempat terbit dan terbenamnya matahari, bulan dan bintang; sesungguhnya Kami benar-benar Maha Kuasa. (QS. 70:40 ...

apakah maksud ayat di atas Tn2...??

beruk

Jumlah posting: 273
Registration date: 30/12/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: Apakah tujuan kehidupan? What is the meaning of life?

Post  T R I N I T Y on Fri Mar 13, 2009 3:19 am

Apakah rumusan sebenar MP tentang kewujudan ZAT itu sendiri atau semua ini hanyalah khayalan yg.
terjadi sendiri?

Semuga suatu rumusan dan pendirian tetap dapat dibuat tanpa melibatkan cerita2 idelogi,analogi,temonologi
dan macam2 teknologi.

Apakah kenyataan kewujudan yang dialami ini suatu fantasi,ilusi dan hologram?

T R I N I T Y

Jumlah posting: 636
Registration date: 09/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: Apakah tujuan kehidupan? What is the meaning of life?

Post  Merpati Putih on Fri Mar 13, 2009 3:48 am

Sdr Trinity,
Sekiranya sdr. pernah menghafal umpamanya 30 puluh juzu' Alquran, apakah sdr perlu lagi melihat kepada mazhaf, tulisan, huruf2..lagi.. kemanakah hilangnya huruf2 dan bunyi2 yang setelah terhafalnya. Bahkah sdr. akan membaca seolah2 tanpa melihat kepada sesuatu pun. Segala2nya adalah merupakan frekuensi yang cuma ada pada minda. Dapatkah sdr melihat, mendengar dan merasakan gelombang2 yang berada dipesada minda (AL LOH AL MAHFUZ)?

_________________
KeAKUANKU SENTIASA ESA.

Merpati Putih
Admin

Jumlah posting: 1155
Registration date: 08/08/2008

View user profile http://tokbatinsenoi-x.blogspot.com,http://tokbatinsenoi.forumotion.net

Back to top Go down

Re: Apakah tujuan kehidupan? What is the meaning of life?

Post  T R I N I T Y on Fri Mar 13, 2009 4:12 am

Itu suatu kebenaran dan sepatutnya demikianlah berlakunya.Kesemua kisah akan dibentangkan menjadi
satu gambaran peta lakaran dalam minda.Mengetahui dengan maklumat dan membawa kita kepada gambaran
mengikut presepsi masing2 dan kefahaman.

Tiada suatu pun perlu diherankan tentang cerita dan apa jua.Melainkan ia hanya suatu kaedah menyampai
akal kepada kefahaman.Namun kefahaman sebenar adalah mengatasi segala kenyataan itu.

Maka yang berakal akan mula bertindak untuk keluar dari gambaran presepsi kenyataan,simbolik,teka teki,
perumpamaan dan macam2 menuju kepada matlamat kewujudan itu sendiri.

Apakah demikian?

T R I N I T Y

Jumlah posting: 636
Registration date: 09/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: Apakah tujuan kehidupan? What is the meaning of life?

Post  Merpati Putih on Fri Mar 13, 2009 4:55 am

Kalau sekiranya sdr pernah tidur nyenyak, apakah sebenar 'ada'? sampai anggota tubuh pun tidak tergambar akan ujudnya, dan kita tidak tahu kita berada dimana. apakah kita tidur atau tidak, juga tidak diketahui. tidak ada bahasa yang dapat diungkapkan tentang 'tiada', kerana tiadanya.Keseluruhannya kita sedang berbahasa tentang ilusi zat semata, tanpa diamensi masa.. malam tiada ,siang pun tiada..... tidak kah begitu?

_________________
KeAKUANKU SENTIASA ESA.

Merpati Putih
Admin

Jumlah posting: 1155
Registration date: 08/08/2008

View user profile http://tokbatinsenoi-x.blogspot.com,http://tokbatinsenoi.forumotion.net

Back to top Go down

Page 3 of 12 Previous  1, 2, 3, 4 ... 10, 11, 12  Next

View previous topic View next topic Back to top

Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum